Jika anda adalah salah seorang yang menghadapi situasi di atas, jom kita kupas satu persatu mengapa ia terjadi.
1. Tinggalkan waktu makan (sarapan/makan tengahari/makan malam) - dengan harapan boleh kurus cepat apabila kurang makan.
# Ini adalah salah sama sekali sebaliknya akan membuatkan anda bertambah lapar dan mengambil makanan dalam jumlah lagi banyak.
# Setiap waktu makan (sarapan/makan tengahari/makan malam) adalah penting dan mestilah diambil pada waktu & kuantiti yang sesuai. Contoh pengambilan makanan haruslah seimbang dari segi karbo/protein dan lain-lain. Lebih senang faham sila rujuk Piramid Makanan di bawah untuk diet sihat.
# Waktu makan juga adalah penting terutamanya makan malam haruslah diambil sebelum pukul 7 malam kerana semakin menginjak malam semakin kurang aktiviti yang dilakukan untuk membantu untuk penghadaman/pembakaran lemak. Tubuh memerlukan sekurang-kurangnya 4 jam untuk proses penghadaman sebelum waktu tidur.
2. Tidak perlu bersenam , cukup sahaja dengan pengawalan makanan.
# Aktiviti bersenam sebenarnya akan membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan sekiranya digabungkan dengan pengambilan makanan seimbang/berkhasiat. Ini adalah kerana apabila metabolisme meningkat, ia membantu dalam pembakaran lemak. Tubuh juga semakin fit berbanding jika hanya kurus tetapi mengeleber akibat tidak bersenam.
3. Diet melampau - hanya makan sayur & buah/tiada kalori
# Apabila ada kurangkan pengambilan kalori, ia sebaliknya akan mengurangkan kadar metabolisme badan, maka pembakaran lemak menjadi semakin perlahan. Sebaliknya ambil dalam jumlah yang bersesuaian dengan tubuh anda.
# Begitu juga jika hanya dengan makan sayur dan buah, tubuh kita akan kekurangan zat nutrisi yang lain. Kita akan berasa lesu dan moody. Selagi lagi rujuk Piramid Makanan untuk panduan diet sihat.
Anda kena enjoy semasa berdiet, mengikut tips yang betul, belajar tentang pengawalan makanan dan jangan stress. Maka usaha anda in sha ALLAH akan konsisten dan anda tidak mudah putus asa.
Bukan senang nak kurus sebaliknya kena faham konsep diet, pengawalan makanan, pemilihan makanan, banyakkan mempelajari tips yang orang-orang yang telah berjaya kurus dengan diet sihat, disiplin kuatkan semangat, konsisten & jangan terlalu mengharapkan suplemen sebaliknya kena seimbangkan dengan aktiviti fizikal.
Ada berminat untuk mencuba, saya bersedia untuk berkongsi manfaat Shaklee :)
No comments:
Post a Comment