Sunday 7 December 2014

Gadjet 24 jam Mampu Cederakan Otak

Pada zaman serba canggih ini, aksi Si Kecil yang begitu asyik bermain Gadjet (Tablet/Smart Phone) bukan satu pandangan yang asing lagi. Cepat sahaja jari jemari kecil itu menekan skrin seolah2 sudah faham akan fungsinya.

Gadjet & kanak-kanak

Di mana2 saja rasanya seperti di tempat makan, shopping complex, dalam kereta @ kenderaan awam, pasti kita akan terjumpa kanak-kanak dan gadjet. Saya pernah terlihat akan sebuah keluarga, pada masa itu saya sedang menunggu giliran untuk berjumpa doktor di klinik.

Sepasang suami isteri masuk ke klinik bersama sepasang anaknya lelaki dan perempuan, saya kira umurnya dalam 3 & 4 tahun. Masing2 membawa satu Ipad dalam pelukan. Wow dalam fikiran saya, bahagianya budak2 ini kecil2 lagi sudah mempunyai Ipad seorang satu.

Jika dibandingkan pada zaman saya iaitu saya kira 20 lebih tahun lepas, saya hanya mampu memiliki satu telefon bimbit semasa memasuki Universiti itu pun beli guna duit pinjaman PTPTN. Opps jangan tiru perangai saya tau hehe...kawan2 ada handphone saya pun nak jugak. Itu pun bukan Smart Phone...

Tetapi zaman sekarang, pelajar sekolah rendah pun dah ada Smart Phone...jenama IPhone tu bukan jenama cap ayam tau. Ini menunjukkan Gadjet pada zaman sekarang adalah salah satu kemestian, keperluan dan wajib ada dari golongan kecil hingga lah berumur.

Isu penting sekarang yang ingin saya kongsikan adalah kesan terhadap golongan si Kecil ini...

Gadjet & kanak-kanak


Gambar di atas adalah salah satu kes akibat kanak-kanak yang terlampau bermain dengan Ipad. Dikatakan budak ini telah mengalami kecederaan otak akibat gelombang2 radiasi daripada gadjet tersebut.

Sejauh mana kebenaran artikel di atas tidak dapat saya sastikan kerana sumber yang kurang lengkap. Namun saya pasti sebagai ibu ayah kita ada pandangan peribadi masing2.

Gadjet & kanak-kanak

Pada pandangan saya kerana anak saya sendiri juga bermain dengan gadjetApa yang yang saya perhatikan hanyalah kesan negatif terhadapnya.

1. Terperangkap dalam dunia sendiri, kadang2 saya panggil lambat respon atau langsung tak dilayan.

2. Menjadi pemarah - apabila kalah dalam satu2 game 

3. Kurang interaksi/pergaulan kepada ahli keluarga yang lain

4. Tidak makan mungkin kerana tidak berasa lapar akibat terlalu asyik bermain

5. Tidur lewat dan selalunya tertidur dengan gadjet

6. Menjadi pemalas - tidak mendengar arahan apabila disuruh


Saya mulai tersedar semakin lama keadaanya semakin parah apabila tidak terkawal. Pada masa itu agak sudah terlambat untuk mengawal keadaan kerana dia mudah memberontak dan tantrum apabila kemahuan gadjetnya tidak dipenuhi.

Setelah difikir balik, bukan lah salah gadjet mahupun anak kecil tersebut. Apa yang penting sekarang adalah pengawalan & jadual bermain.

Gadjet & kanak-kanak

Saya akan kongsikan dalam entri lain bagaimana caranya Tips dalam Pengawalan Gadjet di kalangan kanak2 dan kita tukarkan kesan dari banyaknya  negatif ke arah positif.



No comments:

Post a Comment