Showing posts with label bisnes Shaklee. Show all posts
Showing posts with label bisnes Shaklee. Show all posts

Monday, 20 October 2014

Sejarah Shaklee

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera



Sejarah Shaklee bermula pada tahun 1915, apabila multivitamin pertama di dunia iaitu Vitalized Minerals dicipta oleh Dr Forrest C Shaklee (pengasas Shaklee).

Begitu juga dengan perkataan VITAMIN yang digunakan pada masa sekarang adalah berasal daripada ciptaan Dr Forrest (VITAlized MINerals) -> pada masa sekarang dikenali sebagai Vitalea.






vitamindr forrest shaklee






Dr Forrest yang lahir pada tahun November 1894 telah mengidap penyakit tuberculosis  @ (tibi/batuk kering) dan doktor telah menjangkakan beliau tidak mampu untuk hidup lama. Namun beliau tidak berputus asa dan mencari rawatan yang berasaskan sumber semulajadi kerana tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan. Beliau dapat merasakan tahap kesihatan bertambah baik.


Dari situlah terciptanya multivitamin pertama di dunia. Usaha Dr Forrest Shaklee tidak terhenti setakat itu, beliau telah menolong ramai orang untuk meningkatkan taraf kesihatan tanpa menggunakan ubat tetapi hanya vitamin semulajadi.

Oleh kerana niat mendalam ingin membantu ramai orang serta permintaan yang tinggi, beliau telah mendapat idea untuk mengadakan jualan langsung suplemen Shaklee.

Produk Shaklee telah dijual terus dari kilang kepada pengedar tanpa melalui pemborong. Disebabkan itulah harga vitamin Shaklee jauh lebih murah berbanding jenama lain. Anda boleh kira sendiri dari segi harga, kuantiti dan yang penting kualiti :)


syarikat shaklee


Kemudian syarikat Shaklee Corporation pula ditubuhkan pada 1 April 1956 di Oakland pada usia beliau 62 tahun bersama dua anaknya Forrest, Jr. and Raleigh

Pada masa sekarang Shaklee Corporation telah berada di bawah naungan jutawan Amerika iaitu Roger Barnett (setelah dijual oleh Yamanouchi).

Dari tahun 1915 sehingga sekarang bukan satu perjalanan yang singkat. Bayangkan pada masa itu vitamin Shaklee sudah wujud dan sekarang rangkaian produknya semakin banyak. Ini menunjukkan pengguna sememangnya semakin percaya akan jenama berkualiti ini.


Berminat untuk mencuba, saya bersedia untuk berkongsi manfaat Shaklee. 


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak



Percutian Idaman bersama Shaklee

Assalamulaikum w.b.t & Salam Sejahtera



Sebut pasal Cuti, siapa yang tak suka cuti...tengok saja gambar di bawah....tenang kan? Jauh dari hiruk-pikuk bandar, lambakan kereta, jalan raya yang sesak, lautan manusia...


percutian


Bagi saya percutian adalah saat yang ditunggu-tunggu kerana masa ini lah kita nak berehat sekejap dari bebanan kerja. Tiada yang lagi menenangkan apabila bercuti bersama suami dan anak-anak. Melihat anak tersenyum riang bersama ayah dia sangat membahagiakan saya. Kalau boleh hari-hari nak cuti. Setiap masa nak bersama dengan anak-anak. Tapi kalau hari-hari cuti, maknanya kena berhenti kerja la jawabnya.


anak-anak
Luqman & Sumayyah


Mungkinkah itu terjadi? Ye itu la misi saya dalam masa terdekat ini untuk menjadi seorang WAHM demi anak-anak saya. Bukan senang tetapi saya akan cuba dan terus cuba.



Destinasi #1 : Mekah
Saya dan suami mengimpikan untuk bercuti sambil menunaikan umrah. Bagi saya tiada tempat lain yang lagi indah dan wajib dilawati selain ke bumi Mekah. Selagi saya hidup dan in sha ALLAH dipanjangkan umur, saya ingin menjejakkan kaki ke bumi Mekah suatu hari nanti. 


umrah



Destinasi #2 : Sekitar Malaysia
Selepas menunaikan umrah, saya ingin bercuti ke tempat-tempat yang mendamaikan jauh dari bandar. Cukup sahaja di Malaysia, saya pasti banyak tempat menarik untuk dikunjungi.
Selepas menjelajah 1 Malaysia, baru lah saya fikir untuk ke luar negara pulak :)






Bagi saya tak kira bercuti ke mana sekalipun, asalkan suami dan anak-anak ada di sisi sudah mencukupi.

Semoga perjalanan ku bersama Shaklee bertahan sehingga menampakkan hasil AMIN.




Berminat untuk mencuba, saya bersedia untuk berkongsi manfaat Shaklee. 


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

Sunday, 19 October 2014

Motto Hidup : Man Jadda Wa Jadda

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera



Dalam hidup ini saya percayakan, sesiapa yang berusaha In sha Allah akan mendapat apa yang diusahakannya (dalam bahasa Arab ia disebut sebagai Man Jadda Wa Jadda).


motto hidup


Atau dengan kata lain lagi "Barangsiapa yang bersungguh, maka dia pasti akan mendapat hasilnya".

Tiada benda yang begitu mudah untuk kita dapatkan. Contohnya seperti pangkat - jika kita rajin bekerja dan bersungguh-sungguh, lama kelamaan orang akan senang dengan hasil kerja seterusnya merasakan kita layak untuk dinaikkan pangkat. 

Begitu juga wang, tidak pernah kita dengar wang jatuh dari langit. Untuk dapatkan wang kita kena bekerja. Jika kerjanya biasa saja, hasil nya biasa saja. Jika kerjanya luar biasa, sanggup membuat kerja lebih dari orang lain, tidak pernah berkira pasal overtime, ikhlas dan konsisten in Sha ALLAH lama kelamaan pasti membuahkan hasil.


motto hidup


Dalam bisnes Shaklee, saya percaya usaha ini pasti suatu hari nanti akan membuahkan hasil in Sha ALLAH. Kunci utama kejayaan ialah bersungguh-sungguh, ikhlas, konsisten, sabar dan sentiasa berdoa pada-Nya.



Sekadar Perkongsian Ayat Seribu Dinar:

Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH s.w.t nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH s.w.t nescaya ALLAH s.w.t akan mencukupkan (keperluan) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t melaksanakan urusan (yang dikehendakin) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(Surah AT-TALAQ : Ayat 2-3)



Berminat untuk mencuba, saya bersedia untuk berkongsi manfaat Shaklee. 


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak