Monday 20 October 2014

Percutian Idaman bersama Shaklee

Assalamulaikum w.b.t & Salam Sejahtera



Sebut pasal Cuti, siapa yang tak suka cuti...tengok saja gambar di bawah....tenang kan? Jauh dari hiruk-pikuk bandar, lambakan kereta, jalan raya yang sesak, lautan manusia...


percutian


Bagi saya percutian adalah saat yang ditunggu-tunggu kerana masa ini lah kita nak berehat sekejap dari bebanan kerja. Tiada yang lagi menenangkan apabila bercuti bersama suami dan anak-anak. Melihat anak tersenyum riang bersama ayah dia sangat membahagiakan saya. Kalau boleh hari-hari nak cuti. Setiap masa nak bersama dengan anak-anak. Tapi kalau hari-hari cuti, maknanya kena berhenti kerja la jawabnya.


anak-anak
Luqman & Sumayyah


Mungkinkah itu terjadi? Ye itu la misi saya dalam masa terdekat ini untuk menjadi seorang WAHM demi anak-anak saya. Bukan senang tetapi saya akan cuba dan terus cuba.



Destinasi #1 : Mekah
Saya dan suami mengimpikan untuk bercuti sambil menunaikan umrah. Bagi saya tiada tempat lain yang lagi indah dan wajib dilawati selain ke bumi Mekah. Selagi saya hidup dan in sha ALLAH dipanjangkan umur, saya ingin menjejakkan kaki ke bumi Mekah suatu hari nanti. 


umrah



Destinasi #2 : Sekitar Malaysia
Selepas menunaikan umrah, saya ingin bercuti ke tempat-tempat yang mendamaikan jauh dari bandar. Cukup sahaja di Malaysia, saya pasti banyak tempat menarik untuk dikunjungi.
Selepas menjelajah 1 Malaysia, baru lah saya fikir untuk ke luar negara pulak :)






Bagi saya tak kira bercuti ke mana sekalipun, asalkan suami dan anak-anak ada di sisi sudah mencukupi.

Semoga perjalanan ku bersama Shaklee bertahan sehingga menampakkan hasil AMIN.




Berminat untuk mencuba, saya bersedia untuk berkongsi manfaat Shaklee. 


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment