Sunday 26 October 2014

Resipi Kek Sedap : Rainbow Cake

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera


Saya sebenarnya minat dalam baking. Antara kek yang paling sedap dan hangat diperkatakan iaitu Rainbow Cake. Jika di luar sana, kek ini berharga dalam lingkungan RM100-150. Buat kek memang senang cuma agak leceh. Tapi bila dah menjadi tu, rasanya selepas ini kita akan buat sendiri lagi puas hati :)

resipi

Ini kek yang saya hasilkan walaupun deko ke laut, tapi rasanya sedap tau. Bukan saya cakap ni, kawan2 saya :)

Deko boleh improve lagi dari masa ke semasa hehe.


resipi


sumber: http://aziejaya.blogspot.com/


Rainbow Cake 
Bahan bahan:
250g mentega
220g tepung kek (ayak dg 1 sk baking powder)
200g gula kaster
4 biji telur gred A
5 sudu besar air susu (guna susu segar)
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna yang disukai

Cara cara:
Griskan acuan bulat 8". Lapiskan dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.

Pukul mentega dan gula kaster dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.

Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.

Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen vanila. Gaul hingga rata.

Bahagi adunan kepada 7 bahagian. Warnakan mengikut warna yang disukai. Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit.

resipi

Setelah kek masak, biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.

Nota:
Saiz loyang 8 inci (6 warna), guna hanya 1 ½ adunan. Kalau mahu 7 warna guna 2 adunan. Saya guna loyang 9 inci, 2 adunan dan 6 warna.

Krim Mentega
Sumber: Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria

150gm mentega
350gm krimwell
180gm sirap gula/susu krimer manis
3 sudu besar gula aising

Cara:
Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.

Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
Pukul lagi hingga sebati. Siap untuk digunakan. 

Nota: untuk 2 adunan kek, perlu 2 adunan krim mentega.


2 comments:

  1. kek...yummy...kau nang pande polah kek dari dolok....teringat masa zaman uni, asal cuti raya kita tiga nor polah biskut raya sama2 sebab rumah aku sikda oven..hahahahha...

    ReplyDelete
  2. hahahah ko pun resipi kek tuang pun nyaman...hehehhe. lamak dah retired dr baking. hihihiihh.

    ReplyDelete