Showing posts with label Omega Guard. Show all posts
Showing posts with label Omega Guard. Show all posts

Monday, 10 November 2014

Rahsia Didik Anak Cemerlang

Assalamulaikum w.b.t & Salam Sejahtera


Setiap ibu bapa pasti inginkan anak yang bijak, pintar, soleh, solehah, cerdas, baik hati, sopan santun, mendengar cakap, hormati orang tua. Namun tidak semua mampu untuk mendidik anak mereka untuk menjadi apa yang mereka impikan.

budak berdoa


Wahai ibu bapa di luar sana, janganlah cepat mengalah kerana pada masa kecil inilah kita harus mencorakkan peribadi mereka. Seperti kata pepatah, Hendak Melentur Buluh, Biarlah Dari Rebungnya.

Alhamdulillah anak saya, Luqman (5 tahun) & Sumayyah (3 tahun) masih dalam proses pembelajaran. Si Abang dah nak habis pra-sekolah & dan ada lagi setahun sebelum masuk darjah 1 pada tahun 2016. Apa yang saya lihat, progressnya selama hampir 11 bulan, sudah tidak pasif lagi di kelas, suka berkawan, sudah pandai bercakap dengan ayat penuh walaupun tak banyak, sudah tidak pakai pampers, sudah pandai mengeja sesetengah perkataan pendek, mengenal huruf hijaiyah, sudah pandai makan nasi sendiri, cuci tangan pinggan sendiri,mandi sendiri...

Adiknya pula masih kecil tapi sekarang sudah rajin nak buat semuanya diri sendiri dan sering duplicate apa yang saya buat. Sidai baju, lipat baju, angkat baju - tapi cara dia lah hehe, angkat baju yang sudah dilipat, pakai baju sendiri, cedok susu masuk botol sendiri, nak menyapu rumah, main vakum, duplicate & buat sendiri...

Oh cepatnya masa berlalu anakku semakin besar...tetapi semakin banyak cabaran yang perlu ditangani. 

kanak-kanak

Jom kita tengok tips di bawah:

Rahsia mendidik anak yang cemerlang dunia akhirat, antara yang boleh dikongsikan ialah seperti Kaedah Rasulullah S.A.W

Tahap pertama:Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.
Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.


Doa


Lagi  Rahsia Didik Anak Cemerlang oleh Datuk Fadzillah Kamsah:

  1. Kaedah Pesan/Arahan - contohnya pesanan supaya solat di awal waktu, hormat pada orang tua. Pesanan hendaklah dilakukan at least 200 berulang2 kali tanpa jemu supaya anak akan benar2 memahami pesanan tersebut dan melakukan dengan baik.
  2. Kaedah Bercerita - Ibu bapa hendaklah mempelajari kemahiran bercerita dengan baik terutamanya cerita2 Nabi atau apa2 yang mengandungi mesej yang baik supaya  cepat terkesan pada hati & minda anak2, ini sekaligus merapatkan lagi ikatan yang sedia ada.
  3. Kaedah Soal-Jawab - seperti komunikasi dua hala, jika anak bertanyakan apa2 soalan, sila jawab sebaik mungkin. Jangan sesekali memarahi anak jika dia bertanya bertubi2 serta soalan yang tidak masuk akal. Jadilah ibu bapa yang bijak - anda pasti ingat kisah "Bapak, Anak & Burung Murai"
  4. Kaedah Merujuk Pengalaman Lalu - contoh pengalaman baik harus dijadikan teladan, pengalaman buruk dijadikan pengajaran. Anak2 akan belajar, apa kesan jika buat macam tu atau macam ini. Timbul rasa waspada jika ingin melakukan sesuatu.
  5. Kaedah Nasihat & Teguran - berilah nasihat dari segi akidah, ibadah, tanggungjawab, kesihatan, akhlak, nilai murni; berbeza dari kaedah pesanan harus dilakukan sekali sekala takut anak cepat bosan.
  6. Kaedah Main & Bergurau - aktiviti ini akan menambahkan kemesraan dan kegembiraan pada kanak2 kerana dia merasa disayangi. Kesannya anak lebih mudah untuk mendengar kata dan lebih berdisiplin. Namun jangan melampaui batas.
  7. Kaedah Latihan yang berterusan - perlu konsisten supaya anak akan faham tanggungjawab. Penghargaan dalam bentuk pujian/hadiah boleh diberikan namun jangan berlebihan sehinggakan menimbulkan sifat takbur

Sama2 lah kita berusaha untuk mencorakkan yang terbaik untuk anak2 kita kerana merekalah penyambung zuriat kita akan datang. Pada zaman yang makin mencabar ini, didikan agama lah yang paling penting sekali untuk diterapkan pada setiap anak. Ini kerana jika ditakdirkan mereka sesat atau leka pada satu hari nanti, mereka masih ingat akan asas agama yang mereka ada dan boleh kembali ke pangkal jalan. Kepada mereka yang tidak mempunyai asas agama, tidak mustahil mereka akan terus hanyut dan hanyut.

Anak2 juga saya berikan suplemen secara konsisten.

Berminat untuk mencuba Mealshakes & Omega Guard, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order now

Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

Bahaya Demam/Batuk/Selesema Kanak-kanak

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera


Demam, batuk, selesema - 3 penyakit ini jangan sekali2 dipandang ringan oleh ibu bapa. Terutamanya anak-anak yang dihantar ke nurseri, penyakit sebegini sangat mudah berjangkit jika anak tersebut kurang daya imunisasi badan.


Setiap bulan, ada yang pasti akan menjadi pelanggan setia di klinik untuk mendapatkan bekalan ubat. Bukan 1 jenis ubat, disebabkan ketiga2 penyakit ini memang selalunya datang dalam pakej...3 jenis ubat! Jika tidak kebah lebih dari 3 hari, biasanya doktor akan tambahkan Antibiotik, 4 jenis semuanya! 

Kasihan kan anak2 kita bila disajikan dengan ubatan ini. Memang ia membantu menyembuhkan penyakit tersebut, pun kadang2 memakan masa, ubat kene on time. Contohnya ubat demam, at least 4 jam sekali. Walaupun kadang2 rasa macam demam dah kebah, tapi lepas tu mesti panas balik. Sebab itu doktor sarankan untuk sambung untuk makan ubat walaupun dah kebah sedikit sampailah betul2 pulih. Kadang2 dah habis sebotol baru la baik  dari demam.

Adakah anda masih untuk memilih ubat sebagai jalan penyelesaiannya? 


Bahaya# 1 Kesan kepada tubuh badan
Tiap2 bulan atau mungkin 2 bulan sekali, pergi ke klinik dan mengambil ubatan yang sama yang saya kira kosnya paling murah pun dalam lingkungan RM40-50 (3-4 jenis ubat). Kalau setahun, rasanya boleh mencecah dalam RM300-400 untuk ubat sahaja. 

Tapi kos bukannya perkara yang ingin saya tekankan, tetapi apa akan jadi apabila anak kita menelan semua ubatan ini? Kesan jangka masa pendek atau panjang, kesannya kepada tubuh badan terutamanya hati & buah pinggang. Semakin lama semakin tinggi dos yang perlu diambil kerana dos yang sikit sudah tidak mampu untuk melawan penyakit. Badan sudah tidak berupaya untuk menjana antibiotik sendiri kerana terlalu bergantung kepada ubat.


Bahaya# 2 Sawan (Tarik)
Ilmu/pengalaman yang kurang jika menghadapi situasi anak tidak sihat sedikit sebanyak akan menyebabkan keadaan lagi buruk contohnya demam sawan (tarik). Seorang bayi/kanak2 yang sawan tidak sedarkan diri, matanya selalu berpusing keatas dan seluruh badan serta kaki dan tangannya terasa keras dan seolah -olah menggilgil. Punca adalah kerana suhu demam panas yang terlalu tinggi. Kesan sampingan lain menjejaskan pendengaran dan terencat akal.

Bahaya# 3 Sesak Nafas (Athsma)
Selesema yang tidak dirawat dengan segera akan menyebabkan kahak semakin banyak tersekat di tekak dan paru2. Ini akan menyebabkan ketidakselesaan (dada sempit) dan kebanyakan kes akan menyebabkan "wheezing" @ bunyi siulan setiap kali bernafas. Disebabkan kanak2 masih tidak pandai lagi untuk mengeluarkan kahak sendiri, maka jalan paling cepat & berkesan untuk mencairkan kahak ialah Nebulizer. Ubatan yang digunakan seperti Ventolin /Salbutamol/Albuterol terlalu kuat untuk kanak2 yang akan memberi kesan mengigil, degupan jantung cepat.


Jadilah ibu bapa yang bijak dan lebih peka akan anak kesihatan anak2. Antara tips penting yang boleh dijadikan panduan:
  • Termometer - pastikan ada 1 kerana bacaan ini lagi tepat berbanding kita rasa gunakan tangan sendiri
  • Bagi ubat ikut sukatan/dos yang diberikan oleh doktor 
  • Elakkan membeli ubat di farmasi terutamanya bayi berumur kurang setahun
  • Anak yang tidak sihat pastikan duduk di rumah untuk rehat yang cukup (jangan dibawa keluar rumah)
  • Jika anak masih menyusu badan, berikan susu secara kerap
  • Jika anak selesema, mandikan anak gunakan wap panas supaya kahak cepat cair
  • Sapukan minyak panas pada dada, perut juga tumit sebelum tidur
  • Ambil suplemen/vitamin

Berminat untuk mencuba Mealshakes & Omega Guard, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order now

Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

Friday, 7 November 2014

Selamat Tinggal Nebulizer

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera



Anakku, Sumayyah lahir secara pramatang pada tahun 2011. Dengan peparu yang hanya separuh terbentuk, menyebabkan dia terpaksa menggunakan bantuan oksigen sebaik sahaja lahir. Hari demi hari sampailah kadar pernafasannya stabil dan Alhamdulillah kedua2 peparunya sudah lengkap terbentuk selepas 11 hari.

Sumayyah

Namun dugaan bukan setakat di situ saja. Sekali lagi Sumayyah disahkan mengalami "Bronchitis" pada umur setahun lebih. Doktor cakap ianya seperti mild athsma. Bunyi wheezing yang kuat, batuk, selesema yang selagi tak sembuh, selagi itulah akan menyebabkan wheezing, ketidakselesaan pada bayi.

Saya pernah bertanya kepada doktor, adakah semua ini berkaitan dengan insiden semasa lahir (kes pramatang), doktor cakap bukan. Ini adalah normal kerana bayi kecil tidak pandai untuk mengeluarkan kahak, so akan menyebabkan wheezing. Namun hendaklah segera dirawat sebelum mengundang kes lagi serius.

Tahun demi tahun setiap kali selesema, batuk, cepat je simptom wheezing tu datang. Luluh hati tengok dada Sumayyah berombak kencang seolah susahnya hendak bernafas. Segala jenis ubat, madu, semua dah cuba. Semuanya mengambil masa at least 2 minggu untuk pulih sepenuhnya.

Hanya penghidap athsma/semput sahaja yang faham. Mak mertua & suami juga penghidap athsma. Ia umpama kita bernafas melalui straw...bayangkan ruang straw yang sempit.

Kes paling teruk semasa balik ke Miri pada Raya Haji tahun 2013. Tiada simptom selesema batuk sebelum itu, pukul 3.30 pagi Sumayyah menangis sebab tak dapat tidur. Ingatkan mungkin sebab hari pertama dia berada di tempat baru. Alih2 wheezing & batuk menyerang dan seolah2 susah nak bernafas.

Sumayyah

Entah apa puncanya, mungkin perubahan cuaca, atau bulu kucing yang trigger atshma, sebab kat Miri kucing memang lepak di dalam rumah.

Kalau kat KL senang lah sebab memang ada nebulizer kat rumah. Maklumlah ada penghidap athsma kat rumah tu. Pukul 4 pagi lebih, masih tiada tanda2 nak berhenti menangis, pagi itu juga kami pecut ke hospital (buka 24 jam) untuk dapatkan bantuan Nebulizer. Disebabkan mak saya staff hospital, prosedur kemasukan untuk dapatkan rawatan berjalan lancar. 

Sumayyah Neb

Sepanjang menggunakan Nebulizer, Sumayyah tak henti2 menangis dan kami terpaksa pegang kaki & tangan dia. Habis 1 dos, pegawai kesihatan cakap kene tunggu at least 30 minit untuk dia dengar pernafasan Sumayyah. Dah cukup 1/2 jam, bila pegawai dengar dada Sumayah, dia cakap masih ada bunyi wheezing kuat so kene up lagi 1 dos. Kamu turutkan nasihat pegawai tersebut, untuk kali kedua & juga ketiga masih memberikan result yang sama. Masa tu dah pukul 7 pagi masih belum selesai. 3 dos masih tiada perubahan. Sumayyah semakin lemah. Kami pun penat dah berapa jam tak tidur. Macam ada harapan nak kene admitted. Kemudian Sumayyah disuruh untuk pergi X-ray pulak.Aduh kesiannya anakku. Adakah ini prosedur normal di hospital kerajaan? Selepas 2 jam, keputusan X-ray juga menunjukkan kandungan kahak yang agak banyak. Doktor arahkan untuk admitted. 

Setelah berbincang dengan suami, kami memang tak setuju untuk admit ward dan mengambil keputusan untuk rawat sendiri (ke klinik swasta). Masih ingat lagi doktor muda tersebut, mungkin sebab marah akan tindakan kami. Masa dia sign untuk surat kebenaran bawa balik anak, dia sempat cakap "Percayalah kejap lagi puan mesti akan kembali ke sini lagi". Maksudnya doktor tu confirm atshma teruk akan menyerang lagi. Saya dan suami cuma berserah pada Allah sahaja. Bayangkan cuti yang tak lama nak balik cuti jumpa ahli keluarga, nak kene warded plak.

Lepas dari tu kami terus ke klinik pakar kanak2. Neb x1 + ubatan termasuk Antibiotik. Kami ikut arahan doktor makan ubat on time, pergi klinik untuk Neb pagi dan malam, selama 2 hari. Alhamdulillah...Sumayyah beransur pulih & aktif.



Kini Sumayyah dah 3 tahun...rasanya dah lama tak kene semput. Alhamdulillah. Pun saya tak ingat rasanya tarikh ubat2 dalam peti sejuk, paling latest ada yang dari bulan 7. Maksudnya lebih kurang dalam 4 bulan tak kene serangan demam/selesema/batuk.

Kalau ada pun batuk & wheezing, In sha ALLAH cepat sembuh. Kalau dulu makan minggu baru pulih sepenuhnya.

Saya baru teringat, adakah ini penangan Meakshake & Omega Guard ? Dalam saya tercari2 penawar sakit Sumayyah selama ini, sebab bosan dengan ubatan2 yang sama makan masa untuk pulih. Sebelum ini sebab klinik panel (nasib baik tak pernah bayar sendiri) entah beribu2 ringgit bil untuk ubat sahaja.

 MealshakesOmega Guard


Saya tergerak hati untuk mencuba Mealshakes kerana pelbagai kebaikannya - salah satunya untuk kurangkan semput. Saya campurkan Mealshakes ke dalam susu Sumayyah & Luqman atas tujuan untuk memberikan nutrisi yang cukup supaya badan mereka tahan akan serangan penyakit, maklumla duduk nurseri.

Batuk dan selesema memang sedikit sebanyak akan trigger semput kerana bila kahak datang yang berpunca dari selesema. Kanak2 kecil tidak pandai untuk mengeluarkan kahak maka terjadilah wheezing.

Begitu juga dengan Omega Guard, pada mulanya atas kegunaan diri sendiri namun saya kongsikan bersama anak2 saya. Minyak ikan yang saya dengar bagus untuk kurangkan athsma kerana sifatnya memanaskan dada. Bila dada panas, peparu akan mengembang sepenuhnya tiada la masalah dada sempit.

Kami tidak RISAU untuk makan ICE-CREAM :)

Kini saya memang memilih suplemen sebagai pencegahan awal. Sifat ubat hanya untuk merawat sementara tetapi jika kita mampu merawat punca demam/batuk/selesema in sha Allah kesannya berpanjangan. Kesian kan budak2 asyik kene makan ubat.

Buat pilihan bijak untuk anak2 kita. Now Sumayyah can say NO to nebulizer :)


Berminat untuk mencuba Mealshakes & Omega Guard, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order now

Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak





Thursday, 6 November 2014

Promosi Penjimatan Shaklee - November 2014

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera



Khas buat pengguna setia Omega Guard Shaklee, bulan ini merupakan bulan penjimatan berganda2 !

Anda mempunyai 2 pilihan:

# 1 - Beli 6 botol Omega Guard pada harga RM816
  • PERCUMA 1 botol Omega Guard
  • PERCUMA keahlian Shaklee (pembelian mininum RM680 sudah LAYAK menjadi ahli)
  • BONUS sebanyak RM30++  pada bulan hadapan (15hb Disember 2014) akan dikreditkan ke akaun anda
#2 - Beli 2 botol Omega Guard  pada harga RM258.40
  • DAPAT 5% diskaun

        

Omega Guard Shaklee mengandungi 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi. 3 biji OmegaGuard bersamaan dengan 990mg Asid Lemak Omega-3.

Omega Guard


Apa tunggu lagi, sila hubungi saya segera cuma bulan ini sahaja. Buat pilihan ikut keselesaan bajet anda :)

Boleh sahaja ajak kawan-kawan atau ahli keluarga terdekat untuk sama berkongsi pembelian Omega Guard  - Promosi November Shaklee .



 order promo nov



Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB Fanpage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos je Semenanjung, Sabah & Sarawak