Showing posts with label Set Detox Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Detox Shaklee. Show all posts

Sunday, 26 October 2014

4 Tips untuk Kekal Motivasi Turunkan Berat Badan

Assalamualaikum w.b.t  & Salam Sejahtera




Kepada anda yang mempunyai misi untuk menurunkan berat badan, saya pasti kadangkala semangat itu semakin hilang dan pudar apabila usaha yang dibuat tidak menunjukkan sebarang hasil. Orang selalu cakap, kalau badan nak gemuk, biasanya akan mengambil masa bertahun. Begitu juga untuk kurus/turun berat badan, proses ini bukan boleh terjadi dalam 2-3 hari atau seminggu, amat mustahil bukan?

Turun Berat badan


Lihat sahaja gambar di atas. Rasanya jika setiap kali anda berasa lapar, cuba tatap gambar ini, pastinya mampu membantutkan selera anda. Hodohkan?

Untuk sentiasa kekal bermotivasi dan bersemangat, ada beberapa tips di sini yang anda kena selalu pratikkan.


Turun Berat badan
Sape tak kenal Mek Klate ni...makin comel kan?


Tips# 1 Kisah Benar
Banyakkan membaca kisah benar seseorang yang sebelum ini terlalu gemuk dan sekarang telah berjaya menurunkan berat badan. Jika anda ikuti perjalanannya, anda akan faham bahawa ia bukan satu perjalanan yang singkat & mudah. Ia bergantung kepada disiplin & pelan diet yang diamalkan. Anda boleh dapatkan kisah kejayaan tersebut dalam website Kevin Zahri (https://kevinzahri.com)


Tips# 2 Rancangan "Biggest Loser"
Rancangan realiti TV ini adalah salah rancangan yang bertujuan untuk mencari individu yang dapat menurunkan berat badan paling drastik dan pemenangnya akan menerima hadiah wang tunai. Dengan menonton rancangan ini, anda boleh lihat sendiri gelagat peserta dalam misi ini bukan sesuatu yang senang dan banyak memerlukan pengorbanan dan semangat yang kuat. Dan hasilnya wow...pastinya anda semakin bersemangat kerana ianya bukan rekaan semata.

Turun Berat badan


Tips# 3 Jumpa orang berpengalaman
Jika anda ada kawan-kawan yang dulunya gemok tetapi sekarang slim melim, cuba anda korek tips daripadanya. Saya pasti kisahnya tidak jauh lebih kurang dari orang lain yang berjaya menurunkan berat badan. Kuncinya pasti disiplin, semangat, ilmu juga pelan makanan. Orang yang kita kenal pastinya lebih memberi impak dan terkesan pada kita.

Tips# 4 Sentiasa upgrade ilmu
Rajinkan cari info mengenai cara turunkan berat badan. Saya pasti terlalu banyak tips di luar sana tapi pastikan anda tidak tersalah pilih kerana takut memudaratkan diri. Nak lagi senang siapa yang tidak kenal Kevin Zahri, pakar nutrisi juga personal trainer. Anda boleh ikuti website beliau kerana terlalu banyak tips yang dikongsikan. Fahami ilmu asas pemakanan kerana faktor untuk kurangkan berat badan akan bergantung kepada 80% (pemakanan) & 20% (senaman). Apabila anda ada ilmu, anda tidak akan terasa kehilangan dan cepat putus asa. Yang penting sabar & disiplin - just go with the flow.


motivasi


Sumber: https://kevinzahri.com


Berminat untuk mencuba Set Kurus Shaklee, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

Saturday, 25 October 2014

Pentingnya Detoks ?

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera



Apa itu DETOKS/DETOX?

Perkataan sebenar ialah Detoksifikasi/Detoxification iaitu proses nyahtoksin dari badan. Toksin adalah bahan buangan/racun yang terkumpul dalam badan yang datangnya dari udara kotor,ubatan, radiasi & makanan minuman. Proses nyahtoksin akan dikeluarkan melalui 5 organ perkumuhan iaitu kulit, buah pinggang, kolon, paru-paru & hati.



detoks


Simptom Badan Penuh Toksin:
Sembelit, kulit kusam/jerawat, cepat letih & mengantuk, sakit tekak, berat badan berlebuhan, mulut berbau, sakit kepala, sakit tekak, mukus berlebihan, kurang fokus akibat kelesuan, tidur tidak puas, masalah dalam sistem penghadaman.


Sebab Perlu Detoks?
Apabila kita badan mengalami proses detoksifikasi, ia akan membersihkan segala kotoran yang melekat pada dinding usus khususnya. Setelah dinding usus bersih, barulah tubuh kita mampu untuk menyerap nutrien secara optimum.

kanser kolon
Sumber: http://www.impianmama.my

Akibat Tidak Detoks
Kereta pun harus diservis tiapkali tiba waktunya, inikan pula tubuh badan kita yang bertahun2 & sebaya dengan umur kita. Setiap organ perkumuhan telah menjalankan fungsinya selama bertahun2 dan sudah tentu semakin lemah fungsinya jika tidak dibersihkan.

1. Penyakit Kronik
Selain simptom ringan di atas, kita mungkin terdedah kepada penyakit lebih kronik seperti kanser kolon.

2. Badan Semakin Berasid
Seperti kita tahu, setiap orang mempunyai sel-sel kanser, cuma ia dikatakan aktif & tak-aktif sahaja. Apabila badan semakin berasid, ia membantu untuk badan kita mengaktifkan sel-sel kanser dalam badan. 



Berminat untuk mencuba Set Detox Shaklee, saya bersedia untuk memberi konsultasi PERCUMA.


order now


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

Thursday, 23 October 2014

Tips Kesihatan : "Infused Water" - Detox Semulajadi

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera




Infused Water agak famous sejak kebelakangan ini. Sana sini situ Infused Water...hehe...Tak pernah dengar Infused Water ?

Ok, Infused Water ini sebenarnya air putih yang direndam bersama hirisan buah-buahan segar seperti oren, lemon, epal, timun, nenas, kiwi atau apa-apa sahaja buah-buahan kegemaran anda. Paling minimum dibiarkan selama setengah jam. Tetapi lagi bagus dibiarkan semalaman dalam peti sejuk. Sedia diminum keesokan harinya.


Tapi ada apa dengan Infused Water ini - air ini adalah salah satu cara untuk detox semulajadi.


infused water


Tujuan Infused Water

  • Alternatif kepada siapa yang kurang gemar minum air putih
  • Rupa yang menarik - rasa nak minum banyak2
  • Aroma yang menyegarkan juga berkhasiat berbanding air kosong

Khasiat Infused Water
  • Detox secara semulajadi (nyahtoksin badan)
  • Badan terasa ringan jika diamalkan secara konsisten
  • Membantu mengempiskan perut
  • Membantu megurangkan berat badan
  • Membantu memperbaiki mood
  • Membantu mengurangkan rasa mengantuk di tengahari


khasiat infused water



Jom mulakan hari2 anda dengan meminum Infused Water dan alami kelainan serta keberkesanannya. Anda pasti teruja !



Berminat untuk mencuba Set Detox Shaklee, saya bersedia untuk memberi konsultasi PERCUMA.


order now


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak