Sunday 21 December 2014

Perangai Pelik

Saya ada satu perangai pelik yang saya tidak sedari hinggakan kawan2 saya yang menegurnya. Saya ingat ianya normal bagi diri saya tapi sangat pelik bagi kawan2 yang melihatnya.

menangis

Saya senang menitiskan air mata bukan sewaktu sedih sahaja. Kalau ada perkara sedih terutamanya melibatkan kematian yang tersayang, mestilah saya menangis.

Tetapi...saya akan menitiskan air mata ketika saya ketawa. Saya pasti ada yang sespesis sama dengan saya. 

Sebab masa saya di sekolah menengah, ada budak lelaki satu kelas pun sama je macam saya.Orang lain ketawa berdekah2, kami pula ketawa sambil mengesat air mata. Selain dia, saya dah tak jumpa dah orang spesis macam ni.

ketawa


Hanya orang2 tertentu yang dapat menyaksikan perangai pelik saya ini :)


No comments:

Post a Comment