Showing posts with label Set Berpantang Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Berpantang Shaklee. Show all posts

Saturday, 1 November 2014

Set Berpantang Shaklee

Set Berpantang Shaklee


Istimewa Set Shaklee:

  • Sesuai untuk Ibu yang bersalin normal/caesarian
  • Boleh dimakan seawal hari pertama
  • Sesuai dimakan walaupun bayi jaundis
  • Memudahkan para ibu
  • Sama fungsi dengan pantang cara tradisional

Set Berpantang Shaklee

OSTEMATRIX 
  • Membantu masalah sembelit (Agen pelawas semasa pantang)
  • Kalsium untuk ibu & bayi
  • RM61 (WM) / RM65 (EM) – 120 TABLETS


VITALEA 

  • Multivitamin yang membekalkan nutrisi yang cukup dalam badan
  • Membantu menambah sel darah merah yang telah banyak hilang semasa proses bersalin
  • RM88.75 (WM) / RM 93.75 (EM) – 120 TABLETS


VITAMIN C 
  • Membantu mempercepatkan penyembuhan tisu rosak
  • Menbantu memberi daya tahan imunisasi badan
  • RM 92.50 (WM) / RM 97.50 (EM) - 180 TABLETS


B-COMPLEX 
  • Anti stress (elak meroyan)
  • Membantu menstabilkan hormon agar penyusuan sempurna
  • RM 53.75 (WM) / RM 56.25 (EM) – 120 TABLETS


ZINC COMPLEX
  • Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman
  • Mengelakkan jangkitan
  • RM 33.75 (WM) / RM 35 (EM) – 120 TABLETS

Berminat untuk mencuba, saya bersedia untuk berkongsi manfaat Shaklee. 


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

Thursday, 30 October 2014

Tragedi Bersalin di AzZahrah Bangi

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera


Sebut pasal pengalaman bersalin, pastinya saat yang paling terindah dan tidak dapat dilupakan oleh kaum Ibu. 

Begitu juga dengan saya, walaupun sudah beranak dua, jika diberikan rezeki untuk anak ketiga, saya tidak dapat bayangkan betapa sakitnya ketika bersalin. Tetapi akhirnya memberikan air mata kegembiraan apabila anak yang kita kandung selama 9 bulan telahpun selamat dilahirkan.


Saya telah memilih Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah untuk melahirkan anak pertama saya, Luqman (tahun 2009). Oleh kerana berpuas hati dengan layanan staf, doktor, suasana hospital, bayaran ; saya telah sekali lagi memilih untuk bersalin anak kedua saya, Sumayyah (2011). Dr Fazlin Hanum yang bertanggungjawab untuk monitor tahap kesihatan saya sepanjang tempoh mengandung hingga lah bersalin.

Jika dibandingkan pengalaman bersalin kedua2nya, ya pasti ada perbezaan.

Alhamdulillah, saya jenis yang mudah bersalin hinggakan 5-6cm tidak terasa sakit langsung. Mungkin kerana sepanjang mengandung saya kerap berjalan ke sana sini untuk ke tempat kerja. Alhamdulillah.


Anak # 1 Luqman

Semasa anak pertama, pada temujanji check up yang terakhir kandungan telah berusia 38 minggu saya diarahkan ke labor room kerana pada masa itu bila doktor scan kepala baby dah sampai ke bawah. Bila doktor seluk je dah boleh rasa rambut bayi. Rasanya pada masa itu dah 7-8 cm. Serius saya tak rasa apa2 sakit bila doktor tanya, dah la first time nak bersalin.

Tiba2 blur bila doktor cakap kene bersalin hari tu jugak. Dalam hati terdetik...macam nak bersalin tak rasa sakit...bila masa nak push ni...nervous...tak tahu nak buat apa.

Saya cuma mengikut arahan doktor sementara husband pun kalut dan call untuk bagitahu keluarga mertua. Lagi cucu pertama, keluarga mertua pun excited. Bila masuk labor room lebih kurang pukul 11.40 am, saya cuma ikut je arahan staf, disuruh baring dan baca zikrullah. Dalam bilik juga dialunkan bacaan Al-Quran. Pada masa itu, macam-macam yang saya fikiran. Takut, Sedih, Risau... Suami pun sudah ada di sisi, bagi kata-kata semangat sambil buat kelakar. Dan tak kelakar okay, orang tengah takut dan terketar2. 

Tak lama lepas tu doktor datang dan cek lagi, bukaan agak slow masih 8-9cm. Oleh kerana kontraksi tak berapa kerap, tiada rasa sakit, doktor memutuskan untuk induce kerana risau bayi akan lemas. Bila dah induced tu, tak berapa lepas tu wah sakit dia bila datang rasa nak tercabut pinggang dan nak sepak je benda2 kat situ. Doktor pun dah bersedia, dia tolong pecahkan air ketuban masa tu rasa macam ahhh panas air ape ni...tak kisah lah sebab sakit kontraksi itu lagi mengatasi. Doktor pesan kalau sakit tu datang cuba push sekuat2 hati jangan angkat punggung tinggi, dagu ditundukkan ke bawah. Uish penat rasanya push kali ketiga tu terus baby keluar. Masa tu rasa macam Allah saja yang tahu. 

Alhamdulillah...lahirnya Luqman, 2.82 kg pada waktu Zuhur. Kami discharge pada hari ketiga.

Luqman


Anak # 2 Sumayyah 

Pengalaman anak kedua pula pada mulanya lebih kurang anak pertama. Juga disuruh untuk ke labor room semasa temujanji check up yang terakhir. Tapi pada masa ini kandungan belum masuk 38 minggu.

Bukaan sebanyak 6 cm juga tidak terasa doktor cuma pesan kena bersalin hari ni. Disuruh untuk pergi makan dulu dan boleh balik rumah kalau nak ambil barang keperluan (dalam masa 2 jam).

Saya terus ke wad sebab takut pulak terjadi apa2 dalam perjalanan balik. Husband pun setuju, kami terus ke labor room lebih kurang waktu yang sama semasa bersalinkan anak pertama juga melahirkan Sumayyah, 2.89kg pada waktu Zuhur juga.

Bezanya pada kali ini pendarahan agak banyak sehinggakan saya diberi bius dan tidak sedarkan diri semasa proses menjahit, sampailah ditolak balik ke bilik.

Saya cuma sempat dengar doktor cakap, darah banyak ni saya bagi bius okay? Saya pun ikut je dan terus tak sedar.

Bila dah sedar, saya dikhabarkan bayi telah lahir pra-matang kerana belum memasuki 38 minggu.  Sumayyah kene bernafas menggunakan peralatan oksigen kerana sebelah peparunya belum terbentuk sempurna.

premature


Pada masa tu rasanya dalam 11-12 hari berkampung di Az-Zahrah. Sumayyah diarahkan untuk sentiasa menggunakan bantuan oksigen kerana bacaannya pernafasannya yang tidak stabil. Saya tiada pilihan dan berdoa agar Sumayyah beransur pulih dan tidak perlu untuk pakai tiub di hidung. Seksanya  & sedih melihat dia. Pada masa itu, saya kerap ke bilik rawatan sesekali menyusukan dia. Kalau dia tidur, saya cuma pam susu dan pass kepada nurse. Dalam masa yang sama, bacaan kuning dia agak tinggi, alamatnya duduk la bawah mentol tu. Seingat saya dulu Luqman tak ada masalah kuning.


jaundis


Kami disharge pada hari ke-11. Alhamdulillah gembira tak terkata. Sebab dah lama sangat berkampung kat situ, orang2 di rumah pun tak sabar nak jumpa Sumayyah, maklumlah satunya cucu perempuan.

Sumayyah


Itulah pengalaman yang indah dan sentiasa segar di ingatan. Sudah bersedia untuk yang ketiga ? Hmm...mungkin belum. Saya pun tidak merancang apa2. Namun jika diberikan rezeki, apa salahnya :)


Berminat untuk mencuba Set Kesuburan Shaklee, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak



Wednesday, 22 October 2014

Tips Persediaan Bersalin - PENTING!

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera


Tahniah saya ucapkan kepada yang bakal bergelar Ibu tak lama lagi. Bagaimana perasaan anda - excited...nervous...?

Ye saya pun macam tu dulu bila nak bersalinkan anak pertama. Walau apa pun kita harus melalui saat itu, hari demi hari sudah semakin menghampiri due date.


Ibu Mengandung



Jadi jangan takut, jangan buang masa sebaliknya cuba fikirkan persediaan bersalin sudah cukup kah?


Mari kita tengok antara senarai semak (checklist) persediaan bersalin di bawah:


Persediaan Mental:

1.  Ketahui tanda-tanda hampir bersalin seperti contraction kerap, pecah air ketuban, keluar lendir pekat bercampur darah dari faraj atau sakit belakang - sila jumpa doktor anda segera


doa Nabi Yunus

2. Hafal doa Nabi Yunus di atas In sha ALLAH membantu mengurangkan rasa sakit.
3. Bagi yang bekerja, sila ambil cuti awal untuk hilangkan rasa stress dengan berehat di rumah




Persediaan Fizikal:

Sebelum itu, sediakan 1 besar atau 2 beg berlainan, satu untuk bakal Ibu manakala satu lagi untuk bayi.

beg hospital

Bakal Ibu
  • Kad Pengenalan
  • Rekod kesihatan (Buku Merah)
  • Handphone & charger
  • Maternity Pad
  • Nursing Bra
  • Kain Batik
  • Stokin
  • Selipar
  • Baju Sejuk
  • Set Mandian
  • Set pakaian semasa daftar keluar hospital (baju butang depan mudah untuk breastfeeding)
  • Minyak Panas
  • Plastik - untuk baju kotor
  • Makanan ringan seperti Milo/nestum 3in1, biskut untuk hilangkan rasa lapar




Bayi
  • Newborn-sized diapers - 10 keping
  • Baju, mittens, booties - 3 pasang
  • Topi
  • Barut - 3 helai
  • Kain bedung
  • Selimut
  • Tuala & set mandian
  • Baby wipes
  • Minyak telon



Kemudian letak siap-siap dalam kereta apabila menghampiri due date. In case kita berada di luar rumah pada masa itu, boleh terus ke hospital.


Mudah-mudahan checklist persediaan bersalin di atas sedikit sebanyak menjadi panduan untuk anda. Selamat menjalani kehidupan sebagai Ibu yang pastinya pengalaman yang sangat sangat indah bagi anda :)



Berminat untuk mencuba Set Berpantang Shaklee, hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA.


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

Friday, 10 October 2014

Selamatkah Berpantang Cara Moden - Set Berpantang Shaklee


Asssalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera


Semoga anda sentiasa sihat dan ceria :)


Saya ingin berkongsi pengalaman berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. Ia bermula setelah saya melahirkan anak kedua. Bagaimana terdetik hendak mencari produk berpantang yang lain, apabila teringatkan semasa berpantang anak pertama dengan pakej jamu masa, kosnya agak mahal dan ada lagi bahan yang tak habis digunakan. Untuk anak kedua macam tak berbaloi nak ambil pakej jamu yang sama, lagipun kain bengkung masih ada. Tambahan pula saya memang berniat untuk menyusukan anak dan orang cakap jamu agak panas. Cari dan cari dan cari info...


Entah macamana boleh terbaca pasal produk Shaklee melalui kawan lama saya, Master Norazrin dan pada masa itu masih ada pek percubaan Set Berpantang Shaklee. Dengan RM100 boleh dapat 4 jenis Vitamin iaitu Zinc, Vitalea, Vitamin C & B Complex untuk 40 hari tempoh berpantang.Wow pada saya murah sesangat tapi pantang dengan Vitamin je...boleh ke nak pulihkan luka dalaman, urat-urat yang sudah kembang, keadaan rahim, bisa badan, lenguh-lenguh? In Sha Allah Shaklee membantu.


Set Berpantang Shaklee
Ini adalah baby Shaklee saya :)



Khasiat Set Berpantang Shaklee:

Zinc - membantu menyembuhkan luka dalaman

Vitalea - multivitamin yang kaya dengan pelbagai nutrisi sesuai untuk ibu berpantang kena berpantang makan

Vitamin C - membantu memperbaiki sel tisu yang telah rosak, mempercepatkan proses penyembuhan luka

B Complex - menstabilkan hormon, membantu menghilangkan stress/meroyan



Fungsinya sama dengan jamu bukan. Tetapi Set Berpantang Shaklee adalah selamat untuk bayi kerana ia bersifat semulajadi.

Alhamdullillah mak mertua saya bukan jenis terlalu mengongkong, dia biarkan saya untuk membuat pilihan. Katanya walaupun hanya berpantang dengan vitamin sahaja, berbengkung, bertungku, berurut adalah wajib untuk kesihatan luaran kerana Set Berpantang Shaklee hanya membantu untuk kesihatan dalaman.

Ada berminat untuk mencuba Set Berpantang Shaklee,  hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA :)




 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage: The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak