Showing posts with label kekurangan susu. Show all posts
Showing posts with label kekurangan susu. Show all posts

Sunday, 28 December 2014

7 Mitos Susu Ibu Yang Wajib Diketahui oleh yang baru bergelar Ibu

Semakin hari semakin ramai para ibu yang mempunyai kesedaran untuk menyusukan bayi mereka. Ini adalah kerana Susu Ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi kerana banyak manfaatnya selain juga untuk kesihatan Ibu itu sendiri.


Namun bagi yang baru bergelar Ibu dan baru pertama kali untuk menyusukan bayi, pasti pernah terdengar beberapa mitos tentang penyusuan susu Ibu seperti payudara akan menjadi kendur, bayi akan melekat dengan ibu 24 jam, payudara kecil susunya sedikit dan banyak mitos lain. Dan kemudian telah berkira2 samada untuk meneruskan niatnya atau tidak kerana risaukan kesan mitos tersebut.

Oleh itu penyusuan susu ibu ini tidak lah semudah dan sesusah yang disangkakan. Ibu tersebut mestilah kuat semangat, disiplin, sentiasa belajar dan rajin bertanya kepada yang pakar dan berpengalaman.

(sumber: http://www.momschoice.com.my)

# Mitos 1 Payudara Kendur
Sebenarnya saiz payudara Si Ibu akan membesar sepanjang proses kehamilan kerana proses pembentukan kalenjar susu sedang terbentuk. Apabila si Ibu tidak meneruskan penyusuan, saiz payudara akan menurun dengan cepat & drastik. Namun bagi si Ibu yang menyusukan bayi, saiz payudara akan menurun secara perlahan2.

# Mitos 2 Bayi Sentiasa 24 jam dengan si Ibu
Tidak dinafikan si bayi sentiasa ingin melekat dengan si Ibu kerana sumber penyusuan pada si Ibu. Kalau boleh, si bayi ingin sentiasa bersama ibunya. Semestinya tanggungjawab si Ibu untuk menyusukan dan si suami hendaklah faham akan situasi dan memberikan ruang kepada si Ibu dan bayi. Bayi menyusu kebanyakan sehingga umur 2 tahun. Ia bukan lah satu tempoh yang lama kerana jika dibandingkan apabila dia sudah membesar, anda sudah tidak dapat menikmati saat2 manis tersebut.

# Mitos 3 Payudara kecil, susu sedikit
Penghasilan susu yang banyak atau sedikit bukan terletak kepada saiz payudara sebaliknya susu terhasil dari kalenjar susu/mamari. Selagi bayi ingin dan kerap menyusu, inshaALLAH susu akan sentiasa dihasilkan.

# Mitos 4 Susu Ibu Cair
Susu ibu terdiri daripada 80% kandungannya adalah air. Susu awal (foremilk - mengandungi lebihan air & laktosa) untuk menghilangkan dahaga manakala susu akhir (hindmilk - pekat dan berlemak) untuk mengenyangkan bayi. Tekstur susu ibu apabila dibiarkan dalam botol untuk seketika, ia terbahagi kepada 3 bahagian - warna keruh cair paling bawah, warna kekuningan di tengah dan warna putih pekat berkrim pada lapisan paling atas.

# Mitos 5 Puting hendaklah dicuci sebelum penyusuan
Puting susu adalah bersifat antibakteria dan tidak perlu dicuci untuk memulakan penyusuan. Penyusuan boleh dilakukan bila2 masa dan ia tidak menyusahkan. Bayi sebenarnya lagi sukakan haruman asal si Ibu.

# Mitos 6 Susu Ibu Tidak sesedap Susu Formula 
Susu formula sebenarnya mengandungi kandungan gula kompleks yang banyak dan memberikan rasa manis. Susu Ibu pula mengandungi gula sendiri namun ia amat mudah dicerna oleh usus bayi. Namun siapa kata susu Ibu tidak sedap, tengok sahaja bayi hasil dari penyusuan badan selalunya sihat2 & comel belaka, ini menunjukkan mereka sangat gemarkan susu Ibu. Selain itu Susu Ibu mengandungi segala nutrien yang diperlukan oleh bayi. 

# Mitos 7 Susu Formula lagi banyak Nutrien
Susu badan sebenarnya mengandungi lebih banyak nutrien seperti antibodi, enzim & protein yang tidak akan dapat dihasilkan oleh susu formula. Sila jangan tertipu oleh iklan susu formula di televisyen.



Setelah anda mengetahui akan mitos vs fakta di atas, diharap anda akan meneruskan niat anda untuk menyusukan bayi secara ekslusif (2 tahun).

Jika rujuk akan gambar bayi di atas, susu Ibu memang yang terbaik untuk anak anda.

Boleh baca mengenai Tips Tambah Susu Ibu dan juga penyediaan EBM sebagai persediaan awal serta masalah normal para ibu iaitu susu tidak cukup.

Berminat untuk mencuba Set Penyusuan Shaklee, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order now


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

Wednesday, 12 November 2014

Ibu Gembira Masalah Kurang Susu Tiada lagi

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera


Umumnya semua orang sudah tahu akan khasiat susu ibu tetapi tidak semua ibu mampu untuk menyusukan bayinya secara ekslusif 2 tahun. Malah ada yang terhenti sebaik sahaja selepas berpantang.

baby kelaparan

Antara alasan yang biasa kita dengar, susu berkurangan, susu tiada lagi, bayi tidak puas menyusu, bayi tak nak hisap dah, tak cukup susu dan lain2.

Apa yang boleh saya simpulkan bahawa masih ada lagi yang tidak faham akan konsep penyusuan iaitu demand-vs-supply. Bagi saya tiada istilah susu berkurangan, ianya bergantung kepada Ibu tersebut kuat tak kuat semangatnya ingin meneruskan penyusuan ekslusif selama 2 tahun.

Jika susu berkurangan, sila kaji apa yang berlaku pada diri anda:

  • Gaya pemakanan, 
  • Intake air mencukupi
  • Ada minum air berkafein/karbonat
  • Adakah penyusuan diberikan secara kerap
  • Sudah termiss beberapa jam untuk pam/penyusuan
  • Stress kah semasa penyusuan
  • On diet sehingga tak cukup kalori

Semua di atas memang menyumbangkan faktor susu badan berkurangan.

Sekarang saya bukan nak cerita pasal tips untuk tambah susu kerana entri ini dah dikongsi dalam entri dulu, boleh klik sini : entri untuk Tips Tambah Susu

Satu alternatif lain jika anda rasa dah try semua Tips Tambah Susu, tapi produksi susu masih berkurangan? Cara ini memang terbukti berkesan dengan syarat anda harus mematuhi segala tips yang betul cara pemakanan/pantang larang dan lain2.


Saya kongsikan antara testimonial yang berjaya:

Credit to: http://nurulaziyana.blogspot.com/
Credit to: http://www.celikvitamin.com/
Credit to: http://www.hanyasusuibu.com/
testi#1

testi#2

testi#3




Anda ingin menjadi seperti mereka? 
  • Stok dari 50 oz telah bertambah ke 130 oz hanya dalam masa 10 hari? 
  • Bulan puasa masih boleh maintain akan produksi susu malah makin mencurah2?
  • Mendapat kesan sampingan lain; kulit semakin gebu, sentiasa bertenaga, masalah sembelit berkurangan, bayi cepat kenyang, parut luka/stretchmark berkurangan...ini cuma sebahagian....dan ada banyak kesan sampingan lain...

Produk yang dimaksudkan ialah Set Menyusu Shaklee. Alhamdulillah semuanya dengan izin Allah. Niat yang baik In Sha ALLAH dipermudahkan. 
Ibu bekerjaya

Suplemen ini bukanlah jaminan untuk menambah susu ibu, tetapi ia membantu menjadikan Ibu tersebut supaya semakin sihat terutamanya yang baru sahaja lepas pantang banyak kehilangan banyak darah, zat berkurangan. Juga khas untuk Ibu Bekerjaya yang sibuk dengan hal pejabat,kesuntukan masa, Set Menyusu Shaklee akan membantu  memudahkan anda agar tetap bersemangat dalam meneruskan penyusuan ekslusif bayi.

3 pilihan pakej Set Penyusuan bersesuaian dengan bajet anda:

Set A : Vitalea + B Complex + Vitamin C + Alfalfa
Set B : (Set A + Ostematrix)
Set 3M: (Set B + ESP)

Ayuh cepat hubungi saya jika ingin menghapuskan masalah kekurangan susu yang membelenggu anda saban hari. Tips/panduan/konsultasi berterusan jaminan dari saya :)

Jadilah Ibu yang prihatin dan sememangnya lagi banyak kebaikan menyusukan Ibu jika dibandingkan masalah yang akan menanti anda kemudian hari.

Berminat untuk mencuba Set Penyusuan Shaklee, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order now


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

Saturday, 25 October 2014

10 Tips Tambah Susu Ibu

Assalalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera


Susu Ibu merupakan makanan terbaik terutamanya untuk bayi baru lahir. Dan saya pasti naluri seorang Ibu ingin menyusukan anaknya sehingga berusia 2 tahun.


breastfeeding


Namun begitu, masalah kekurangan susu adalah masalah normal yang melanda para ibu. So jangan susah hati, saya kongsikan 10 tips untuk tambah susu ibu.


Tips # 1 Makanan Berkhasiat
Pilih makanan yang berkhasiat dah memberi tenaga contohnya kurma, oat, nestum, horlicks, milo.

Tips# 2 Air Putih
Tingkatkan pengambilan air putih lebih dari 3 liter.

Tips# 3 Kerapkan menyusu
Kerapkan menyusukan bayi 2-3 jam sekali terutamanya masa pantang. Jika bayi tidur, anda boleh kejut atau pam susu untuk stok (penting untuk Ibu yang bekerja). Amalkan yang sama pada malam hari juga.

Tips# 4 Urutan Badan
Boleh cuba untuk berurut satu badan untuk membetulkan perjalanan urat payu dara.

Tips# 5 Mood
Pastikan anda tidak stress jika susu masih kurang terutamanya semasa sesi mengepam. Cuba fikirkan yang tenang sambil bayangkan wajah bayi (tatap gambar bayi).

Tips# 6 Fahami Konsep
Fahami konsep supply & demand. Semakin anda mengosongkan payudara, semakin banyak susu dihasilkan.

Tips# 7 Direct-feeding
Jika anda berada di rumah, susukan bayi secara terus dan elakkan memberikan stok susu dari botol. Stok susu khas untuk bekalan bayi apabila anda mula bekerja nanti.

Tips# 8 Doa
Berdoa padaNya. Amalkan surah contohnya Surah Hujurat dan sapukan pada kedua-dua belah payudara. Atau Surah Al-Baqarah Ayat 60.


tips doa



Tips# 9 Ikuti Kumpulan Ibu Menyusu
Anda boleh masuk Kumpulan Ibu Menyusu/forum untuk berkongsi tips/masalah dan anda tidak akan rasa kehilangan/putus asa. Malah sentiasa kekal bersemangat dalam misi menyusukan bayi.

Tips# 10 Payudara Bengkak
Jangan sesekali biarkan payudara bengkak. Ini mungkin berlaku kepada Ibu bekerja yang terlepas sesi mengepam mungkin kerana ada mesyuarat, terlupa bawa pam/storage/kursus. Cari alternatif lain seperti belajar memerah menggunakan tangan (marmet), isi susu perahan dalam plastik biasa yang penting bersih.



Berminat untuk mencuba Set Penyusuan Shaklee, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order now


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak