Saturday 25 October 2014

Cara Penyimpanan Susu Ibu/EBM (Express Breast Milk)

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera



Sebelum ini, saya sudah kongsikan Tips Untuk Tambah Susu Ibu. So sekarang, saya senaraikan pula cara-cara untuk menyimpan Susu Perahan (EBM) tersebut.

ebm
Sumber: http://breastfeeding.about.com

Ini adalah tips yang sangat penting terutamanya kepada anda yang first time bergelar ibu dan berniat untuk menyusukan bayi secara ekslusif selama 2 tahun.


Persediaan yang perlu anda ambil tahu?

#1 Bekas/Storage
Pemilihan bekas (bebas BPA) seperti botol atau plastik (menjimatkan ruang) - kedua2 ini selalunya yang menjadi pilihan. Anda boleh dapatkan di butik barangan bayi ataupun secara online.

#2 Pam susu (1 set dengan beg & ice pack)
Ice pack hendaklah dibekukan terlebih dahulu. Setelah habis waktu bekerja, anda boleh masukkan ice pack bersama EBM dan sedia untuk dibawa balik.


tempoh ebm


Cara Penyimpanan Stok EBM

# 1 Label / Tarikh /Masa
Pastikan ada melabel setiap storage (boleh guna sticker putih) kerana ini akan membantu anda untuk mengetahui yang mana harus digunakan terlebih dahulu. Jika dihantar ke nurseri, sila labelkan terang nama anak anda juga untuk mengelakkan tertukar.

# 2 Buat Stok Semasa Pantang
Bagi Ibu bekerjaya yang ingin membuat stok EBM, susu yang baru diperah & telah dilabel harus diletakkan di bahagian deep freezer terus. Stok EBM ini mampu bertahan sehingga 6 bulan (dipanggil frozen EBM). Selama tempoh berpantang, digalakkan untuk direct feeding bayi.

#3 Simpan dalam kuantiti sikit (1-4 oz)
Anda digalakkan untuk membahagikan fresh EBM tersebut dalam kuantiti sedikit (bergantung kepada 1x pengambilan normal bayi tersebut) - untuk mengelakkan pembaziran. Jika bayi masih nampak lapar, barulah dipanaskan botol kedua. Ini kerana susu perahan harus dihabiskan dalam tempoh 1-2 jam sahaja, sebaliknya harus dibuang.

#4 Campur Susu Perahan 
Hanya dibolehkan untuk EBM hari & suhu yang sama. Katakan sesi pertama perahan anda cuma dapat 2 oz sahaja. Selepas 3 jam pada sesi kedua, anda masih mendapat cuma 2 oz. Anda boleh mencampur keduanya (2+2 oz) dengan syarat keduanya berada dalam suhu yang sama. Jika EBM sesi pertama telah dimasukkan ke dalam peti sejuk, tunggu fresh EBM sesi kedua sejuk dan apabila suhu agak sama, anda boleh campur keduanya dan goncang perlahan.

#5 Tempoh EBM
Fahami tempoh EBM. Susu yang baru diperah hanya boleh bertahan selama 4 jam sahaja dalam suhu bilik. Manakala dalam bilik berhawa dingin hanya 8 jam. 

Jika anda meletakkan EBM pada bahagian sejuk/Chilled, jangan melebihi daripada 2 hari. Jika tidak diminum pada hari ketiga, terus masukkan ke bahagian beku/frezeer. 

EBM dalam deep freezer mampu bertahan selama 6 bulan, manakala freezer biasa hanya 3 bulan sahaja.


#6 Konsep FIFO (first-in-first-out)
Jika sehari anda mampu mendapatkan 6 bekas stok EBM, 3 daripadanya boleh dibekukan terus ke bahagian beku, manakala lagi 3 boleh digunakan untuk dihantarkan ke nurseri keesokan harinya bersama lagi +3 lagi dari stok EBM beku. Pastikan anda memesan pengasuh supaya menggunakan stok beku EBM terlebih dahulu. Ini adalah kerana stok yang telah beku apabila dicarikan, tidak boleh dibekukan semula. Label 1-6 atas penutup untuk memudahkan pengasuh. Dengan konsep ini, anda telah menyeimbangkan stok EBM anda dengan menggunakan stok EBM lama dan juga menambah stok baru.



breastfeeding

Dari zero knowledge dalam bab penyusuan, saya pasti lama-kelamaan anda pula yang membantu ramai bakal-bakal ibu nanti :)


Berminat untuk mencuba Set Penyusuan Shaklee, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order now


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment