Wednesday 22 October 2014

Tips Persediaan Bersalin - PENTING!

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera


Tahniah saya ucapkan kepada yang bakal bergelar Ibu tak lama lagi. Bagaimana perasaan anda - excited...nervous...?

Ye saya pun macam tu dulu bila nak bersalinkan anak pertama. Walau apa pun kita harus melalui saat itu, hari demi hari sudah semakin menghampiri due date.


Ibu Mengandung



Jadi jangan takut, jangan buang masa sebaliknya cuba fikirkan persediaan bersalin sudah cukup kah?


Mari kita tengok antara senarai semak (checklist) persediaan bersalin di bawah:


Persediaan Mental:

1.  Ketahui tanda-tanda hampir bersalin seperti contraction kerap, pecah air ketuban, keluar lendir pekat bercampur darah dari faraj atau sakit belakang - sila jumpa doktor anda segera


doa Nabi Yunus

2. Hafal doa Nabi Yunus di atas In sha ALLAH membantu mengurangkan rasa sakit.
3. Bagi yang bekerja, sila ambil cuti awal untuk hilangkan rasa stress dengan berehat di rumah




Persediaan Fizikal:

Sebelum itu, sediakan 1 besar atau 2 beg berlainan, satu untuk bakal Ibu manakala satu lagi untuk bayi.

beg hospital

Bakal Ibu
  • Kad Pengenalan
  • Rekod kesihatan (Buku Merah)
  • Handphone & charger
  • Maternity Pad
  • Nursing Bra
  • Kain Batik
  • Stokin
  • Selipar
  • Baju Sejuk
  • Set Mandian
  • Set pakaian semasa daftar keluar hospital (baju butang depan mudah untuk breastfeeding)
  • Minyak Panas
  • Plastik - untuk baju kotor
  • Makanan ringan seperti Milo/nestum 3in1, biskut untuk hilangkan rasa lapar




Bayi
  • Newborn-sized diapers - 10 keping
  • Baju, mittens, booties - 3 pasang
  • Topi
  • Barut - 3 helai
  • Kain bedung
  • Selimut
  • Tuala & set mandian
  • Baby wipes
  • Minyak telon



Kemudian letak siap-siap dalam kereta apabila menghampiri due date. In case kita berada di luar rumah pada masa itu, boleh terus ke hospital.


Mudah-mudahan checklist persediaan bersalin di atas sedikit sebanyak menjadi panduan untuk anda. Selamat menjalani kehidupan sebagai Ibu yang pastinya pengalaman yang sangat sangat indah bagi anda :)



Berminat untuk mencuba Set Berpantang Shaklee, hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA.


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment