Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Wednesday, 22 October 2014

Tips Persediaan Bersalin - PENTING!

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera


Tahniah saya ucapkan kepada yang bakal bergelar Ibu tak lama lagi. Bagaimana perasaan anda - excited...nervous...?

Ye saya pun macam tu dulu bila nak bersalinkan anak pertama. Walau apa pun kita harus melalui saat itu, hari demi hari sudah semakin menghampiri due date.


Ibu Mengandung



Jadi jangan takut, jangan buang masa sebaliknya cuba fikirkan persediaan bersalin sudah cukup kah?


Mari kita tengok antara senarai semak (checklist) persediaan bersalin di bawah:


Persediaan Mental:

1.  Ketahui tanda-tanda hampir bersalin seperti contraction kerap, pecah air ketuban, keluar lendir pekat bercampur darah dari faraj atau sakit belakang - sila jumpa doktor anda segera


doa Nabi Yunus

2. Hafal doa Nabi Yunus di atas In sha ALLAH membantu mengurangkan rasa sakit.
3. Bagi yang bekerja, sila ambil cuti awal untuk hilangkan rasa stress dengan berehat di rumah




Persediaan Fizikal:

Sebelum itu, sediakan 1 besar atau 2 beg berlainan, satu untuk bakal Ibu manakala satu lagi untuk bayi.

beg hospital

Bakal Ibu
  • Kad Pengenalan
  • Rekod kesihatan (Buku Merah)
  • Handphone & charger
  • Maternity Pad
  • Nursing Bra
  • Kain Batik
  • Stokin
  • Selipar
  • Baju Sejuk
  • Set Mandian
  • Set pakaian semasa daftar keluar hospital (baju butang depan mudah untuk breastfeeding)
  • Minyak Panas
  • Plastik - untuk baju kotor
  • Makanan ringan seperti Milo/nestum 3in1, biskut untuk hilangkan rasa lapar




Bayi
  • Newborn-sized diapers - 10 keping
  • Baju, mittens, booties - 3 pasang
  • Topi
  • Barut - 3 helai
  • Kain bedung
  • Selimut
  • Tuala & set mandian
  • Baby wipes
  • Minyak telon



Kemudian letak siap-siap dalam kereta apabila menghampiri due date. In case kita berada di luar rumah pada masa itu, boleh terus ke hospital.


Mudah-mudahan checklist persediaan bersalin di atas sedikit sebanyak menjadi panduan untuk anda. Selamat menjalani kehidupan sebagai Ibu yang pastinya pengalaman yang sangat sangat indah bagi anda :)



Berminat untuk mencuba Set Berpantang Shaklee, hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA.


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

Tuesday, 21 October 2014

Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera


Setiap pasangan yang telah berkahwin pasti tidak sabar untuk ke alam seterusnya iaitu menjadi ibu dan ayah. Memiliki anak merupakan suatu anugerah dan kebanggaan setiap pasangan. Namun tidak semua pasangan dikurniakan rezeki anak. Ada yang cepat, ada juga yang lambat. Ada juga sudah bertahun-tahun menunggu tetapi masih tiada anak.


anak


Sukar hamil mungkin berpunca daripada ketidaksuburan pasangan. Contohnya masalah dalaman wanita itu sendiri dari segi telur, rahim, tiub Fallopian tersumbat. Kepada kaum lelaki pula, mungkin berpunca daripada masalah sperma.


Kesemua punca di atas, in sha Allah kita boleh atasi dengan beberapa cara.


Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

# 1 Buat Ujian Kesuburan
Anda boleh berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat. Biasanya doktor akan melakukan ujian untuk mengesan cyst, fibroid juga memastikan saluran Fallopian tidak tersumbat. 

#2 Ketahui waktu subur
Fahami bagaimana kiraan waktu subur anda (sila rujuk: http://www.babycenter.com.my/a1044297/ovulasi) ia penting kerana pada waktu inilah anda boleh meninggikan peluang untuk hamil.




#3 Berat badan Ideal
Berusaha untuk dapatkan berat badan yang ideal (BMI 20-24) dengan senaman juga pemakanan sihat. Ini kerana badan terlalu besar atau kurus juga mempengaruhi tahap kesuburan seseorang.

#4 Elakkan stress
Stress boleh menganggu mood masing-masing dan ia merupakan perkara yang tidak sihat. Cuba lakukan aktiviti yang anda suka bersama pasangan selain ia membantu mengeratkan lagi hubungan.

#5 Makan Suplemen
Makan suplemen untuk membantu meningkatkan mood agar lebih baik, tenangkan jiwa dan emosi. Bagi lelaki pula disarankan mengambil Zinc kerana ia membantu untuk meningkatkan produktiviti sperma.

#6 Doa
Mintalah bersungguh-sungguh padaNYA kerana dia lah Pemberi rezeki.




Berminat untuk mencuba Set Kesuburan Shaklee, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

Monday, 20 October 2014

Sejarah Shaklee

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera



Sejarah Shaklee bermula pada tahun 1915, apabila multivitamin pertama di dunia iaitu Vitalized Minerals dicipta oleh Dr Forrest C Shaklee (pengasas Shaklee).

Begitu juga dengan perkataan VITAMIN yang digunakan pada masa sekarang adalah berasal daripada ciptaan Dr Forrest (VITAlized MINerals) -> pada masa sekarang dikenali sebagai Vitalea.






vitamindr forrest shaklee






Dr Forrest yang lahir pada tahun November 1894 telah mengidap penyakit tuberculosis  @ (tibi/batuk kering) dan doktor telah menjangkakan beliau tidak mampu untuk hidup lama. Namun beliau tidak berputus asa dan mencari rawatan yang berasaskan sumber semulajadi kerana tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan. Beliau dapat merasakan tahap kesihatan bertambah baik.


Dari situlah terciptanya multivitamin pertama di dunia. Usaha Dr Forrest Shaklee tidak terhenti setakat itu, beliau telah menolong ramai orang untuk meningkatkan taraf kesihatan tanpa menggunakan ubat tetapi hanya vitamin semulajadi.

Oleh kerana niat mendalam ingin membantu ramai orang serta permintaan yang tinggi, beliau telah mendapat idea untuk mengadakan jualan langsung suplemen Shaklee.

Produk Shaklee telah dijual terus dari kilang kepada pengedar tanpa melalui pemborong. Disebabkan itulah harga vitamin Shaklee jauh lebih murah berbanding jenama lain. Anda boleh kira sendiri dari segi harga, kuantiti dan yang penting kualiti :)


syarikat shaklee


Kemudian syarikat Shaklee Corporation pula ditubuhkan pada 1 April 1956 di Oakland pada usia beliau 62 tahun bersama dua anaknya Forrest, Jr. and Raleigh

Pada masa sekarang Shaklee Corporation telah berada di bawah naungan jutawan Amerika iaitu Roger Barnett (setelah dijual oleh Yamanouchi).

Dari tahun 1915 sehingga sekarang bukan satu perjalanan yang singkat. Bayangkan pada masa itu vitamin Shaklee sudah wujud dan sekarang rangkaian produknya semakin banyak. Ini menunjukkan pengguna sememangnya semakin percaya akan jenama berkualiti ini.


Berminat untuk mencuba, saya bersedia untuk berkongsi manfaat Shaklee. 


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak



Percutian Idaman bersama Shaklee

Assalamulaikum w.b.t & Salam Sejahtera



Sebut pasal Cuti, siapa yang tak suka cuti...tengok saja gambar di bawah....tenang kan? Jauh dari hiruk-pikuk bandar, lambakan kereta, jalan raya yang sesak, lautan manusia...


percutian


Bagi saya percutian adalah saat yang ditunggu-tunggu kerana masa ini lah kita nak berehat sekejap dari bebanan kerja. Tiada yang lagi menenangkan apabila bercuti bersama suami dan anak-anak. Melihat anak tersenyum riang bersama ayah dia sangat membahagiakan saya. Kalau boleh hari-hari nak cuti. Setiap masa nak bersama dengan anak-anak. Tapi kalau hari-hari cuti, maknanya kena berhenti kerja la jawabnya.


anak-anak
Luqman & Sumayyah


Mungkinkah itu terjadi? Ye itu la misi saya dalam masa terdekat ini untuk menjadi seorang WAHM demi anak-anak saya. Bukan senang tetapi saya akan cuba dan terus cuba.



Destinasi #1 : Mekah
Saya dan suami mengimpikan untuk bercuti sambil menunaikan umrah. Bagi saya tiada tempat lain yang lagi indah dan wajib dilawati selain ke bumi Mekah. Selagi saya hidup dan in sha ALLAH dipanjangkan umur, saya ingin menjejakkan kaki ke bumi Mekah suatu hari nanti. 


umrah



Destinasi #2 : Sekitar Malaysia
Selepas menunaikan umrah, saya ingin bercuti ke tempat-tempat yang mendamaikan jauh dari bandar. Cukup sahaja di Malaysia, saya pasti banyak tempat menarik untuk dikunjungi.
Selepas menjelajah 1 Malaysia, baru lah saya fikir untuk ke luar negara pulak :)






Bagi saya tak kira bercuti ke mana sekalipun, asalkan suami dan anak-anak ada di sisi sudah mencukupi.

Semoga perjalanan ku bersama Shaklee bertahan sehingga menampakkan hasil AMIN.




Berminat untuk mencuba, saya bersedia untuk berkongsi manfaat Shaklee. 


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

Thursday, 16 October 2014

Testimonial Shaklee - Berkesan lagi Meletops

Assalamulaikum w.b.t & Salam Sejahtera



Hari ini saya akan kongsikan beberapa testimonial berjaya dari suplemen Shaklee. Kenapa saya katakan Berkesan lagi Meletops, cuba anda gugel sahaja Testimonial Shaklee pasti melambak-lambak yang keluar dalam carian.

Dari masalah kulit, tubuh badan luaran dalaman, anak, suami isteri, orang tua, kediaman - semuanya ada Testimonial Shaklee tersendiri.

Antara hot sellings suplemen Shaklee adalah ESP, Set Penyusuan, Set Kesuburan, Set KurusVivix, Advanced Joint Health Tablet (AJHT), Vitamin E, Ostematrix, B Complex, Vitamin E pendek kata semua suplemen Shaklee memang panas lah :)


Jom kita terjah testimonial di bawah:

Suplemen : ESP
Credit to : http://naturalvitaminshoppe.blogspot.com/2014/03/testimonial-esp-shaklee.html

testimonial esp



Suplemen : Set Penyusuan
Credit to: http://mommyafnan.blogspot.com/2013/03/set-penyusuan-shaklee-memang-terbaik.html

set penyusuan shaklee


Suplemen : Set Kurus
Credit to: http://mamachrysalis.com/set-kurus-shaklee-testimoni-dulu-92kg-sekarang-76kg/



set kurus shaklee


Suplemen : Vivix
Credit to : http://www.ibuvitaminshop.com/2014/07/testimonial-vivix-shaklee-masalah-sakit-diabetis-berjaya-pulih.html


vivix shaklee




Suplemen : AJHT
Credit to: http://putryellymarrisya.blogspot.com/2013/01/testimonial-advance-joint-health-tablet.html

ajht shaklee




Nak lagi banyak testimonial Shaklee, gugel sahaja pasti jumpa :)

Jika anda terasa teruja dan ingin mencuba suplemen Shaklee dia atas, sila hubungi saya segera atau boleh beli secara online dengan klik sahaja butang di bawah. Saya bersedia untuk berkongsi manfaat Shaklee. 


order shaklee


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamine_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak



Monday, 13 October 2014

Ilmu di mana-mana - Shaklee khususnya

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera



Apa yang saya suka tentang bisnes Shaklee adalah ilmu/tips yang dikongsikan terlalu banyak tanpa dikenakan yuran hanya menggunakan medium Internet.

Salah satunya yang paling terkesan adalah melalui Webinar (Seminar dalam Talian).

Hanya dengan duduk santai di rumah dengan baju biasa sambil melayan anak-anak atau membuat kerja rumah yang ringan, anda sudah boleh menghadiri Webinar.




belajar online
Mudah, Jimat Kos & Masa - Terbaek !



Setiapkali ada webinar, saya pasti tidak akan melepaskan peluang tersebut. Ilmu/tips/sharing dari Master @ senior sangat ekslusif dan tidak akan didapati di mana-mana. Ini adalah kerana mereka berkongsi melalui pengalaman turun jatuh naik nya mereka  sekarang dengan ranking tertinggi dalam Shaklee.

Terima kasih atas perkongsian ilmu/tips, hanya ALLAH sahaja dapat membalasnya. Ilmu di depan mata -nah sekarang terpulang kepada diri sendiri untuk mengaplikasikan.


Ada berminat untuk mencuba,  saya bersedia untuk berkongsi manfaat Shaklee :)



 order now


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage: The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya juga kawasan berdekatan

Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

Sunday, 12 October 2014

Halalkah Shaklee ?

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera



Semoga anda semua sentiasa sihat hendaknya.

Sekadar pengkongsian jika ada sesiapa yang masih tercari-cari info status suplemen Shaklee.

Halalkah Shaklee? Ye, suplemen Shaklee adalah halal. Di bawah ini disertakan Sijil Halal Shaklee 2014.



Shaklee Halal
Sijil Halal Shaklee 2014


Kesemua 28 suplemen Shaklee yang disenaraikan di atas telah mendapat pengesahan status halal Shaklee daripada Badan ISA (Islamic Services of America).

Kenapa tidak dari pihak JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) ? Seperti yang anda sedia maklum produk Shaklee adalah produk US. Semua proses pembuatan & pembungkusan telah dilakukan di sana dan telah lulus proses pengesahkan HALAL oleh ISA.

Setiap negara akan mempunyai badan Islam yang telah diiktiraf oleh pihak JAKIM - untuk produk Shaklee produk US badan yang bertanggungjawab adalah ISA (sila rujuk: http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf)


Shaklee Halal
ISA diiktiraf JAKIM


Tetapi ada satu lagi produk yang masih tidak disenaraikan iaitu Collagen Powder Shaklee. In Sha ALLAH masih dalam proses untuk mendapatkan status Shaklee.

Jangan risau kerana Collagen Powder Shaklee tidak mengandungi sebarang ekstrak haiwan, cuma sumber sisik ikan merah (air laut) & tumbuhan.



Ada berminat untuk mencuba,  saya bersedia untuk berkongsi manfaat Shaklee :)


 order now



Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage: The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya juga kawasan berdekatan

Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

Saturday, 11 October 2014

Mengejar Impian - Shaklee

Bila sebut pasal impian...rasanya terlalu banyak yang ingin saya capai. Tapi buat masa ini, untuk tahun 2014/15 saya ingin memantapkan diri dengan bisnes Shaklee dan fokus kepada target hari demi hari supaya suatu hari nanti saya mampu untuk menjana pendapatan mencukupi walaupun hanya dari rumah.

Sebab utama adalah kerana saya berangan untuk berhenti kerja dan menjadi WAHM pada tahun 2016.

Tahun 2016, in sha ALLAH anak sulung saya akan memasuki darjah 1. Saya ingin meluangkan masa bersama anak-anak saya, melihat mereka membesar, menghantar & menjemput mereka balik sekolah, mengajar mendidik mereka.Kesimpulannya ANAK adalah faktor utama untuk mengejar impian sebagai WAHM.


Buah Hatiku
Buah hatiku :)


Perkara kedua selepas ANAK, adalah faktor keWANGan. Saya tidaklah mengimpikan wang berjutaan ringgit. Saya cuma hendak lari dari hutang PTPTN dan menabung untuk pendidikan anak-anak. Saya tidak mahu mereka menerima nasib yang sama masih berhutang belajar walaupun sudah bekerja beberapa tahun. Saya juga ingin membantu keluarga terdekat untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Seterusnya saya berangan untuk mempunyai RUMAH sendiri. Dapat saya bayangkan seronoknya duduk dalam rumah sendiri. Buat masa ini, masih tiada rezeki untuk kami untuk membeli rumah.Alhamdulillah sekarang masih duduk bersama keluarga mertua yang memahami.

Kemudian, saya berazam nak kembali KURUS seperti dulu. Badan sekarang susah nak turun selepas mengandungkan anak pertama dan kedua. Bukan sahaja kurus, malah untuk meningkatkan tahap kesihatan agar tidak didatangi penyakit serius. Malah permintaan suami sendiri. Yes saya kena turunkan berat badan demi suami dan anak-anak tersayang. Jika saya sakit, siapa lagi yang akan menjaga semua kesayangan saya ni :)

Tidak lupa juga saya ingin menjadi INSAN lagi baik dah sentiasa ingat terhadap penCipta ALLAH S.W.T Alhamdullilah saya dikurniakan suami serta anak-anak yang comel, kawan-kawan yang memahami, keluarga yang sporting...Ya ALLAH terima kasih atas semuanya.Saya ingin perbaiki segala kelemahan dan berusaha untuk menjadi lebih baik.

Sebenarnya masih terlalu banyak impian dalam fikiran...tetapi buat masa ini, fokus & target untuk menjadi WAHM yang berjaya dunia akhirat.AMIN.



Ada berminat untuk mencuba,  saya bersedia untuk berkongsi manfaat Shaklee :)



 order now


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage: The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak