Showing posts with label Suplemen Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Suplemen Shaklee. Show all posts

Saturday, 13 December 2014

Kesan Sampingan Penyakit Semakin Teruk Selepas Ambil Vitamin

Pernahkah anda merasa masalah kesihatan yang anda hadapi semakin teruk selepas pengambilan vitamin?

Kita mengharapkan kesannya positif yang sepatutnya memulihkan bukan sebaliknya. 

Adakah vitamin tersebut tidak sesuai/serasi dengan tubuh anda?

Healing Crisis


Anda silap. 

Pertama, anda harus faham, vitamin bukan lah ubat yang boleh bertindak dengan serta merta untuk memulihkan sesuatu penyakit.

Kedua, vitamin bukan lah bersifat memulihkan sesuatu penyakit tetapi ia cumalah makanan tambahan untuk melengkapi keperluan tubuh kita yang tidak dapat kita perolehi dari pengambilan makanan seharian kita.


"Healing Crisis"
Apa yang ingin anda rasakan seperti simptom penyakit selepas pengambilan vitamin seperti muntah2, pening, letih, mengantuk, demam, kahak, sakit2 badan, jerawat...ia sebenarnya proses penyembuhan ("healing crisis"). Tubuh kita yang penuh dengan toksin sedang memberikan kesan terhadap zat2 dari vitamin tersebut dan seterusnya menjalankan proses detoksifikasi.

Punca "Healing Crisis"
Toksin dalam badan - Diet tidak sihat - badan kekurangan air / nutrisi


Tanda Krisis Penyembuhan
Penyebab
Keletihan, berasa mengantuk
Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
Sakit kepala, kepala terasa berat
Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
Demam, demam sedikit, keresahan
Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk
Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
Kembung, perut bergas
Sistem penghadaman yang lemah
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur
Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair
Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
Hidung berdarah
Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
Sakit di bahagian otot dan sendi
Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas
Proses penyembuhan semakin cepat
Insomnia atau hiperaktif
Sistem Saraf yang lemah
Haid tidak teratus, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir
Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
Pendarahan ketika membuang air besar
Mungkin buasir
Pening, lapar
Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang lemah), anemia (tidak cukup darah merah)
Loya, sembelit, sedu
Sistem penghadaman lemah, masalah hati
Slight Edema (bengkak)
Masalah buah pinggang

Berapa lama kesannya?
Bergantung kepada tahap peratusan toksin dalam badan dan gaya hidup individu tersebut

5 Tips Berguna Hadapi "Healing Crisis"
Healing Crisis

Selepas ini, anda sudah tidak perlu risau lagi. "Healing crisis" ini sebenarnya menunjukan kesan yang baik kerana vitamin tersebut memberikan tindakbalas terhadap tubuh anda.

Anda cuma perlu tenang / bersabar dan mengikuti Tips yang telah diberikan di atas.


Berminat untuk mencuba produk Shaklee, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya. Konsultasi, tips penggunaan, panduan cara makan secara PERCUMA :)


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

Sunday, 23 November 2014

Ubat @ Suplemen Mana Satu Pilihan Untuk Tubuh Anda ?

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Saya dilahirkan dalam keluarga yang kebanyakkan bekerja dengan pihak hospital.
Ibu & abang saya sendiri, pakcik, kakak ipar, sepupu dan 2-3 orang saudara mara yang lain...tapi bukan lah sebagai doktor...ada yang bekerja di makmal, ada yang sebagai jururawat dan juga Penolong Pegawai Kesihatan.

pekerja hospital


Bekalan ubat amatlah mudah diperolehi. Namun setiapkali sakit @ demam, Ibu saya selalu melarang untuk makan Panadol. Dia cuma pesan banyakkan minum air, atau pun cuma makan bubur nasi panas2 untuk mengeluarkan peluh. Kalau tak berkesan jugak, Ubat itu la pilihan yang terakhir. Masa kecil2 tu tak faham lah, tapi ikut je la kan nasihat ibu.

Sehinggakan terbawa2lah sampai sekarang, saya paling liat untuk ke klinik untuk mendapatkan ubat, kalau pergi pun sekadar nak dapatkan sijil sakit (MC). Kalau demam, batuk atau selesema, saya takkan makan ubat kecuali saya betul2 tak larat dan esok kena bekerja.


Say No to medicine


Anda pernah terbaca artikel berkenaan Panadol, petikan artikel lebih kurang begini :

"Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan"

Betul atau tidak...saya pun tak berapa pasti sumber asli artikel tersebut. Namun kalau betul...aduh macamana? Sepanjang kita hidup, bayangkan dalam masa setahun, kalau kena jatuh sakit demam atau sakit kepala, saya ambil contoh 2 bulan sekali...kalau sekali makan tu dah baik kira bagus la tu. Tapi kalau pengambilannya sampai 4-6 kali. Darabkan dengan 6 kali sakit. Huh...sudah banyak Panadolnya ditelan. Berapa tahun lagi nak nyah dari tubuh kita?

Ubat diambil semasa sakit...BETUL. Tetapi sebelum kita jatuh sakit, boleh tak kita mencegahnya? Ye BOLEH dengan cara jaga pemakanan, tidak ke tempat sesak serta menjaga kebersihan diri, tempat tinggal. 

Buahan

Tetapi, sejauh mana kita hendak menjaga pemakanan kita sekiranya sayuran & buahan pada zaman sekarang kebanyakkanya telah dicampurkan dengan bahan kimia. Sihat pun cara masakannya namun nutrisi & zat nya telah berapa banyak peratus yang tinggal...melainkan tanam sendiri...in sha ALLAH dijamin sihat 100%.

Kalau tidak ke tempat sesak pun, ambil contoh di ofis pun kita boleh mendapat jangkitan selesema @ batuk. Melainkan anda memang duduk di rumah selamanya :)

Maka, suplemen berasaskan semulajadi boleh menjadi pilihan makanan tambahan anda agar tahap kesihatan anda sentiasa pada tahap optimum. 

Peliharalah kesihatan mulai sekarang kerana percayalah dengan kos perubatan sekarang yang semakin mahal. Dan apa gunanya hidup kita jika pada usia muda sudah mendapat penyakit kronik...apa kesannya ke atas kehidupan, pekerjaan dan anak2 suami kita?

Buat pilihan bijak dari sekarang, kerana anda sendiri yang berhak menentukan apa yang patut dimasukkan dalam tubuh anda :)


Berminat untuk mencuba produk Shaklee, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

5 Perbezaan antara Ubat & Suplemen

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Apa yang saya faham mengenai Ubat dan juga Suplemen? 



Ubat adalah untuk orang yang sakit. Manakala Suplemen adalah untuk orang yang sihat tetapi mementingkan penjagaan kesihatan agar sentiasa dalam tahap optimum. Ianya berfungsi untuk merawat dari punca asal dengan cara menggantikan kekurangan tersebut.

Orang sakit boleh mengambil Suplemen? BOLEH. Tetapi jangan tinggalkan ubat anda dan sentiasa ikut nasihat doktor.

Suplemen cumalah ikhtiar sahaja dan salah satu cara untuk memperbaiki kualiti hidup pesakit tersebut.

Kebanyakan produk Shaklee membantu masalah kesihatan seperti kolestrol tinggi, jerawat, sembelit, badan banyak toksin, kulit tidak sihat dan banyak lagi tetapi bukan merawat penyakit.

Ini adalah Disclaimer Shaklee: “Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Jelas bukan?

Jom kita tengok perbezaan antara Ubat & Suplemen

Beza#1
Ubat sebenarnya ganjil untuk tubuh badan kita kerana ia tidak menjadi sebahagian daripada tisu2 badan, juga tidak menyumbangkan sebarang khasiat.
Suplemen pula mengandungi zat & nutrisi berkhasiat yang diperlukan oleh tubuh badan. Jika kekurangan, kesan dalam masa panjang menyebabkan kelemahan pada sistem fungsi organ.

Beza# 2
Ubat merawat tanda2 penyakit, dengan cara menutup kesakitan, tetapi bukan lah memulihkan punca penyakit. 
Suplemen bertindak memulihkan punca penyakit, dengan menggantikan kekurangan zat. Jika zat mencukupi, maka masalah tersebut tidak mungkin berulang.

Beza#3
Ubat boleh meninggalkan kesan sampingan, dan ada yang kekal pada tubuh.
Suplemen pula yang terdiri daripada bahan berkhasiat tidak meninggalkan kesan sampingan. 

Beza#4 
Ubat bertindak cepat dan berkesan dalam beberapa minit @ jam sahaja.
Suplemen pula bertindak beransur2 dalam jangka masa yang agak lama dan kdg2 mengambil masa berbulan2 untuk mencapai kesannya.

Beza#5
Ubat berkemungkinan boleh membawa maut sekiranya disalahgunakan atau diambil secara berlebihan.
Suplemen adalah selamat, belum ada kenyataan tentang merbahaya pengambilan vitamin, zat galian & asid amino.


So selepas ini, dah nampak kan perbezaan keduanya...jika anda berasa tidak sihat pergilah ke klinik berdekatan dan buat pemeriksaan dengan doktor bertauliah.

Jika anda seorang yang amat mementingkan kesihatan dan ingin mencari suplemen tambahan, boleh hubungi saya untuk berkongsi manfaat Shaklee.


Berminat untuk mencuba produk Shaklee, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

Saturday, 1 November 2014

Cawangan Shaklee seluruh Malaysia

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera


Shaklee


Kepada anda yang ingin mendapatkan suplemen Shaklee, boleh terus walk in ke cawangan Shaklee berdekatan.

Atau kepada sesiapa yang berada di luar kawasan, boleh hubungi saya terus ataupun beli secara online melalui sistem eSell.

CAWANGAN
WAKTU URUSAN
HQ – Ibu Pejabat Shaklee
Level 9, The Pinnacle, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-5622 3188
Fax: 603-5622 3099
 Monday to Friday:
10:00 am to 07:00 pm
Saturday:
10:00 am to 07:00 pm
 Kuala Lumpur
No. 32, Jalan Rampai Maju 3,
Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.
 Monday to Friday:
10:00 am to 07:00 pm
Saturday (1st & 3rd):
10:00 am to 07:00 pm
 Sabah
Lot 4.1, Neutron Point, Lorong Poin Neutron,
Jalan Lintas Khidmat, 88300 Kota Kinabalu.
Tel: 6088-393 848
Fax: 6088-393 851
 Monday to Friday:
10:00 am to 07:00 pm
Saturday (1st & 3rd):
10:00 am to 07:00 pm
 Perak
32, Medan Istana 1, Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh.
Tel: 605-241 8260
Fax: 605-241 8263
 Monday to Friday:
10:00 am to 07:00 pm
Saturday (1st & 3rd):
10:00 am to 07:00 pm
 Johor
14, Jalan Molek 1/10, Taman Molek,
81100 Johor Bahru.
Tel: 607-352 5188
Fax: 607-352 4188
 Monday to Friday:
10:00 am to 07:00 pm
Saturday (1st & 3rd):
10:00 am to 07:00 pm
 Penang
No. 81, 83 & 85, Jalan Todak 6, Pusat Komersial Sunway Perdana,
13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Tel: 604-383 8261
Fax: 604-383 8560
Monday to Friday:
10:00 am to 07:00 pm
Saturday (1st & 3rd):
10:00 am to 07:00 pm
 Kelantan
319, Section 25, Bandar Kota Bharu, Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu.
Tel: 609-747 8688
Fax: 609-747 7711
 Monday to Friday:
10:00 am to 07:00 pm
Saturday (1st & 3rd):
10:00 am to 07:00 pm


Berminat untuk mencuba, saya bersedia untuk berkongsi manfaat Shaklee. 


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

Tuesday, 21 October 2014

Vivix Shaklee - Minuman Ajaib Shaklee

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera


Mengapa saya katakan ia Minuman Ajaib Shaklee? Kerana ia mempunyai 1001 rahsia kesihatan juga kecantikan. 

Vivix mampu memberi kesan positif terhadap empat mekanisme utama penuaan selular, termasuk meningkatkan ketahanan sel, tenaga sel, pembaikan sel dan prestasi sel.

vivix shaklee
Minuman Ajaib Shaklee

Kandungan Vivix : 4 RAMUAN RAHSIA


Anggur Muscadine kaya dengan sumber resveratrol,mempunyai kuasa antioksidan 40x lebih tinggi.


Lobak Ungu mempunyai Anthocyanins yang berfungsi sebagai anti-oksidan, anti-radang, anti-karsinogen dan anti-mikrobial.

Polyganum Cuspidatum, juga kaya dengan sumber resveratol yang tinggi bertindak melambatkan proses penuaan, merendahkan kolestrol dan merendahkan tekanan darah.

Elderberry (Sambucus Nigra) mengandungi Anthocyanins dan flavanoids yang berupaya mengukuhkan sistem imun untuk melawan jangkit virus dan bakteria.


Golongan Sasaran : Pesakit SLE/Kanser/Diabetes/Strok/Darah Tinggi/Cyst,/Jantung, penagih rokok, anti-penuaan, masalah mata, individu yang mementingkan tahap kesihatan yang optimum



Harga Vivix & Penggunaan
  • HARGA: RM 475 (WM) / RM 499 (EM) - 150 ML
  • Hanya 1 sudu teh sehari (1 botol bertahan 1-2 bulan)


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit *


Berminat untuk mencuba, saya bersedia untuk berkongsi manfaat Shaklee. 


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera


Setiap pasangan yang telah berkahwin pasti tidak sabar untuk ke alam seterusnya iaitu menjadi ibu dan ayah. Memiliki anak merupakan suatu anugerah dan kebanggaan setiap pasangan. Namun tidak semua pasangan dikurniakan rezeki anak. Ada yang cepat, ada juga yang lambat. Ada juga sudah bertahun-tahun menunggu tetapi masih tiada anak.


anak


Sukar hamil mungkin berpunca daripada ketidaksuburan pasangan. Contohnya masalah dalaman wanita itu sendiri dari segi telur, rahim, tiub Fallopian tersumbat. Kepada kaum lelaki pula, mungkin berpunca daripada masalah sperma.


Kesemua punca di atas, in sha Allah kita boleh atasi dengan beberapa cara.


Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

# 1 Buat Ujian Kesuburan
Anda boleh berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat. Biasanya doktor akan melakukan ujian untuk mengesan cyst, fibroid juga memastikan saluran Fallopian tidak tersumbat. 

#2 Ketahui waktu subur
Fahami bagaimana kiraan waktu subur anda (sila rujuk: http://www.babycenter.com.my/a1044297/ovulasi) ia penting kerana pada waktu inilah anda boleh meninggikan peluang untuk hamil.




#3 Berat badan Ideal
Berusaha untuk dapatkan berat badan yang ideal (BMI 20-24) dengan senaman juga pemakanan sihat. Ini kerana badan terlalu besar atau kurus juga mempengaruhi tahap kesuburan seseorang.

#4 Elakkan stress
Stress boleh menganggu mood masing-masing dan ia merupakan perkara yang tidak sihat. Cuba lakukan aktiviti yang anda suka bersama pasangan selain ia membantu mengeratkan lagi hubungan.

#5 Makan Suplemen
Makan suplemen untuk membantu meningkatkan mood agar lebih baik, tenangkan jiwa dan emosi. Bagi lelaki pula disarankan mengambil Zinc kerana ia membantu untuk meningkatkan produktiviti sperma.

#6 Doa
Mintalah bersungguh-sungguh padaNYA kerana dia lah Pemberi rezeki.




Berminat untuk mencuba Set Kesuburan Shaklee, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak