Sunday 28 December 2014

7 Mitos Susu Ibu Yang Wajib Diketahui oleh yang baru bergelar Ibu

Semakin hari semakin ramai para ibu yang mempunyai kesedaran untuk menyusukan bayi mereka. Ini adalah kerana Susu Ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi kerana banyak manfaatnya selain juga untuk kesihatan Ibu itu sendiri.


Namun bagi yang baru bergelar Ibu dan baru pertama kali untuk menyusukan bayi, pasti pernah terdengar beberapa mitos tentang penyusuan susu Ibu seperti payudara akan menjadi kendur, bayi akan melekat dengan ibu 24 jam, payudara kecil susunya sedikit dan banyak mitos lain. Dan kemudian telah berkira2 samada untuk meneruskan niatnya atau tidak kerana risaukan kesan mitos tersebut.

Oleh itu penyusuan susu ibu ini tidak lah semudah dan sesusah yang disangkakan. Ibu tersebut mestilah kuat semangat, disiplin, sentiasa belajar dan rajin bertanya kepada yang pakar dan berpengalaman.

(sumber: http://www.momschoice.com.my)

# Mitos 1 Payudara Kendur
Sebenarnya saiz payudara Si Ibu akan membesar sepanjang proses kehamilan kerana proses pembentukan kalenjar susu sedang terbentuk. Apabila si Ibu tidak meneruskan penyusuan, saiz payudara akan menurun dengan cepat & drastik. Namun bagi si Ibu yang menyusukan bayi, saiz payudara akan menurun secara perlahan2.

# Mitos 2 Bayi Sentiasa 24 jam dengan si Ibu
Tidak dinafikan si bayi sentiasa ingin melekat dengan si Ibu kerana sumber penyusuan pada si Ibu. Kalau boleh, si bayi ingin sentiasa bersama ibunya. Semestinya tanggungjawab si Ibu untuk menyusukan dan si suami hendaklah faham akan situasi dan memberikan ruang kepada si Ibu dan bayi. Bayi menyusu kebanyakan sehingga umur 2 tahun. Ia bukan lah satu tempoh yang lama kerana jika dibandingkan apabila dia sudah membesar, anda sudah tidak dapat menikmati saat2 manis tersebut.

# Mitos 3 Payudara kecil, susu sedikit
Penghasilan susu yang banyak atau sedikit bukan terletak kepada saiz payudara sebaliknya susu terhasil dari kalenjar susu/mamari. Selagi bayi ingin dan kerap menyusu, inshaALLAH susu akan sentiasa dihasilkan.

# Mitos 4 Susu Ibu Cair
Susu ibu terdiri daripada 80% kandungannya adalah air. Susu awal (foremilk - mengandungi lebihan air & laktosa) untuk menghilangkan dahaga manakala susu akhir (hindmilk - pekat dan berlemak) untuk mengenyangkan bayi. Tekstur susu ibu apabila dibiarkan dalam botol untuk seketika, ia terbahagi kepada 3 bahagian - warna keruh cair paling bawah, warna kekuningan di tengah dan warna putih pekat berkrim pada lapisan paling atas.

# Mitos 5 Puting hendaklah dicuci sebelum penyusuan
Puting susu adalah bersifat antibakteria dan tidak perlu dicuci untuk memulakan penyusuan. Penyusuan boleh dilakukan bila2 masa dan ia tidak menyusahkan. Bayi sebenarnya lagi sukakan haruman asal si Ibu.

# Mitos 6 Susu Ibu Tidak sesedap Susu Formula 
Susu formula sebenarnya mengandungi kandungan gula kompleks yang banyak dan memberikan rasa manis. Susu Ibu pula mengandungi gula sendiri namun ia amat mudah dicerna oleh usus bayi. Namun siapa kata susu Ibu tidak sedap, tengok sahaja bayi hasil dari penyusuan badan selalunya sihat2 & comel belaka, ini menunjukkan mereka sangat gemarkan susu Ibu. Selain itu Susu Ibu mengandungi segala nutrien yang diperlukan oleh bayi. 

# Mitos 7 Susu Formula lagi banyak Nutrien
Susu badan sebenarnya mengandungi lebih banyak nutrien seperti antibodi, enzim & protein yang tidak akan dapat dihasilkan oleh susu formula. Sila jangan tertipu oleh iklan susu formula di televisyen.



Setelah anda mengetahui akan mitos vs fakta di atas, diharap anda akan meneruskan niat anda untuk menyusukan bayi secara ekslusif (2 tahun).

Jika rujuk akan gambar bayi di atas, susu Ibu memang yang terbaik untuk anak anda.

Boleh baca mengenai Tips Tambah Susu Ibu dan juga penyediaan EBM sebagai persediaan awal serta masalah normal para ibu iaitu susu tidak cukup.

Berminat untuk mencuba Set Penyusuan Shaklee, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order now


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment