Saturday 25 October 2014

10 Tips Tambah Susu Ibu

Assalalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera


Susu Ibu merupakan makanan terbaik terutamanya untuk bayi baru lahir. Dan saya pasti naluri seorang Ibu ingin menyusukan anaknya sehingga berusia 2 tahun.


breastfeeding


Namun begitu, masalah kekurangan susu adalah masalah normal yang melanda para ibu. So jangan susah hati, saya kongsikan 10 tips untuk tambah susu ibu.


Tips # 1 Makanan Berkhasiat
Pilih makanan yang berkhasiat dah memberi tenaga contohnya kurma, oat, nestum, horlicks, milo.

Tips# 2 Air Putih
Tingkatkan pengambilan air putih lebih dari 3 liter.

Tips# 3 Kerapkan menyusu
Kerapkan menyusukan bayi 2-3 jam sekali terutamanya masa pantang. Jika bayi tidur, anda boleh kejut atau pam susu untuk stok (penting untuk Ibu yang bekerja). Amalkan yang sama pada malam hari juga.

Tips# 4 Urutan Badan
Boleh cuba untuk berurut satu badan untuk membetulkan perjalanan urat payu dara.

Tips# 5 Mood
Pastikan anda tidak stress jika susu masih kurang terutamanya semasa sesi mengepam. Cuba fikirkan yang tenang sambil bayangkan wajah bayi (tatap gambar bayi).

Tips# 6 Fahami Konsep
Fahami konsep supply & demand. Semakin anda mengosongkan payudara, semakin banyak susu dihasilkan.

Tips# 7 Direct-feeding
Jika anda berada di rumah, susukan bayi secara terus dan elakkan memberikan stok susu dari botol. Stok susu khas untuk bekalan bayi apabila anda mula bekerja nanti.

Tips# 8 Doa
Berdoa padaNya. Amalkan surah contohnya Surah Hujurat dan sapukan pada kedua-dua belah payudara. Atau Surah Al-Baqarah Ayat 60.


tips doa



Tips# 9 Ikuti Kumpulan Ibu Menyusu
Anda boleh masuk Kumpulan Ibu Menyusu/forum untuk berkongsi tips/masalah dan anda tidak akan rasa kehilangan/putus asa. Malah sentiasa kekal bersemangat dalam misi menyusukan bayi.

Tips# 10 Payudara Bengkak
Jangan sesekali biarkan payudara bengkak. Ini mungkin berlaku kepada Ibu bekerja yang terlepas sesi mengepam mungkin kerana ada mesyuarat, terlupa bawa pam/storage/kursus. Cari alternatif lain seperti belajar memerah menggunakan tangan (marmet), isi susu perahan dalam plastik biasa yang penting bersih.



Berminat untuk mencuba Set Penyusuan Shaklee, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order now


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment