Sunday 26 October 2014

4 Tips untuk Kekal Motivasi Turunkan Berat Badan

Assalamualaikum w.b.t  & Salam Sejahtera




Kepada anda yang mempunyai misi untuk menurunkan berat badan, saya pasti kadangkala semangat itu semakin hilang dan pudar apabila usaha yang dibuat tidak menunjukkan sebarang hasil. Orang selalu cakap, kalau badan nak gemuk, biasanya akan mengambil masa bertahun. Begitu juga untuk kurus/turun berat badan, proses ini bukan boleh terjadi dalam 2-3 hari atau seminggu, amat mustahil bukan?

Turun Berat badan


Lihat sahaja gambar di atas. Rasanya jika setiap kali anda berasa lapar, cuba tatap gambar ini, pastinya mampu membantutkan selera anda. Hodohkan?

Untuk sentiasa kekal bermotivasi dan bersemangat, ada beberapa tips di sini yang anda kena selalu pratikkan.


Turun Berat badan
Sape tak kenal Mek Klate ni...makin comel kan?


Tips# 1 Kisah Benar
Banyakkan membaca kisah benar seseorang yang sebelum ini terlalu gemuk dan sekarang telah berjaya menurunkan berat badan. Jika anda ikuti perjalanannya, anda akan faham bahawa ia bukan satu perjalanan yang singkat & mudah. Ia bergantung kepada disiplin & pelan diet yang diamalkan. Anda boleh dapatkan kisah kejayaan tersebut dalam website Kevin Zahri (https://kevinzahri.com)


Tips# 2 Rancangan "Biggest Loser"
Rancangan realiti TV ini adalah salah rancangan yang bertujuan untuk mencari individu yang dapat menurunkan berat badan paling drastik dan pemenangnya akan menerima hadiah wang tunai. Dengan menonton rancangan ini, anda boleh lihat sendiri gelagat peserta dalam misi ini bukan sesuatu yang senang dan banyak memerlukan pengorbanan dan semangat yang kuat. Dan hasilnya wow...pastinya anda semakin bersemangat kerana ianya bukan rekaan semata.

Turun Berat badan


Tips# 3 Jumpa orang berpengalaman
Jika anda ada kawan-kawan yang dulunya gemok tetapi sekarang slim melim, cuba anda korek tips daripadanya. Saya pasti kisahnya tidak jauh lebih kurang dari orang lain yang berjaya menurunkan berat badan. Kuncinya pasti disiplin, semangat, ilmu juga pelan makanan. Orang yang kita kenal pastinya lebih memberi impak dan terkesan pada kita.

Tips# 4 Sentiasa upgrade ilmu
Rajinkan cari info mengenai cara turunkan berat badan. Saya pasti terlalu banyak tips di luar sana tapi pastikan anda tidak tersalah pilih kerana takut memudaratkan diri. Nak lagi senang siapa yang tidak kenal Kevin Zahri, pakar nutrisi juga personal trainer. Anda boleh ikuti website beliau kerana terlalu banyak tips yang dikongsikan. Fahami ilmu asas pemakanan kerana faktor untuk kurangkan berat badan akan bergantung kepada 80% (pemakanan) & 20% (senaman). Apabila anda ada ilmu, anda tidak akan terasa kehilangan dan cepat putus asa. Yang penting sabar & disiplin - just go with the flow.


motivasi


Sumber: https://kevinzahri.com


Berminat untuk mencuba Set Kurus Shaklee, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment