Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Tuesday, 28 October 2014

Pergi Tak Kembali - Rabbani

Lagu ini sangat memberi kesan sehingga meremang bulu roma ku...


Lagu yang menyedarkan diri agar jangan terlalu lalai dengan dunia yang hanya sementara. 

Mati itu akan datang menjemput bila-bila. 

Tapi bukan bermaksud kita tidak perlu untuk berimpian besar. 

Hargailah masa sekarang untuk mencapai apa yang diinginkan. 

Amalan rohani sahaja tidak cukup, hidup kita kena seimbang. 

Jadilah insan yang beriman, bertaqwa & boleh membantu orang lain.


mati


"Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi"

Sunday, 26 October 2014

Wordless Sunday

motivasi

Tips Hilangkan Kesedihan : Bila saya rasa sedih, saya akan...

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera


Kali ini tajuk agak santai sedikit...

Setiap manusia mesti ada menghadapi kesedihan.  Kesedihan atas kematian, kekecewaan, kegagalan, penghinaan, kehilangan...dan macam2lagi...kucing mati pun saya sedih.


motivasi


#1 Bersendirian
Tak kiralah apa sebabnya...bila saya rasa sedih...selalunya ada suka menyendiri / menyepikan diri. Jauh dari kawan2. Bagi saya, kadang-kadang kita perlukan masa untuk diri sendiri untuk muhasabah diri kenapa ia berlaku...

Adakah silap diri sendiri, atau balasan terhadap perkara lepas2...atau sudah suratan takdir...orang cakap manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.

Setelah mampu untuk berfikiran secara waras, ye mungkin ada hikmah sebaliknya atas apa yang berlaku. Belajarlah untuk menerima kenyataan dan maju kehadapan.


solat sunat


#2 Solat Sunat
Bila sudah reda & tenang sedikit, sudah "digest" segalanya saya akan tunaikan Solat Taubat. Sebelum kita hendak memohon padaNYA, ada baiknya sucikanlah diri kita dengan Solat Sunat Taubat. Bagi saya setiap apa yang berlaku, semuanya telah ditentukan. Rintihlah dan luahkan perasaan kesedihan, menangislah tanpa segan silu. 

#3 Menangis
Dengan menangis itu sedikit sebanyak mengurangkan kesedihan dalam hati kita. Tetapi menangis lah berpada2...jangan sampai memudaratkan diri macam Kasim Selamat (P Ramlee dalam filem Ibu Mertuaku) pulak hehe.

#4 Sibukkan Diri
Okay jangan ambil masa terlalu lama untuk bertenang kerana jika yang ada anak & suami, mereka juga harus diberikan tumpuan. Sibukkan lah diri anda dengan melayan telatah mereka kerana ini sedikit sebanyak membuatkan tersenyum sendiri. 

#5 Maju Kehadapan
Ingatkan orang tersayang di sekeliling anda. Sesedih mana pun, hidup haruslah diteruskan. Kita selalu dengar hidup ini umpama roda, sesekali kita di atas, sesekali kita berada di bawah. Ini ada normal, jadi keluarlah dari perasaan sedih itu dan cari solusi lain dan terus bangkit.


Ada 1 Vitamin yang dikatakan mampu untuk membaiki mood kita iaitu B Complex Shaklee.

b complex


Berminat untuk mencuba B Complex Shaklee, saya bersedia untuk memberi konsultasi PERCUMA.


order now


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak