Friday 31 October 2014

Order Shaklee Secara Online : eSell

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera



Shaklee telah menyediakan kemudahan pembelian atas talian yang dinamakan eSell


Antara kebaikan eSell:
  • "User Friendly"
  • Transaksi yang cepat
  • Tidak perlu melalui agent Shaklee 
  • Kemudahan bayaran secara debit/credit card


Cukup mudah, anda boleh ikuti langkah di bawah.

1. Klik pada icon "Order Now"


esell

2. Ia akan membawa anda terus ke page Shaklee. Setelah membaca & setuju akan terma syarat pembelian, klik Setuju dan terus ke page seterusnya.

esell


3. Setelah pilih produk, kuantiti dan klik Checkout.

esellesell


4. Masukkan data lengkap anda dan klik untuk ke page seterusnya.


esell

5. Sila check nama, alamat penghantaran dan jumlah belian. Jika betul, sila klik ke page seterusnya.


esell

6. Masukkan maklumat bayaran dan sekali lagi pastikan jumlah belian betul. Kemudian sahkan bayaran.


7. Setelah sahkan pembayaran, satu invoice akan ditunjukkan dan sila simpan atau pun print.

esell


Penghantaran produk akan mengambil masa 10 hari, tetapi kebiasaannya sudah diterima pelanggan dalam 3-5 hari bekerja. No rujukan serta status order akan dikemaskini  dan dihantar ke # anda.


Semuanya di hujung jari kan? Okay, selamat membeli :)





Berminat untuk mencuba, saya bersedia untuk berkongsi manfaat Shaklee. 


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak



Thursday 30 October 2014

Kanser Pembunuh Utama Golongan Muda

Anda mengalami salah satu perkara di bawah:
  • Mempunyai sejarah keluarga menghidap/meninggal akibat kanser
  • Mengalami berat badan berlebihan
  • Suka makan terutamanya makanan segera/makanan yg telah diproses/makanan ringan
  • Perokok tegar sejak bujang dan masih merokok sekarang
  • Mengalami gastrik kronik
  • Turun berat badan secara drastik
AWAS - anda mungkin termasuk dalam golongan berisiko menghidap kanser !

Penyakit kanser merupakan salah satu penyakit yang menjadi pembunuh senyap utama di negara ini.

fakta kanser






Ini adalah kerana penyakit ini selalunya diketahui setelah individu tersebut telah mengalami beberapa simptom2 kronik. Pada masa itu mungkin sudah terlewat atau adakah sempat dirawat,  kerana anda berkemungkinan telah berada dalam tahap awal, mungkin 3 atau 4 (tahap akhir).  


Masih belum terlewat, sila berubah ke gaya hidup sihat. Melainkan anda telah bersedia untuk jatuh sakit pada umur muda & menghabiskan sisa-sisa hidup anda !

vivix


Jom cuba Vivix - penawar sel kanser anda!

Fungsi Vivix - meningkatkan ketahanan sel, tenaga sel, pembaikan sel dan prestasi sel.


Kenapa kita perlu rawat sel dahulu?

Kanser terjadi apabila sel-sel di bahagian badan mulai tumbuh di luar kawalan. Pertumbuhan sel kanser adalah berbeza daripada pertumbuhan sel yang normal. Ia tidak mati, sebaliknya terus berkembang dan membentuk sel yang baru, yang tidak normal. 

Sel-sel kanser juga boleh menyerang (tumbuh di dalam) tisu-tisu yang lain, sesuatu yang sel normal tidak boleh lakukan. Pertumbuhan di luar kawalan dan menyerang tisu-tisu lain adalah apa yang membuatkan sel menjadi sel kanser.




Berminat untuk mencuba, saya bersedia untuk berkongsi manfaat Shaklee. 


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak


Tragedi Bersalin di AzZahrah Bangi

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera


Sebut pasal pengalaman bersalin, pastinya saat yang paling terindah dan tidak dapat dilupakan oleh kaum Ibu. 

Begitu juga dengan saya, walaupun sudah beranak dua, jika diberikan rezeki untuk anak ketiga, saya tidak dapat bayangkan betapa sakitnya ketika bersalin. Tetapi akhirnya memberikan air mata kegembiraan apabila anak yang kita kandung selama 9 bulan telahpun selamat dilahirkan.


Saya telah memilih Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah untuk melahirkan anak pertama saya, Luqman (tahun 2009). Oleh kerana berpuas hati dengan layanan staf, doktor, suasana hospital, bayaran ; saya telah sekali lagi memilih untuk bersalin anak kedua saya, Sumayyah (2011). Dr Fazlin Hanum yang bertanggungjawab untuk monitor tahap kesihatan saya sepanjang tempoh mengandung hingga lah bersalin.

Jika dibandingkan pengalaman bersalin kedua2nya, ya pasti ada perbezaan.

Alhamdulillah, saya jenis yang mudah bersalin hinggakan 5-6cm tidak terasa sakit langsung. Mungkin kerana sepanjang mengandung saya kerap berjalan ke sana sini untuk ke tempat kerja. Alhamdulillah.


Anak # 1 Luqman

Semasa anak pertama, pada temujanji check up yang terakhir kandungan telah berusia 38 minggu saya diarahkan ke labor room kerana pada masa itu bila doktor scan kepala baby dah sampai ke bawah. Bila doktor seluk je dah boleh rasa rambut bayi. Rasanya pada masa itu dah 7-8 cm. Serius saya tak rasa apa2 sakit bila doktor tanya, dah la first time nak bersalin.

Tiba2 blur bila doktor cakap kene bersalin hari tu jugak. Dalam hati terdetik...macam nak bersalin tak rasa sakit...bila masa nak push ni...nervous...tak tahu nak buat apa.

Saya cuma mengikut arahan doktor sementara husband pun kalut dan call untuk bagitahu keluarga mertua. Lagi cucu pertama, keluarga mertua pun excited. Bila masuk labor room lebih kurang pukul 11.40 am, saya cuma ikut je arahan staf, disuruh baring dan baca zikrullah. Dalam bilik juga dialunkan bacaan Al-Quran. Pada masa itu, macam-macam yang saya fikiran. Takut, Sedih, Risau... Suami pun sudah ada di sisi, bagi kata-kata semangat sambil buat kelakar. Dan tak kelakar okay, orang tengah takut dan terketar2. 

Tak lama lepas tu doktor datang dan cek lagi, bukaan agak slow masih 8-9cm. Oleh kerana kontraksi tak berapa kerap, tiada rasa sakit, doktor memutuskan untuk induce kerana risau bayi akan lemas. Bila dah induced tu, tak berapa lepas tu wah sakit dia bila datang rasa nak tercabut pinggang dan nak sepak je benda2 kat situ. Doktor pun dah bersedia, dia tolong pecahkan air ketuban masa tu rasa macam ahhh panas air ape ni...tak kisah lah sebab sakit kontraksi itu lagi mengatasi. Doktor pesan kalau sakit tu datang cuba push sekuat2 hati jangan angkat punggung tinggi, dagu ditundukkan ke bawah. Uish penat rasanya push kali ketiga tu terus baby keluar. Masa tu rasa macam Allah saja yang tahu. 

Alhamdulillah...lahirnya Luqman, 2.82 kg pada waktu Zuhur. Kami discharge pada hari ketiga.

Luqman


Anak # 2 Sumayyah 

Pengalaman anak kedua pula pada mulanya lebih kurang anak pertama. Juga disuruh untuk ke labor room semasa temujanji check up yang terakhir. Tapi pada masa ini kandungan belum masuk 38 minggu.

Bukaan sebanyak 6 cm juga tidak terasa doktor cuma pesan kena bersalin hari ni. Disuruh untuk pergi makan dulu dan boleh balik rumah kalau nak ambil barang keperluan (dalam masa 2 jam).

Saya terus ke wad sebab takut pulak terjadi apa2 dalam perjalanan balik. Husband pun setuju, kami terus ke labor room lebih kurang waktu yang sama semasa bersalinkan anak pertama juga melahirkan Sumayyah, 2.89kg pada waktu Zuhur juga.

Bezanya pada kali ini pendarahan agak banyak sehinggakan saya diberi bius dan tidak sedarkan diri semasa proses menjahit, sampailah ditolak balik ke bilik.

Saya cuma sempat dengar doktor cakap, darah banyak ni saya bagi bius okay? Saya pun ikut je dan terus tak sedar.

Bila dah sedar, saya dikhabarkan bayi telah lahir pra-matang kerana belum memasuki 38 minggu.  Sumayyah kene bernafas menggunakan peralatan oksigen kerana sebelah peparunya belum terbentuk sempurna.

premature


Pada masa tu rasanya dalam 11-12 hari berkampung di Az-Zahrah. Sumayyah diarahkan untuk sentiasa menggunakan bantuan oksigen kerana bacaannya pernafasannya yang tidak stabil. Saya tiada pilihan dan berdoa agar Sumayyah beransur pulih dan tidak perlu untuk pakai tiub di hidung. Seksanya  & sedih melihat dia. Pada masa itu, saya kerap ke bilik rawatan sesekali menyusukan dia. Kalau dia tidur, saya cuma pam susu dan pass kepada nurse. Dalam masa yang sama, bacaan kuning dia agak tinggi, alamatnya duduk la bawah mentol tu. Seingat saya dulu Luqman tak ada masalah kuning.


jaundis


Kami disharge pada hari ke-11. Alhamdulillah gembira tak terkata. Sebab dah lama sangat berkampung kat situ, orang2 di rumah pun tak sabar nak jumpa Sumayyah, maklumlah satunya cucu perempuan.

Sumayyah


Itulah pengalaman yang indah dan sentiasa segar di ingatan. Sudah bersedia untuk yang ketiga ? Hmm...mungkin belum. Saya pun tidak merancang apa2. Namun jika diberikan rezeki, apa salahnya :)


Berminat untuk mencuba Set Kesuburan Shaklee, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak



Wednesday 29 October 2014

Kerana Mealshakes...Anakku jadi...

Tentang Mealshakes
mealshakes

Mealshakes Shaklee adalah sejenis minuman berkhasiat (berperisa vanila) yang mengandungi nutrien lengkap dan mudah disediakan.

Kandungan
  • Sumber protein, vitamin & mineral, kalsium
  • 9 asid amino dalam nisbah yang seimbang 
  • Semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein (termasuk asid amino perlu dan tidak perlu)

* Amat sesuai untuk Semua golongan termasuk Kanak-kanak aktif (paling awal 1 tahun)



promo mealshakes
Caranya : Boleh dicampurkan ke dalam susu @ minum berasingan


1001 Khasiat Mealshakes
  • Membantu meningkatkan selera makan 
  • Membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh
  • Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Membantu mengatasi masalah sembelit
  • Membantu mengurangkan masalah ekzema 
  • Membantu memberikan rasa kenyang
  • Membantu menjadikan lebih aktif & bertenaga
  • Membantu menyingkiran lemak berlebihan
  • Membantu mengembalikan seri wajah
  • Membantu membina sel-sel baru kulit
  • Membantu tumbesaran 
  • Membantu melawan jangkitan
  • Membantu mengatasi asma 

Dah pandai minta nasik...perubahan drastik :)

Berminat untuk mencuba Mealshakes, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

Tuesday 28 October 2014

Perihal Beg Saya...

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera



Hari ni adalah berkisar mengenai perihal beg saya. Ada apa dalam beg saya?

Saya tak kisah sangat brand bag ni asalkan selesa & comel pada pandangan saya. Dan kriteria pertama saya akan tengok ialah pattern beg tu, pastu baru tengok saiz, pastu cek harga, kalau berbaloi dan mampu beli baru la pilih warna. 

Lagipun setakat pergi kerja dan guna untuk hari2, so elok la sangat pakai beg biasa2 je heheheh. Nak angkut buah (setiap hari Jumaat ada pasar belakang opis haha) , bekalan dari rumah (kene jimat sekali sekala asyik membeli je kat KL ni) , sarapan pagi (harus ni sebelum bertempur dengan kerja) so material tahan lasak adalah sangat penting.


beg


Ok, ini beg latest saya. Sejak kerja kat KL ni, wajib bawa beg besar sebab senang nak sumbat barang. Macam poket Doraemon, macam-macam ado. Rasanya sejak dulu bujang lagi pun memang saya gemarkan beg besar2 ni...pastu warna mesti warna merah @ maroon.

Dalam beg saya wajib ada...
  • Purse - IC/lesen memandu/atm card/wang tunai/syiling
  • Handphone
  • Tag nama 
  • Kad T&Go
  • Payung Kecil
  • Tisu
  • Buku Nota & Pen
  • Suplemen Kit

suplemen Shaklee


Ada apa dalam beg anda pula :)

Pergi Tak Kembali - Rabbani

Lagu ini sangat memberi kesan sehingga meremang bulu roma ku...


Lagu yang menyedarkan diri agar jangan terlalu lalai dengan dunia yang hanya sementara. 

Mati itu akan datang menjemput bila-bila. 

Tapi bukan bermaksud kita tidak perlu untuk berimpian besar. 

Hargailah masa sekarang untuk mencapai apa yang diinginkan. 

Amalan rohani sahaja tidak cukup, hidup kita kena seimbang. 

Jadilah insan yang beriman, bertaqwa & boleh membantu orang lain.


mati


"Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi"

Keluarga Kecilku

Ini adalah keluarga saya.

Penyeri hidup saya. Buah hati pengarang jantung. Teman bergaduh, bermain, bermanja setiap hari :)

Serius rasanya tiada gambar berempat yang terbaru. Hehe. So silalah tengok gambar berasingan.

Saya punya sepasang anak lelaki (Luqman - 5 tahun) & anak perempuan (Sumayyah - 3 tahun).




Yang perasan retis ni suami saya, Muhd Aizad Hanif - 32 tahun. Kami kenal semasa belajar di Kuittho dulu, 2002. Terlalu banyak kenangan pahit manis antara kami yang tidak dapat dilupakan :)


my kids


Saya impikan kesihatan & umur berpanjangan untuk kami semua. Semoga kite bertemu di Jannah, in sha ALLAH.


Sunday 26 October 2014

Resipi Kek Sedap : Rainbow Cake

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera


Saya sebenarnya minat dalam baking. Antara kek yang paling sedap dan hangat diperkatakan iaitu Rainbow Cake. Jika di luar sana, kek ini berharga dalam lingkungan RM100-150. Buat kek memang senang cuma agak leceh. Tapi bila dah menjadi tu, rasanya selepas ini kita akan buat sendiri lagi puas hati :)

resipi

Ini kek yang saya hasilkan walaupun deko ke laut, tapi rasanya sedap tau. Bukan saya cakap ni, kawan2 saya :)

Deko boleh improve lagi dari masa ke semasa hehe.


resipi


sumber: http://aziejaya.blogspot.com/


Rainbow Cake 
Bahan bahan:
250g mentega
220g tepung kek (ayak dg 1 sk baking powder)
200g gula kaster
4 biji telur gred A
5 sudu besar air susu (guna susu segar)
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna yang disukai

Cara cara:
Griskan acuan bulat 8". Lapiskan dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.

Pukul mentega dan gula kaster dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.

Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.

Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen vanila. Gaul hingga rata.

Bahagi adunan kepada 7 bahagian. Warnakan mengikut warna yang disukai. Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit.

resipi

Setelah kek masak, biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.

Nota:
Saiz loyang 8 inci (6 warna), guna hanya 1 ½ adunan. Kalau mahu 7 warna guna 2 adunan. Saya guna loyang 9 inci, 2 adunan dan 6 warna.

Krim Mentega
Sumber: Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria

150gm mentega
350gm krimwell
180gm sirap gula/susu krimer manis
3 sudu besar gula aising

Cara:
Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.

Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
Pukul lagi hingga sebati. Siap untuk digunakan. 

Nota: untuk 2 adunan kek, perlu 2 adunan krim mentega.


Wordless Sunday

motivasi

Tips Hilangkan Kesedihan : Bila saya rasa sedih, saya akan...

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera


Kali ini tajuk agak santai sedikit...

Setiap manusia mesti ada menghadapi kesedihan.  Kesedihan atas kematian, kekecewaan, kegagalan, penghinaan, kehilangan...dan macam2lagi...kucing mati pun saya sedih.


motivasi


#1 Bersendirian
Tak kiralah apa sebabnya...bila saya rasa sedih...selalunya ada suka menyendiri / menyepikan diri. Jauh dari kawan2. Bagi saya, kadang-kadang kita perlukan masa untuk diri sendiri untuk muhasabah diri kenapa ia berlaku...

Adakah silap diri sendiri, atau balasan terhadap perkara lepas2...atau sudah suratan takdir...orang cakap manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.

Setelah mampu untuk berfikiran secara waras, ye mungkin ada hikmah sebaliknya atas apa yang berlaku. Belajarlah untuk menerima kenyataan dan maju kehadapan.


solat sunat


#2 Solat Sunat
Bila sudah reda & tenang sedikit, sudah "digest" segalanya saya akan tunaikan Solat Taubat. Sebelum kita hendak memohon padaNYA, ada baiknya sucikanlah diri kita dengan Solat Sunat Taubat. Bagi saya setiap apa yang berlaku, semuanya telah ditentukan. Rintihlah dan luahkan perasaan kesedihan, menangislah tanpa segan silu. 

#3 Menangis
Dengan menangis itu sedikit sebanyak mengurangkan kesedihan dalam hati kita. Tetapi menangis lah berpada2...jangan sampai memudaratkan diri macam Kasim Selamat (P Ramlee dalam filem Ibu Mertuaku) pulak hehe.

#4 Sibukkan Diri
Okay jangan ambil masa terlalu lama untuk bertenang kerana jika yang ada anak & suami, mereka juga harus diberikan tumpuan. Sibukkan lah diri anda dengan melayan telatah mereka kerana ini sedikit sebanyak membuatkan tersenyum sendiri. 

#5 Maju Kehadapan
Ingatkan orang tersayang di sekeliling anda. Sesedih mana pun, hidup haruslah diteruskan. Kita selalu dengar hidup ini umpama roda, sesekali kita di atas, sesekali kita berada di bawah. Ini ada normal, jadi keluarlah dari perasaan sedih itu dan cari solusi lain dan terus bangkit.


Ada 1 Vitamin yang dikatakan mampu untuk membaiki mood kita iaitu B Complex Shaklee.

b complex


Berminat untuk mencuba B Complex Shaklee, saya bersedia untuk memberi konsultasi PERCUMA.


order now


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

4 Tips untuk Kekal Motivasi Turunkan Berat Badan

Assalamualaikum w.b.t  & Salam Sejahtera




Kepada anda yang mempunyai misi untuk menurunkan berat badan, saya pasti kadangkala semangat itu semakin hilang dan pudar apabila usaha yang dibuat tidak menunjukkan sebarang hasil. Orang selalu cakap, kalau badan nak gemuk, biasanya akan mengambil masa bertahun. Begitu juga untuk kurus/turun berat badan, proses ini bukan boleh terjadi dalam 2-3 hari atau seminggu, amat mustahil bukan?

Turun Berat badan


Lihat sahaja gambar di atas. Rasanya jika setiap kali anda berasa lapar, cuba tatap gambar ini, pastinya mampu membantutkan selera anda. Hodohkan?

Untuk sentiasa kekal bermotivasi dan bersemangat, ada beberapa tips di sini yang anda kena selalu pratikkan.


Turun Berat badan
Sape tak kenal Mek Klate ni...makin comel kan?


Tips# 1 Kisah Benar
Banyakkan membaca kisah benar seseorang yang sebelum ini terlalu gemuk dan sekarang telah berjaya menurunkan berat badan. Jika anda ikuti perjalanannya, anda akan faham bahawa ia bukan satu perjalanan yang singkat & mudah. Ia bergantung kepada disiplin & pelan diet yang diamalkan. Anda boleh dapatkan kisah kejayaan tersebut dalam website Kevin Zahri (https://kevinzahri.com)


Tips# 2 Rancangan "Biggest Loser"
Rancangan realiti TV ini adalah salah rancangan yang bertujuan untuk mencari individu yang dapat menurunkan berat badan paling drastik dan pemenangnya akan menerima hadiah wang tunai. Dengan menonton rancangan ini, anda boleh lihat sendiri gelagat peserta dalam misi ini bukan sesuatu yang senang dan banyak memerlukan pengorbanan dan semangat yang kuat. Dan hasilnya wow...pastinya anda semakin bersemangat kerana ianya bukan rekaan semata.

Turun Berat badan


Tips# 3 Jumpa orang berpengalaman
Jika anda ada kawan-kawan yang dulunya gemok tetapi sekarang slim melim, cuba anda korek tips daripadanya. Saya pasti kisahnya tidak jauh lebih kurang dari orang lain yang berjaya menurunkan berat badan. Kuncinya pasti disiplin, semangat, ilmu juga pelan makanan. Orang yang kita kenal pastinya lebih memberi impak dan terkesan pada kita.

Tips# 4 Sentiasa upgrade ilmu
Rajinkan cari info mengenai cara turunkan berat badan. Saya pasti terlalu banyak tips di luar sana tapi pastikan anda tidak tersalah pilih kerana takut memudaratkan diri. Nak lagi senang siapa yang tidak kenal Kevin Zahri, pakar nutrisi juga personal trainer. Anda boleh ikuti website beliau kerana terlalu banyak tips yang dikongsikan. Fahami ilmu asas pemakanan kerana faktor untuk kurangkan berat badan akan bergantung kepada 80% (pemakanan) & 20% (senaman). Apabila anda ada ilmu, anda tidak akan terasa kehilangan dan cepat putus asa. Yang penting sabar & disiplin - just go with the flow.


motivasi


Sumber: https://kevinzahri.com


Berminat untuk mencuba Set Kurus Shaklee, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak