Saturday 11 October 2014

Mengejar Impian - Shaklee

Bila sebut pasal impian...rasanya terlalu banyak yang ingin saya capai. Tapi buat masa ini, untuk tahun 2014/15 saya ingin memantapkan diri dengan bisnes Shaklee dan fokus kepada target hari demi hari supaya suatu hari nanti saya mampu untuk menjana pendapatan mencukupi walaupun hanya dari rumah.

Sebab utama adalah kerana saya berangan untuk berhenti kerja dan menjadi WAHM pada tahun 2016.

Tahun 2016, in sha ALLAH anak sulung saya akan memasuki darjah 1. Saya ingin meluangkan masa bersama anak-anak saya, melihat mereka membesar, menghantar & menjemput mereka balik sekolah, mengajar mendidik mereka.Kesimpulannya ANAK adalah faktor utama untuk mengejar impian sebagai WAHM.


Buah Hatiku
Buah hatiku :)


Perkara kedua selepas ANAK, adalah faktor keWANGan. Saya tidaklah mengimpikan wang berjutaan ringgit. Saya cuma hendak lari dari hutang PTPTN dan menabung untuk pendidikan anak-anak. Saya tidak mahu mereka menerima nasib yang sama masih berhutang belajar walaupun sudah bekerja beberapa tahun. Saya juga ingin membantu keluarga terdekat untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Seterusnya saya berangan untuk mempunyai RUMAH sendiri. Dapat saya bayangkan seronoknya duduk dalam rumah sendiri. Buat masa ini, masih tiada rezeki untuk kami untuk membeli rumah.Alhamdulillah sekarang masih duduk bersama keluarga mertua yang memahami.

Kemudian, saya berazam nak kembali KURUS seperti dulu. Badan sekarang susah nak turun selepas mengandungkan anak pertama dan kedua. Bukan sahaja kurus, malah untuk meningkatkan tahap kesihatan agar tidak didatangi penyakit serius. Malah permintaan suami sendiri. Yes saya kena turunkan berat badan demi suami dan anak-anak tersayang. Jika saya sakit, siapa lagi yang akan menjaga semua kesayangan saya ni :)

Tidak lupa juga saya ingin menjadi INSAN lagi baik dah sentiasa ingat terhadap penCipta ALLAH S.W.T Alhamdullilah saya dikurniakan suami serta anak-anak yang comel, kawan-kawan yang memahami, keluarga yang sporting...Ya ALLAH terima kasih atas semuanya.Saya ingin perbaiki segala kelemahan dan berusaha untuk menjadi lebih baik.

Sebenarnya masih terlalu banyak impian dalam fikiran...tetapi buat masa ini, fokus & target untuk menjadi WAHM yang berjaya dunia akhirat.AMIN.



Ada berminat untuk mencuba,  saya bersedia untuk berkongsi manfaat Shaklee :)



 order now


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage: The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak





No comments:

Post a Comment