Monday 10 November 2014

Rahsia Didik Anak Cemerlang

Assalamulaikum w.b.t & Salam Sejahtera


Setiap ibu bapa pasti inginkan anak yang bijak, pintar, soleh, solehah, cerdas, baik hati, sopan santun, mendengar cakap, hormati orang tua. Namun tidak semua mampu untuk mendidik anak mereka untuk menjadi apa yang mereka impikan.

budak berdoa


Wahai ibu bapa di luar sana, janganlah cepat mengalah kerana pada masa kecil inilah kita harus mencorakkan peribadi mereka. Seperti kata pepatah, Hendak Melentur Buluh, Biarlah Dari Rebungnya.

Alhamdulillah anak saya, Luqman (5 tahun) & Sumayyah (3 tahun) masih dalam proses pembelajaran. Si Abang dah nak habis pra-sekolah & dan ada lagi setahun sebelum masuk darjah 1 pada tahun 2016. Apa yang saya lihat, progressnya selama hampir 11 bulan, sudah tidak pasif lagi di kelas, suka berkawan, sudah pandai bercakap dengan ayat penuh walaupun tak banyak, sudah tidak pakai pampers, sudah pandai mengeja sesetengah perkataan pendek, mengenal huruf hijaiyah, sudah pandai makan nasi sendiri, cuci tangan pinggan sendiri,mandi sendiri...

Adiknya pula masih kecil tapi sekarang sudah rajin nak buat semuanya diri sendiri dan sering duplicate apa yang saya buat. Sidai baju, lipat baju, angkat baju - tapi cara dia lah hehe, angkat baju yang sudah dilipat, pakai baju sendiri, cedok susu masuk botol sendiri, nak menyapu rumah, main vakum, duplicate & buat sendiri...

Oh cepatnya masa berlalu anakku semakin besar...tetapi semakin banyak cabaran yang perlu ditangani. 

kanak-kanak

Jom kita tengok tips di bawah:

Rahsia mendidik anak yang cemerlang dunia akhirat, antara yang boleh dikongsikan ialah seperti Kaedah Rasulullah S.A.W

Tahap pertama:Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.
Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.


Doa


Lagi  Rahsia Didik Anak Cemerlang oleh Datuk Fadzillah Kamsah:

  1. Kaedah Pesan/Arahan - contohnya pesanan supaya solat di awal waktu, hormat pada orang tua. Pesanan hendaklah dilakukan at least 200 berulang2 kali tanpa jemu supaya anak akan benar2 memahami pesanan tersebut dan melakukan dengan baik.
  2. Kaedah Bercerita - Ibu bapa hendaklah mempelajari kemahiran bercerita dengan baik terutamanya cerita2 Nabi atau apa2 yang mengandungi mesej yang baik supaya  cepat terkesan pada hati & minda anak2, ini sekaligus merapatkan lagi ikatan yang sedia ada.
  3. Kaedah Soal-Jawab - seperti komunikasi dua hala, jika anak bertanyakan apa2 soalan, sila jawab sebaik mungkin. Jangan sesekali memarahi anak jika dia bertanya bertubi2 serta soalan yang tidak masuk akal. Jadilah ibu bapa yang bijak - anda pasti ingat kisah "Bapak, Anak & Burung Murai"
  4. Kaedah Merujuk Pengalaman Lalu - contoh pengalaman baik harus dijadikan teladan, pengalaman buruk dijadikan pengajaran. Anak2 akan belajar, apa kesan jika buat macam tu atau macam ini. Timbul rasa waspada jika ingin melakukan sesuatu.
  5. Kaedah Nasihat & Teguran - berilah nasihat dari segi akidah, ibadah, tanggungjawab, kesihatan, akhlak, nilai murni; berbeza dari kaedah pesanan harus dilakukan sekali sekala takut anak cepat bosan.
  6. Kaedah Main & Bergurau - aktiviti ini akan menambahkan kemesraan dan kegembiraan pada kanak2 kerana dia merasa disayangi. Kesannya anak lebih mudah untuk mendengar kata dan lebih berdisiplin. Namun jangan melampaui batas.
  7. Kaedah Latihan yang berterusan - perlu konsisten supaya anak akan faham tanggungjawab. Penghargaan dalam bentuk pujian/hadiah boleh diberikan namun jangan berlebihan sehinggakan menimbulkan sifat takbur

Sama2 lah kita berusaha untuk mencorakkan yang terbaik untuk anak2 kita kerana merekalah penyambung zuriat kita akan datang. Pada zaman yang makin mencabar ini, didikan agama lah yang paling penting sekali untuk diterapkan pada setiap anak. Ini kerana jika ditakdirkan mereka sesat atau leka pada satu hari nanti, mereka masih ingat akan asas agama yang mereka ada dan boleh kembali ke pangkal jalan. Kepada mereka yang tidak mempunyai asas agama, tidak mustahil mereka akan terus hanyut dan hanyut.

Anak2 juga saya berikan suplemen secara konsisten.

Berminat untuk mencuba Mealshakes & Omega Guard, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order now

Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

2 comments:

  1. Salam liza,
    betul tu cara mendidik tak sama ikut umur. masa masih 0-6y tak boleh nak di marah-marah sebab mereka tak faham apa pun.

    nice sharing.

    ReplyDelete
  2. Wa'salam Rin. Betul nak marah pun bukan diorang paham pun.Cuba eksplen dengan cara baik & eye contact. Lama kelamaan diorang akan paham. Negatif la sifat kita, diorang akan duplicate. Sesekali tgk rancangan supernanny jugak sangat membantu.Lepas ni buat entri tantrum plak. nak cedok tips dr supernanny plak...hehehhe.in sha ALLAH.

    ReplyDelete