Saturday 15 November 2014

7 Tanda Anda Berpotensi Untuk Mendapat Diabetes

Diabetes ialah salah satu penyakit kronik yang menyerang ramai rakyat Malaysia. Punca UTAMA adalah disebabkan gaya pemakanan yang tidak sihat.
pemakanan tidak sihat

Diabetes merupakan sejenis penyakit yang di mana keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah) terutamanya selepas pengambilan makanan.

Diabetes akan menjadi penyakit kekal seumur hidup dan belum ada ubat untuk menyembuhkan penyakit ini namun masih boleh dikawal dengan cara :
  • Penjagaan pemakanan
  • Suplemen, 
  • Senaman  
  • Pengawalan berat badan


Penyakit ini janganlah dipandang remeh kerana ia mampu untuk menyebabkan komplikasi lain seperti:
  • Hypertension 
  • Stroke 
  • Serangan Jantung
  • Kegagalan fungsi buah pinggang
  • Kerosakan mata e.g buta, penglihatan kabur
  • Mati Pucuk

Jangan abaikan Tanda-tanda Awal Diabetes di bawah:
(sumber: http://www.malaysiatercinta.com/)
  • Paras gula dalam darah tinggi - dapatkan rawatan berkala @ sila cek dengan doktor
  • Dahaga yang berlebihan akibat kerap kencing terutamanya waktu malam - apabila terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang akan bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Maka ia memaksa untuk membuang air kecil
  • Hilang berat mendadakTahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan berat badan hilang sekitar 2-3 kg dalam dua atau tiga bulan.
  • Sentiasa rasa lapar - ketiadaan/masalah insulin menyebabkan glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa,maka tahap gula dalam darah akan menurun. Secara automatik badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. 
  • Luka lambat sembuh - saluran darah yang telah rosak akibat glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyebabkan pengaliran darah untuk sampai ke anggota lain terganggu.
  • Keletihan & cepat marah - kerap bangun malam & juga apabila sistem badan  yang sentiasa cuba untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat badan letih.
  • Terdedah kepada jangkitan kulat - sistem imunisasi menjadi lemah memudahkan untuk terdedah kepada jangkitan yis (candida) pada faraj atau kulat lain
  • Penglihatan kaburglukosa tinggi dalam darah akan mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur. Namun penglihatan akan kembali normal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Masalah buta dan kerosakan kekal pada mata boleh berlaku jika kadar gula tinggi dalam tempoh yang panjang 
  • Kebas kaki & tangan - akibat kerosakan saraf akibat penyakit ini, boleh menjadi kerosakan kekal seperti penglihatan
  • Kulit menjadi gelap di sekitar leher & ketiak - menunjukkan keadaan  proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.

Jika anda sudah memasuki usia 30-an, sila dapatkan rawatan berkala setiap tahun untuk mengetahui akan tahap kesihatan anda. Penyakit zaman sekarang bukan menyerang orang tua sahaja, namun dalam peringkat remaja sudah ada yang menghidap penyakit kronik seperti Diabetes.


Berminat untuk mencuba ESP sesuai untuk pesakit Diabetes, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order now

Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment