Friday 7 November 2014

Selamat Tinggal Nebulizer

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera



Anakku, Sumayyah lahir secara pramatang pada tahun 2011. Dengan peparu yang hanya separuh terbentuk, menyebabkan dia terpaksa menggunakan bantuan oksigen sebaik sahaja lahir. Hari demi hari sampailah kadar pernafasannya stabil dan Alhamdulillah kedua2 peparunya sudah lengkap terbentuk selepas 11 hari.

Sumayyah

Namun dugaan bukan setakat di situ saja. Sekali lagi Sumayyah disahkan mengalami "Bronchitis" pada umur setahun lebih. Doktor cakap ianya seperti mild athsma. Bunyi wheezing yang kuat, batuk, selesema yang selagi tak sembuh, selagi itulah akan menyebabkan wheezing, ketidakselesaan pada bayi.

Saya pernah bertanya kepada doktor, adakah semua ini berkaitan dengan insiden semasa lahir (kes pramatang), doktor cakap bukan. Ini adalah normal kerana bayi kecil tidak pandai untuk mengeluarkan kahak, so akan menyebabkan wheezing. Namun hendaklah segera dirawat sebelum mengundang kes lagi serius.

Tahun demi tahun setiap kali selesema, batuk, cepat je simptom wheezing tu datang. Luluh hati tengok dada Sumayyah berombak kencang seolah susahnya hendak bernafas. Segala jenis ubat, madu, semua dah cuba. Semuanya mengambil masa at least 2 minggu untuk pulih sepenuhnya.

Hanya penghidap athsma/semput sahaja yang faham. Mak mertua & suami juga penghidap athsma. Ia umpama kita bernafas melalui straw...bayangkan ruang straw yang sempit.

Kes paling teruk semasa balik ke Miri pada Raya Haji tahun 2013. Tiada simptom selesema batuk sebelum itu, pukul 3.30 pagi Sumayyah menangis sebab tak dapat tidur. Ingatkan mungkin sebab hari pertama dia berada di tempat baru. Alih2 wheezing & batuk menyerang dan seolah2 susah nak bernafas.

Sumayyah

Entah apa puncanya, mungkin perubahan cuaca, atau bulu kucing yang trigger atshma, sebab kat Miri kucing memang lepak di dalam rumah.

Kalau kat KL senang lah sebab memang ada nebulizer kat rumah. Maklumlah ada penghidap athsma kat rumah tu. Pukul 4 pagi lebih, masih tiada tanda2 nak berhenti menangis, pagi itu juga kami pecut ke hospital (buka 24 jam) untuk dapatkan bantuan Nebulizer. Disebabkan mak saya staff hospital, prosedur kemasukan untuk dapatkan rawatan berjalan lancar. 

Sumayyah Neb

Sepanjang menggunakan Nebulizer, Sumayyah tak henti2 menangis dan kami terpaksa pegang kaki & tangan dia. Habis 1 dos, pegawai kesihatan cakap kene tunggu at least 30 minit untuk dia dengar pernafasan Sumayyah. Dah cukup 1/2 jam, bila pegawai dengar dada Sumayah, dia cakap masih ada bunyi wheezing kuat so kene up lagi 1 dos. Kamu turutkan nasihat pegawai tersebut, untuk kali kedua & juga ketiga masih memberikan result yang sama. Masa tu dah pukul 7 pagi masih belum selesai. 3 dos masih tiada perubahan. Sumayyah semakin lemah. Kami pun penat dah berapa jam tak tidur. Macam ada harapan nak kene admitted. Kemudian Sumayyah disuruh untuk pergi X-ray pulak.Aduh kesiannya anakku. Adakah ini prosedur normal di hospital kerajaan? Selepas 2 jam, keputusan X-ray juga menunjukkan kandungan kahak yang agak banyak. Doktor arahkan untuk admitted. 

Setelah berbincang dengan suami, kami memang tak setuju untuk admit ward dan mengambil keputusan untuk rawat sendiri (ke klinik swasta). Masih ingat lagi doktor muda tersebut, mungkin sebab marah akan tindakan kami. Masa dia sign untuk surat kebenaran bawa balik anak, dia sempat cakap "Percayalah kejap lagi puan mesti akan kembali ke sini lagi". Maksudnya doktor tu confirm atshma teruk akan menyerang lagi. Saya dan suami cuma berserah pada Allah sahaja. Bayangkan cuti yang tak lama nak balik cuti jumpa ahli keluarga, nak kene warded plak.

Lepas dari tu kami terus ke klinik pakar kanak2. Neb x1 + ubatan termasuk Antibiotik. Kami ikut arahan doktor makan ubat on time, pergi klinik untuk Neb pagi dan malam, selama 2 hari. Alhamdulillah...Sumayyah beransur pulih & aktif.



Kini Sumayyah dah 3 tahun...rasanya dah lama tak kene semput. Alhamdulillah. Pun saya tak ingat rasanya tarikh ubat2 dalam peti sejuk, paling latest ada yang dari bulan 7. Maksudnya lebih kurang dalam 4 bulan tak kene serangan demam/selesema/batuk.

Kalau ada pun batuk & wheezing, In sha ALLAH cepat sembuh. Kalau dulu makan minggu baru pulih sepenuhnya.

Saya baru teringat, adakah ini penangan Meakshake & Omega Guard ? Dalam saya tercari2 penawar sakit Sumayyah selama ini, sebab bosan dengan ubatan2 yang sama makan masa untuk pulih. Sebelum ini sebab klinik panel (nasib baik tak pernah bayar sendiri) entah beribu2 ringgit bil untuk ubat sahaja.

 MealshakesOmega Guard


Saya tergerak hati untuk mencuba Mealshakes kerana pelbagai kebaikannya - salah satunya untuk kurangkan semput. Saya campurkan Mealshakes ke dalam susu Sumayyah & Luqman atas tujuan untuk memberikan nutrisi yang cukup supaya badan mereka tahan akan serangan penyakit, maklumla duduk nurseri.

Batuk dan selesema memang sedikit sebanyak akan trigger semput kerana bila kahak datang yang berpunca dari selesema. Kanak2 kecil tidak pandai untuk mengeluarkan kahak maka terjadilah wheezing.

Begitu juga dengan Omega Guard, pada mulanya atas kegunaan diri sendiri namun saya kongsikan bersama anak2 saya. Minyak ikan yang saya dengar bagus untuk kurangkan athsma kerana sifatnya memanaskan dada. Bila dada panas, peparu akan mengembang sepenuhnya tiada la masalah dada sempit.

Kami tidak RISAU untuk makan ICE-CREAM :)

Kini saya memang memilih suplemen sebagai pencegahan awal. Sifat ubat hanya untuk merawat sementara tetapi jika kita mampu merawat punca demam/batuk/selesema in sha Allah kesannya berpanjangan. Kesian kan budak2 asyik kene makan ubat.

Buat pilihan bijak untuk anak2 kita. Now Sumayyah can say NO to nebulizer :)


Berminat untuk mencuba Mealshakes & Omega Guard, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order now

Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak





No comments:

Post a Comment