Sunday 16 November 2014

Resipi Kek Istimewa Keluarga Saya

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Boleh baca tak tulisan di bawah? Ehehe rasanya saya seorang kot yang boleh membaca dan memahaminya. Ini merupakan tulisan mak saya. Maklumlah tiap2 tahun kene kerah untuk membuat kek ini, saya dah boleh baca tulisan ini :)


Sebenarnya ia adalah satu resipi istimewa keluarga saya,iaitu Kek Nakhoda (kukus). Kenapa saya cakap ia Istimewa? Kerana ini merupakan kek wajib ada pada setiap kali Raya sejak saya kecil lagi hinggalah saya sudah beranak pinak ni. Mungkin  ada boleh gugel sahaja resipi ini, tapi lain orang lainlah versinya. Dan ini merupakan resipi versi keluarga saya.

Sumber : http://skybluemelleymey.blogspot.com/
Maaf saya tiada gambar close-up yang cantik dalam simpanan. Gambar di atas adalah dari SkyBlue, anda boleh rujuk resipi dari blog beliau.

Tesktur kek nya lebih kurang begitu. Padat, lembut, kalau makan sejuk2 lagi la sedap.


Resipi Kek Nakhoda

Bahan2:
8 biji telur ayam
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin kecil kaya
1 paket sederhana Horlick
1 cawan gula halus
1 1/2 cawan tepung gandum
16oz butter 
3 sudu makan browning (gula hitam)
4 sudu makan milo 


Cara Membuat:
  1. Campurkan kaya, susu & butter - gaulkan hingga sebati dalam satu bekas.
  2. Dalam bekas berasingan, telur dan gula dipukul sampai kembang.
  3. Kemudian campur kedua2 adunan dan pukul sebentar sehingga sebati.
  4. Dengan kaedah kaup balikkan - masukkan pula bahan kering seperti tepung gandum, milo & horlick.
  5. Langkah terakhir, baru masukkan browning.


Lagi tips istimewa kek ini...hendaklah dikukus selama 4 jam. Ehehehe....sanggup tak nak cuba? Lama kan nak kukus sampai 4 jam namun hasilnya...Anda pasti nak cuba lagi dan lagi.

Okay, selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment