Sunday, 21 December 2014

Perangai Pelik

Saya ada satu perangai pelik yang saya tidak sedari hinggakan kawan2 saya yang menegurnya. Saya ingat ianya normal bagi diri saya tapi sangat pelik bagi kawan2 yang melihatnya.

menangis

Saya senang menitiskan air mata bukan sewaktu sedih sahaja. Kalau ada perkara sedih terutamanya melibatkan kematian yang tersayang, mestilah saya menangis.

Tetapi...saya akan menitiskan air mata ketika saya ketawa. Saya pasti ada yang sespesis sama dengan saya. 

Sebab masa saya di sekolah menengah, ada budak lelaki satu kelas pun sama je macam saya.Orang lain ketawa berdekah2, kami pula ketawa sambil mengesat air mata. Selain dia, saya dah tak jumpa dah orang spesis macam ni.

ketawa


Hanya orang2 tertentu yang dapat menyaksikan perangai pelik saya ini :)


Promosi HARGA RUNTUH KOLAGEN hanya tinggal 11 hari lagi


Promosi SUPER JIMAT DISEMBER 2014 (sehingga 31 Dis 2014 sahaja)

** Shaklee Colllagen Powder *** 


Khasiat Kolagen Shaklee --> SCP


SCP


Apa yang anda dapat selain HARGA MURAH?



  • Beli 3 PERCUMA 1 pada harga RM894 - penJIMATan sehingga 25%
  • PERCUMA keahlian Shaklee - ANDA layak menikmati harga ahli
  • BONUS sebanyak RM30++ pada bulan hadapan (15hb) akan dikreditkan ke akaun anda - jika ANDA mendaftar sebagai ahli



Anda boleh beli secara kongsi bersama mak/mak mertua, adik/adik ipar, kakak/kakak ipar, sepupu sepapat, kawan2 ataupun PM saya untuk BEST OFFER.

CEPAT order kerana Stok TERHAD bulan ini sahaja



Sila lihat testimonial terhebat KOLAGEN dari makcik ini:
Kesan pengambilan Collagen secara konsisten.
testimonial scp 1
testimonial scp 2

Berminat untuk mencuba Kolagen Shaklee, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order now

Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

Tuesday, 16 December 2014

Atasi Sembelit Sebelum Anda Disahkan Menghidap Kanser

Sembelit ialah keadaan kepayahan semasa membuang air besar/kejarangan membuang air besar. Seseorang itu merasakan najisnya keras, walaupun diteran sekuat hati, najisnya seakan malu2 dan tidak ingin keluar. 

Ini akan menyebabkan rasa sakit akibat meneran dengan secara paksa dan kadang2 mengambil masa berjam2 di dalam tandas. Hasilnya anda keluar dari tandas dengan rasa frust dan kesakitan.


sembelit

Kenali jenis2 najis:

Jenis najis

Simptom Sembelit:
  • Kekerapan membuang berkurangan dari kebiasaan (contohnya menjadi 2x seminggu)
  • Perut rasa kembung/buncit & tidak selesa
  • Meneran dengan muka ketat tetapi najis tidak mahu keluar
  • Najisnya apabila keluar selepas setengah jam meneran berkeadaan berketul & keras
  • Tidak merasa puas membuang seakan2 masih ada yang teringgal
  • Teran secara paksa kadang2 menyebabkan lubang punggung berdarah

Kolon kotor

Punca Sembelit:
  • Kurang pengambilan air
  • Kurang pengambilan makanan berserat (dari buah/sayuran)
  • Kurang Aktif
  • Stress
  • Mengabaikan simptom hendak membuang / tabiat melengah-lengahkan proses pembuangan air besar menyebabkan perut kembung malah boleh mengakibatkan usus menjadi malas.
  • Tidak memahami sistem pembuangan tubuh sendiri (kurang ke tandas)

Kesan Sampingan Sembelit:
  • Bau mulut/badan yang tidak menyenangkan
  • Sukar tumpukan perhatian
  • Kerap mengantuk (rasa malas)
  • Hilang Selera Makan
  • Masalah kulit
  • Membebankan fungsi hati untuk detoksifikasi
  • Buasir
  • Pengambilan makanan bernutrisi tidak diserap sepenuhnya
  • Bahan bertoksik tidak disingkirkan sepenuhnya dari tubuh
  • Peningkatkan radikal bebas dalam badan
  • Najis keras menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar (boleh menyebabkan usus tersumbat) 
  • Kesan berpanjangan boleh menyebabkan kanser usus besar atau apa jenis kanser akibat toksik dalam badan

Cara Atasi Sembelit:
  • Banyakkan pengambilan air
  • Banyakkan pengambilan serat (buah2an seperti betik, pisang @ sayuran berdaun @ oat)
  • Posisi membuang mencangkung memudahkan proses pembuangan daripada posisi duduk
  • Kerapkan bersenam
  • Makan prune/Jus Prune pasti membantu !

Makanan Tinggi Serat


Jika tak berhasil jugak, Shaklee ada dua produk yang boleh membantu masalah sembelit anda iaitu Herb-lax (julap lembut) dan juga Ostematrix (kalsium).












 ostematrix
Ada berminat untuk mencuba,  saya bersedia untuk berkongsi manfaat Shaklee :)


 order set sembelit


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage: The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan 
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

Saturday, 13 December 2014

Kesan Sampingan Penyakit Semakin Teruk Selepas Ambil Vitamin

Pernahkah anda merasa masalah kesihatan yang anda hadapi semakin teruk selepas pengambilan vitamin?

Kita mengharapkan kesannya positif yang sepatutnya memulihkan bukan sebaliknya. 

Adakah vitamin tersebut tidak sesuai/serasi dengan tubuh anda?

Healing Crisis


Anda silap. 

Pertama, anda harus faham, vitamin bukan lah ubat yang boleh bertindak dengan serta merta untuk memulihkan sesuatu penyakit.

Kedua, vitamin bukan lah bersifat memulihkan sesuatu penyakit tetapi ia cumalah makanan tambahan untuk melengkapi keperluan tubuh kita yang tidak dapat kita perolehi dari pengambilan makanan seharian kita.


"Healing Crisis"
Apa yang ingin anda rasakan seperti simptom penyakit selepas pengambilan vitamin seperti muntah2, pening, letih, mengantuk, demam, kahak, sakit2 badan, jerawat...ia sebenarnya proses penyembuhan ("healing crisis"). Tubuh kita yang penuh dengan toksin sedang memberikan kesan terhadap zat2 dari vitamin tersebut dan seterusnya menjalankan proses detoksifikasi.

Punca "Healing Crisis"
Toksin dalam badan - Diet tidak sihat - badan kekurangan air / nutrisi


Tanda Krisis Penyembuhan
Penyebab
Keletihan, berasa mengantuk
Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
Sakit kepala, kepala terasa berat
Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
Demam, demam sedikit, keresahan
Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk
Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
Kembung, perut bergas
Sistem penghadaman yang lemah
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur
Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair
Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
Hidung berdarah
Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
Sakit di bahagian otot dan sendi
Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas
Proses penyembuhan semakin cepat
Insomnia atau hiperaktif
Sistem Saraf yang lemah
Haid tidak teratus, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir
Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
Pendarahan ketika membuang air besar
Mungkin buasir
Pening, lapar
Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang lemah), anemia (tidak cukup darah merah)
Loya, sembelit, sedu
Sistem penghadaman lemah, masalah hati
Slight Edema (bengkak)
Masalah buah pinggang

Berapa lama kesannya?
Bergantung kepada tahap peratusan toksin dalam badan dan gaya hidup individu tersebut

5 Tips Berguna Hadapi "Healing Crisis"
Healing Crisis

Selepas ini, anda sudah tidak perlu risau lagi. "Healing crisis" ini sebenarnya menunjukan kesan yang baik kerana vitamin tersebut memberikan tindakbalas terhadap tubuh anda.

Anda cuma perlu tenang / bersabar dan mengikuti Tips yang telah diberikan di atas.


Berminat untuk mencuba produk Shaklee, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya. Konsultasi, tips penggunaan, panduan cara makan secara PERCUMA :)


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

Warna Urin Kuning Akibat Terlalu Banyak Telan Vitamin

Persoalan yang sering diajukan, kenapa urin bertukar warna kuning setelah mengambil vitamin, khususnya Vitamin B.

Urin Kuning

Jangan risau, kerana ia adalah kesan normal setelah mengambil apa2 vitamin yang mengandungi vitamin B dan juga karoten. Warna kuning ini adalah akibat lebihan Riboflavin (vitamin B2) yang tidak diperlukan oleh badan. Badan cuma menyerap Riboflavin dalam dos yang diperlukan sahaja, dan merembeskan lebihan yang tidak perlu.

Penjelasan # 1 
Tidak semua nutrien di dalam vitamin diserap sepenuhnya oleh badan. Nutrien yang tidak diperlukan akan disingkirkan dari badan melalui air kencing. 

Penjelasan #2
Vitamin yang terbaik seeloknya bersifat larut air, bermaksud hanya menyerap nutrien yang diperlukan sebaliknya menyingkirkan yang tidak diperlukan. Bukannya menyimpan kesemuanya termasuk yang tidak berguna yang sebaliknya akan disimpan menjadi lemak atau toksin dalam badan.

Vitamin Semulajadi
Vitamin Semulajadi

Penjelasan #3 
Tubuh manusia sepatutnya hanya menyerap nutrien dari makanan bukannya dari vitamin. Namun cara tanaman yang banyak menggunakan bahan kimia atau cara masakan yang tidak sihat telah sedikit sebanyak membunuh nutrien tersebut. Maka pengambilan makanan tambahan seperti vitamin yang berasaskan semulajadi dan nutrien lengkap adalah sangat2 disarankan.

Penjelasan #4 
Walaupun urin kuning adalah petanda normal selepas pengambilan vitamin, pengambilan air secukupnya juga mestilah diamalkan secara konsisten untuk kesan penyerapan vitamin yang maksimum.  Urin kuning juga menjadi petunjuk badan tidak cukup air. 


B Complex

B Complex Shaklee adalah sejenis vitamin larut air iaitu bersifat larut dalam air,menyerap dengan kadar diperlukan, dan menyingkirkan lebihan melalui air kencing.

Tidak perlu risau walaupun diambil setiap hari kerana ia mudah disingkirkan (larut air)

Pengambilan vitamin secara konsisten adalah penting agar tubuh kita mempunyai bekalan vitamin yang mencukupi setiap hari.

Istimewa B Complex Shaklee:
  • Mengandungi 8 jenis vitamin B - membantu mengekalkan kesihatan optimum
  • B1, B2, B3, B6, biotin & asid pantotenik - membantu menukar makanan kepada tenaga
  • Asid folikdan B12 - membantu pembentukan sel-sel darah merah
  • Membantu menstabilkan hormon
  • Anti-stress
  • Membantu mengurangkan sengugut

Berminat untuk mencuba B Complex , saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order now

Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

Sunday, 7 December 2014

Kesayanganku...

Insan2 yang  ku sayangi...seluruh ahli keluarga ku yang berada nun jauh di Sarawak...kepada arwah ayah & nenekku...Al-Fatihah (gambar tahun 2011)



Keluarga suami ku (gambar tahun 2010)


Suami & anak2 ku -> gambar di sini 

Kawan2 yang berada di sisiku di saat susah & senang - tiada nama yang perlu ku sebutkan. Anda semua sentiasa diingatan ku...

Tiada yang PALING atau nombor 1,2,3...Kesemuanya memang kesayanganku.

Insan2 di atas banyak adalah sebahagian daripada hidupku yang banyak mengajar erti kehidupan, meluruskan aku di kala aku tersesat, menggembirakan aku di kala aku sedih, menolong aku di kala aku susah, menenangkan aku di kala aku resah, mengingatkan aku di kala aku alpa.

Family

Jasa kalian hanya ALLAH yang dapat membalasnya. Semoga kita bertemu di Jannah, in sha Allah.

Gadjet 24 jam Mampu Cederakan Otak

Pada zaman serba canggih ini, aksi Si Kecil yang begitu asyik bermain Gadjet (Tablet/Smart Phone) bukan satu pandangan yang asing lagi. Cepat sahaja jari jemari kecil itu menekan skrin seolah2 sudah faham akan fungsinya.

Gadjet & kanak-kanak

Di mana2 saja rasanya seperti di tempat makan, shopping complex, dalam kereta @ kenderaan awam, pasti kita akan terjumpa kanak-kanak dan gadjet. Saya pernah terlihat akan sebuah keluarga, pada masa itu saya sedang menunggu giliran untuk berjumpa doktor di klinik.

Sepasang suami isteri masuk ke klinik bersama sepasang anaknya lelaki dan perempuan, saya kira umurnya dalam 3 & 4 tahun. Masing2 membawa satu Ipad dalam pelukan. Wow dalam fikiran saya, bahagianya budak2 ini kecil2 lagi sudah mempunyai Ipad seorang satu.

Jika dibandingkan pada zaman saya iaitu saya kira 20 lebih tahun lepas, saya hanya mampu memiliki satu telefon bimbit semasa memasuki Universiti itu pun beli guna duit pinjaman PTPTN. Opps jangan tiru perangai saya tau hehe...kawan2 ada handphone saya pun nak jugak. Itu pun bukan Smart Phone...

Tetapi zaman sekarang, pelajar sekolah rendah pun dah ada Smart Phone...jenama IPhone tu bukan jenama cap ayam tau. Ini menunjukkan Gadjet pada zaman sekarang adalah salah satu kemestian, keperluan dan wajib ada dari golongan kecil hingga lah berumur.

Isu penting sekarang yang ingin saya kongsikan adalah kesan terhadap golongan si Kecil ini...

Gadjet & kanak-kanak


Gambar di atas adalah salah satu kes akibat kanak-kanak yang terlampau bermain dengan Ipad. Dikatakan budak ini telah mengalami kecederaan otak akibat gelombang2 radiasi daripada gadjet tersebut.

Sejauh mana kebenaran artikel di atas tidak dapat saya sastikan kerana sumber yang kurang lengkap. Namun saya pasti sebagai ibu ayah kita ada pandangan peribadi masing2.

Gadjet & kanak-kanak

Pada pandangan saya kerana anak saya sendiri juga bermain dengan gadjetApa yang yang saya perhatikan hanyalah kesan negatif terhadapnya.

1. Terperangkap dalam dunia sendiri, kadang2 saya panggil lambat respon atau langsung tak dilayan.

2. Menjadi pemarah - apabila kalah dalam satu2 game 

3. Kurang interaksi/pergaulan kepada ahli keluarga yang lain

4. Tidak makan mungkin kerana tidak berasa lapar akibat terlalu asyik bermain

5. Tidur lewat dan selalunya tertidur dengan gadjet

6. Menjadi pemalas - tidak mendengar arahan apabila disuruh


Saya mulai tersedar semakin lama keadaanya semakin parah apabila tidak terkawal. Pada masa itu agak sudah terlambat untuk mengawal keadaan kerana dia mudah memberontak dan tantrum apabila kemahuan gadjetnya tidak dipenuhi.

Setelah difikir balik, bukan lah salah gadjet mahupun anak kecil tersebut. Apa yang penting sekarang adalah pengawalan & jadual bermain.

Gadjet & kanak-kanak

Saya akan kongsikan dalam entri lain bagaimana caranya Tips dalam Pengawalan Gadjet di kalangan kanak2 dan kita tukarkan kesan dari banyaknya  negatif ke arah positif.