Saturday, 13 December 2014

Warna Urin Kuning Akibat Terlalu Banyak Telan Vitamin

Persoalan yang sering diajukan, kenapa urin bertukar warna kuning setelah mengambil vitamin, khususnya Vitamin B.

Urin Kuning

Jangan risau, kerana ia adalah kesan normal setelah mengambil apa2 vitamin yang mengandungi vitamin B dan juga karoten. Warna kuning ini adalah akibat lebihan Riboflavin (vitamin B2) yang tidak diperlukan oleh badan. Badan cuma menyerap Riboflavin dalam dos yang diperlukan sahaja, dan merembeskan lebihan yang tidak perlu.

Penjelasan # 1 
Tidak semua nutrien di dalam vitamin diserap sepenuhnya oleh badan. Nutrien yang tidak diperlukan akan disingkirkan dari badan melalui air kencing. 

Penjelasan #2
Vitamin yang terbaik seeloknya bersifat larut air, bermaksud hanya menyerap nutrien yang diperlukan sebaliknya menyingkirkan yang tidak diperlukan. Bukannya menyimpan kesemuanya termasuk yang tidak berguna yang sebaliknya akan disimpan menjadi lemak atau toksin dalam badan.

Vitamin Semulajadi
Vitamin Semulajadi

Penjelasan #3 
Tubuh manusia sepatutnya hanya menyerap nutrien dari makanan bukannya dari vitamin. Namun cara tanaman yang banyak menggunakan bahan kimia atau cara masakan yang tidak sihat telah sedikit sebanyak membunuh nutrien tersebut. Maka pengambilan makanan tambahan seperti vitamin yang berasaskan semulajadi dan nutrien lengkap adalah sangat2 disarankan.

Penjelasan #4 
Walaupun urin kuning adalah petanda normal selepas pengambilan vitamin, pengambilan air secukupnya juga mestilah diamalkan secara konsisten untuk kesan penyerapan vitamin yang maksimum.  Urin kuning juga menjadi petunjuk badan tidak cukup air. 


B Complex

B Complex Shaklee adalah sejenis vitamin larut air iaitu bersifat larut dalam air,menyerap dengan kadar diperlukan, dan menyingkirkan lebihan melalui air kencing.

Tidak perlu risau walaupun diambil setiap hari kerana ia mudah disingkirkan (larut air)

Pengambilan vitamin secara konsisten adalah penting agar tubuh kita mempunyai bekalan vitamin yang mencukupi setiap hari.

Istimewa B Complex Shaklee:
  • Mengandungi 8 jenis vitamin B - membantu mengekalkan kesihatan optimum
  • B1, B2, B3, B6, biotin & asid pantotenik - membantu menukar makanan kepada tenaga
  • Asid folikdan B12 - membantu pembentukan sel-sel darah merah
  • Membantu menstabilkan hormon
  • Anti-stress
  • Membantu mengurangkan sengugut

Berminat untuk mencuba B Complex , saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order now

Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

Sunday, 7 December 2014

Kesayanganku...

Insan2 yang  ku sayangi...seluruh ahli keluarga ku yang berada nun jauh di Sarawak...kepada arwah ayah & nenekku...Al-Fatihah (gambar tahun 2011)



Keluarga suami ku (gambar tahun 2010)


Suami & anak2 ku -> gambar di sini 

Kawan2 yang berada di sisiku di saat susah & senang - tiada nama yang perlu ku sebutkan. Anda semua sentiasa diingatan ku...

Tiada yang PALING atau nombor 1,2,3...Kesemuanya memang kesayanganku.

Insan2 di atas banyak adalah sebahagian daripada hidupku yang banyak mengajar erti kehidupan, meluruskan aku di kala aku tersesat, menggembirakan aku di kala aku sedih, menolong aku di kala aku susah, menenangkan aku di kala aku resah, mengingatkan aku di kala aku alpa.

Family

Jasa kalian hanya ALLAH yang dapat membalasnya. Semoga kita bertemu di Jannah, in sha Allah.

Gadjet 24 jam Mampu Cederakan Otak

Pada zaman serba canggih ini, aksi Si Kecil yang begitu asyik bermain Gadjet (Tablet/Smart Phone) bukan satu pandangan yang asing lagi. Cepat sahaja jari jemari kecil itu menekan skrin seolah2 sudah faham akan fungsinya.

Gadjet & kanak-kanak

Di mana2 saja rasanya seperti di tempat makan, shopping complex, dalam kereta @ kenderaan awam, pasti kita akan terjumpa kanak-kanak dan gadjet. Saya pernah terlihat akan sebuah keluarga, pada masa itu saya sedang menunggu giliran untuk berjumpa doktor di klinik.

Sepasang suami isteri masuk ke klinik bersama sepasang anaknya lelaki dan perempuan, saya kira umurnya dalam 3 & 4 tahun. Masing2 membawa satu Ipad dalam pelukan. Wow dalam fikiran saya, bahagianya budak2 ini kecil2 lagi sudah mempunyai Ipad seorang satu.

Jika dibandingkan pada zaman saya iaitu saya kira 20 lebih tahun lepas, saya hanya mampu memiliki satu telefon bimbit semasa memasuki Universiti itu pun beli guna duit pinjaman PTPTN. Opps jangan tiru perangai saya tau hehe...kawan2 ada handphone saya pun nak jugak. Itu pun bukan Smart Phone...

Tetapi zaman sekarang, pelajar sekolah rendah pun dah ada Smart Phone...jenama IPhone tu bukan jenama cap ayam tau. Ini menunjukkan Gadjet pada zaman sekarang adalah salah satu kemestian, keperluan dan wajib ada dari golongan kecil hingga lah berumur.

Isu penting sekarang yang ingin saya kongsikan adalah kesan terhadap golongan si Kecil ini...

Gadjet & kanak-kanak


Gambar di atas adalah salah satu kes akibat kanak-kanak yang terlampau bermain dengan Ipad. Dikatakan budak ini telah mengalami kecederaan otak akibat gelombang2 radiasi daripada gadjet tersebut.

Sejauh mana kebenaran artikel di atas tidak dapat saya sastikan kerana sumber yang kurang lengkap. Namun saya pasti sebagai ibu ayah kita ada pandangan peribadi masing2.

Gadjet & kanak-kanak

Pada pandangan saya kerana anak saya sendiri juga bermain dengan gadjetApa yang yang saya perhatikan hanyalah kesan negatif terhadapnya.

1. Terperangkap dalam dunia sendiri, kadang2 saya panggil lambat respon atau langsung tak dilayan.

2. Menjadi pemarah - apabila kalah dalam satu2 game 

3. Kurang interaksi/pergaulan kepada ahli keluarga yang lain

4. Tidak makan mungkin kerana tidak berasa lapar akibat terlalu asyik bermain

5. Tidur lewat dan selalunya tertidur dengan gadjet

6. Menjadi pemalas - tidak mendengar arahan apabila disuruh


Saya mulai tersedar semakin lama keadaanya semakin parah apabila tidak terkawal. Pada masa itu agak sudah terlambat untuk mengawal keadaan kerana dia mudah memberontak dan tantrum apabila kemahuan gadjetnya tidak dipenuhi.

Setelah difikir balik, bukan lah salah gadjet mahupun anak kecil tersebut. Apa yang penting sekarang adalah pengawalan & jadual bermain.

Gadjet & kanak-kanak

Saya akan kongsikan dalam entri lain bagaimana caranya Tips dalam Pengawalan Gadjet di kalangan kanak2 dan kita tukarkan kesan dari banyaknya  negatif ke arah positif.



Thursday, 4 December 2014

Keburukan Soya Boleh Sebabkan Pelbagai Masalah Kesihatan

Selalu kita dengar akan kebaikan soya. Terutamanya di saat mengandung, kalau nak dapatkan bayi yang kulitnya cantik putih melepak, minumlah air soya banyak2. 

Takpun kalau sebut pasal soya, kita terbayangkan Protein. Sumber protein pula selalu dikaitkan dengan kulit cantik. Pantang dengar kulit cantik terutamanya para wanita, kalau boleh hari2 nak minum soya kan?

Kacang Soya

Sejauh mana kebenarannya; mungkin ada 6-7 kes daripada 10, kebetulan berjaya mendapatkan  kulit yang cantik melepak. Adakah sebab soya, atau disebabkan memang keturunan kulit cantik?

Namun sejak akhir2 ini, kalau anda pernah terbaca banyak artikel & hasil kajian yang mengaitkan Keburukan Soya pada Kesihatan.


Antara keburukan Soya:
(sumber:Ehow.com - hasil tulisan Pakar Nutrisi - Robin Reichert)

#1 Wanita & Kanser Payu Dara
Phytoestrogen ialah sejenis hormon tumbuhan yang menyerupai hormon estrogen manusia. Kandungan Pyhtoestrogen dalam soya dikatakan dapat meninggikan risiko wanita untuk menghidap kanser payudara kerana ia akan meninggikan kadar estrogen sekaligus membanyakkan duktus (saluran) susu terhasil dan akhirnya menyebabkan kanser payudara.

Namun ada juga sumber (dari blog Dr Zubaidi) mengatakan ada kajian mengatakan Pyhtoestrogen pula mampu mengurangkan risiko kanser payudara. 

#2 Bayi & Susu Soya
Jika bayi sejak lahir diberikan susu soya khususnya bayi lelaki, dikhuatiri kandungan Phytoestrogen yang tinggi akan mempengaruhi bentuk testis yang kecil apabila dewasa.

#3 Masalah Tiroid 
Kandungan goitrogen dalam soya dikatakan boleh menyebabkan masalah tiroid kerana ia akan menghasilkan hormon tiroid yang tinggi.

#4 Lelaki & Sperma
Ada kajian mengatakan lelaki yang mengambil soya menghasilkan bilangan sperma yang rendah, berbanding lelaki yang tidak mengambil soya.


#5 Penyakit Batu Ginjal
Soya yang kaya dengan bahan yang dipanggil oxalate boleh menggalakan pembentukan batu karang di buah pinggang. Ini kerana oxalate tidak boleh dikumuhkan melalui pengeluaran air kencing. Lama kelamaan ia akan mengikat kalsium dan membentuk batu.


Bagi saya sendiri, sentiasa bersederhana dalam apa jua terutamanya bab2 makanan. Jangan terlalu ekstrem akan kebaikan/keburukan sesuatu jika tidak berdasarkan fakta sahih dari pihak yang bertauliah.


Air soya buatan sendiri lagi sedap kan berbanding beli siap yang dalam kotak tu. Manis juga sudah ditambah dengan bahan2 pengawet atau perasa tiruan yang kita sendiri tak nampak.


Jika buat sendiri, kebersihan dan kemanisan semuanya boleh dikawal & dijaga.Penat sedikit namun berbaloi untuk kesihatan anda :)


Nak lagi senang, Shaklee ada 1 produk minuman yang berasaskan sumber kacang soya lengkap iaitu --> ESP Shaklee

ESP


Berminat untuk mencuba ESP, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order now

Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

Sunday, 23 November 2014

Ubat @ Suplemen Mana Satu Pilihan Untuk Tubuh Anda ?

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Saya dilahirkan dalam keluarga yang kebanyakkan bekerja dengan pihak hospital.
Ibu & abang saya sendiri, pakcik, kakak ipar, sepupu dan 2-3 orang saudara mara yang lain...tapi bukan lah sebagai doktor...ada yang bekerja di makmal, ada yang sebagai jururawat dan juga Penolong Pegawai Kesihatan.

pekerja hospital


Bekalan ubat amatlah mudah diperolehi. Namun setiapkali sakit @ demam, Ibu saya selalu melarang untuk makan Panadol. Dia cuma pesan banyakkan minum air, atau pun cuma makan bubur nasi panas2 untuk mengeluarkan peluh. Kalau tak berkesan jugak, Ubat itu la pilihan yang terakhir. Masa kecil2 tu tak faham lah, tapi ikut je la kan nasihat ibu.

Sehinggakan terbawa2lah sampai sekarang, saya paling liat untuk ke klinik untuk mendapatkan ubat, kalau pergi pun sekadar nak dapatkan sijil sakit (MC). Kalau demam, batuk atau selesema, saya takkan makan ubat kecuali saya betul2 tak larat dan esok kena bekerja.


Say No to medicine


Anda pernah terbaca artikel berkenaan Panadol, petikan artikel lebih kurang begini :

"Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan"

Betul atau tidak...saya pun tak berapa pasti sumber asli artikel tersebut. Namun kalau betul...aduh macamana? Sepanjang kita hidup, bayangkan dalam masa setahun, kalau kena jatuh sakit demam atau sakit kepala, saya ambil contoh 2 bulan sekali...kalau sekali makan tu dah baik kira bagus la tu. Tapi kalau pengambilannya sampai 4-6 kali. Darabkan dengan 6 kali sakit. Huh...sudah banyak Panadolnya ditelan. Berapa tahun lagi nak nyah dari tubuh kita?

Ubat diambil semasa sakit...BETUL. Tetapi sebelum kita jatuh sakit, boleh tak kita mencegahnya? Ye BOLEH dengan cara jaga pemakanan, tidak ke tempat sesak serta menjaga kebersihan diri, tempat tinggal. 

Buahan

Tetapi, sejauh mana kita hendak menjaga pemakanan kita sekiranya sayuran & buahan pada zaman sekarang kebanyakkanya telah dicampurkan dengan bahan kimia. Sihat pun cara masakannya namun nutrisi & zat nya telah berapa banyak peratus yang tinggal...melainkan tanam sendiri...in sha ALLAH dijamin sihat 100%.

Kalau tidak ke tempat sesak pun, ambil contoh di ofis pun kita boleh mendapat jangkitan selesema @ batuk. Melainkan anda memang duduk di rumah selamanya :)

Maka, suplemen berasaskan semulajadi boleh menjadi pilihan makanan tambahan anda agar tahap kesihatan anda sentiasa pada tahap optimum. 

Peliharalah kesihatan mulai sekarang kerana percayalah dengan kos perubatan sekarang yang semakin mahal. Dan apa gunanya hidup kita jika pada usia muda sudah mendapat penyakit kronik...apa kesannya ke atas kehidupan, pekerjaan dan anak2 suami kita?

Buat pilihan bijak dari sekarang, kerana anda sendiri yang berhak menentukan apa yang patut dimasukkan dalam tubuh anda :)


Berminat untuk mencuba produk Shaklee, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

5 Perbezaan antara Ubat & Suplemen

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Apa yang saya faham mengenai Ubat dan juga Suplemen? 



Ubat adalah untuk orang yang sakit. Manakala Suplemen adalah untuk orang yang sihat tetapi mementingkan penjagaan kesihatan agar sentiasa dalam tahap optimum. Ianya berfungsi untuk merawat dari punca asal dengan cara menggantikan kekurangan tersebut.

Orang sakit boleh mengambil Suplemen? BOLEH. Tetapi jangan tinggalkan ubat anda dan sentiasa ikut nasihat doktor.

Suplemen cumalah ikhtiar sahaja dan salah satu cara untuk memperbaiki kualiti hidup pesakit tersebut.

Kebanyakan produk Shaklee membantu masalah kesihatan seperti kolestrol tinggi, jerawat, sembelit, badan banyak toksin, kulit tidak sihat dan banyak lagi tetapi bukan merawat penyakit.

Ini adalah Disclaimer Shaklee: “Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Jelas bukan?

Jom kita tengok perbezaan antara Ubat & Suplemen

Beza#1
Ubat sebenarnya ganjil untuk tubuh badan kita kerana ia tidak menjadi sebahagian daripada tisu2 badan, juga tidak menyumbangkan sebarang khasiat.
Suplemen pula mengandungi zat & nutrisi berkhasiat yang diperlukan oleh tubuh badan. Jika kekurangan, kesan dalam masa panjang menyebabkan kelemahan pada sistem fungsi organ.

Beza# 2
Ubat merawat tanda2 penyakit, dengan cara menutup kesakitan, tetapi bukan lah memulihkan punca penyakit. 
Suplemen bertindak memulihkan punca penyakit, dengan menggantikan kekurangan zat. Jika zat mencukupi, maka masalah tersebut tidak mungkin berulang.

Beza#3
Ubat boleh meninggalkan kesan sampingan, dan ada yang kekal pada tubuh.
Suplemen pula yang terdiri daripada bahan berkhasiat tidak meninggalkan kesan sampingan. 

Beza#4 
Ubat bertindak cepat dan berkesan dalam beberapa minit @ jam sahaja.
Suplemen pula bertindak beransur2 dalam jangka masa yang agak lama dan kdg2 mengambil masa berbulan2 untuk mencapai kesannya.

Beza#5
Ubat berkemungkinan boleh membawa maut sekiranya disalahgunakan atau diambil secara berlebihan.
Suplemen adalah selamat, belum ada kenyataan tentang merbahaya pengambilan vitamin, zat galian & asid amino.


So selepas ini, dah nampak kan perbezaan keduanya...jika anda berasa tidak sihat pergilah ke klinik berdekatan dan buat pemeriksaan dengan doktor bertauliah.

Jika anda seorang yang amat mementingkan kesihatan dan ingin mencari suplemen tambahan, boleh hubungi saya untuk berkongsi manfaat Shaklee.


Berminat untuk mencuba produk Shaklee, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

Wednesday, 19 November 2014

Bahaya Sakit Lutut Mampu Undang Osteoarthritis

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Anda mungkin pernah sakit lutut, tetapi anda mungkin menganggap ia cuma sakit biasa dan sekejap sahaja. Namun, jika ianya berulang2, sila jangan ambil ringan. 

Sakit lutut biasa pada mulanya mampu untuk mengundang penyakit lain yang lebih serius jika dibiarkan berlarutan. Penyakit lutut yang dimaksudkan ialah Osteoarthritis.

osteoarthritis

Osteo-arth-ritis
Perkataan Osteoarthritis bermaksud Osteo (tulang) + Arthro (Sendi) + Ritis (Radang). Bermaksud radang sendi  dan tulang kelilingnya. Jika dulu ia dikenali penyakit untuk golongan tua sahaja, namun ia juga boleh menyerang golongan muda.

Ia mampu menyerang sendi2 pada lutut, bahu, siku, tulang pinggul, leher dan buku lali. Kebanyakan kes osteoarthritis menyerang sendi lutut kerana lutut lah yang berperanan untuk menampung keseluruhan berat badan kita.


Punca2 Sakit Lutut:

Berat Badan
Berat badan berlebihan boleh memberikan beban berlebihan pada sendi terutamanya bahagian lutut.
Dikatakan setiap 1kg pertambahan, akan memberikan impak 3-4 kali tekanan pada lutut,

Faktor Umur
Kebanyakan orang tua akan mempunyai masalah sakit lutut akibat pelapik lutut haus.

Aktiviti Harian
Aktiviti harian yang lasak dan berat dilakukan secara berulang2 dan akan memberikan tekanan secara kerap terhadap lutut. Conothnya aktiviti mencangkung, mengangkat barang berat.

Aktiviti Sukan
Latihan sukan yang berterusan, terutamanya sukan yang banyak menggunakan kaki juga mampu mengundang tekanan pada bahagian lutut.

Kecederaan pada masa lalu
Apabila kaki pernah mengalami kecederaan, ia akan menyebabkan kaki tidak dapat menjalankan fungsi normal. Ini akan menyebabkan tekanan yang tidak sama rata pada lutut.



Tanda2 awal:
  • Rasa sakit pada lutut - semasa atau selepas pergerakan
  • Terasa sakit apabila ditekan pada bahagian lutut
  • Kejang @ kaku pada sendi (terutamanya pada awal pagi atau apabila sendi tidak digunakan)
  • Tidak dapat membengkokkan lutut (akibat rasa sakit)
  • Terasa / terdengar lutut mengeluarkan bunyi(sentakan) semasa pergerakan
  • Bengkak keras pada bahagian yang terlibat akibat cebisan tulang

Oleh itu, mencegah lebih baik daripada mengubati. Kita cuba hindari perkara2 yang mampu untuk mendatangkan sakit lutut. Dan jika anda pernah merasai salah satu tanda2 awal di atas, segeralah ke klinik untuk menjalani pemeriksaan. Sikap yang bertangguh hanya akan memburukkan lagi keadaan dan mungkin boleh menyebabkan kecederaan kekal.
ajht

Anda juga boleh mencuba AJHT Shaklee (Advanced Joint Health Tablet) untuk memelihara tulang rawan yang sihat.

Berminat untuk mencuba, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order now

Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak