Tuesday, 28 October 2014

Perihal Beg Saya...

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera



Hari ni adalah berkisar mengenai perihal beg saya. Ada apa dalam beg saya?

Saya tak kisah sangat brand bag ni asalkan selesa & comel pada pandangan saya. Dan kriteria pertama saya akan tengok ialah pattern beg tu, pastu baru tengok saiz, pastu cek harga, kalau berbaloi dan mampu beli baru la pilih warna. 

Lagipun setakat pergi kerja dan guna untuk hari2, so elok la sangat pakai beg biasa2 je heheheh. Nak angkut buah (setiap hari Jumaat ada pasar belakang opis haha) , bekalan dari rumah (kene jimat sekali sekala asyik membeli je kat KL ni) , sarapan pagi (harus ni sebelum bertempur dengan kerja) so material tahan lasak adalah sangat penting.


beg


Ok, ini beg latest saya. Sejak kerja kat KL ni, wajib bawa beg besar sebab senang nak sumbat barang. Macam poket Doraemon, macam-macam ado. Rasanya sejak dulu bujang lagi pun memang saya gemarkan beg besar2 ni...pastu warna mesti warna merah @ maroon.

Dalam beg saya wajib ada...
  • Purse - IC/lesen memandu/atm card/wang tunai/syiling
  • Handphone
  • Tag nama 
  • Kad T&Go
  • Payung Kecil
  • Tisu
  • Buku Nota & Pen
  • Suplemen Kit

suplemen Shaklee


Ada apa dalam beg anda pula :)

Pergi Tak Kembali - Rabbani

Lagu ini sangat memberi kesan sehingga meremang bulu roma ku...


Lagu yang menyedarkan diri agar jangan terlalu lalai dengan dunia yang hanya sementara. 

Mati itu akan datang menjemput bila-bila. 

Tapi bukan bermaksud kita tidak perlu untuk berimpian besar. 

Hargailah masa sekarang untuk mencapai apa yang diinginkan. 

Amalan rohani sahaja tidak cukup, hidup kita kena seimbang. 

Jadilah insan yang beriman, bertaqwa & boleh membantu orang lain.


mati


"Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi"

Keluarga Kecilku

Ini adalah keluarga saya.

Penyeri hidup saya. Buah hati pengarang jantung. Teman bergaduh, bermain, bermanja setiap hari :)

Serius rasanya tiada gambar berempat yang terbaru. Hehe. So silalah tengok gambar berasingan.

Saya punya sepasang anak lelaki (Luqman - 5 tahun) & anak perempuan (Sumayyah - 3 tahun).




Yang perasan retis ni suami saya, Muhd Aizad Hanif - 32 tahun. Kami kenal semasa belajar di Kuittho dulu, 2002. Terlalu banyak kenangan pahit manis antara kami yang tidak dapat dilupakan :)


my kids


Saya impikan kesihatan & umur berpanjangan untuk kami semua. Semoga kite bertemu di Jannah, in sha ALLAH.


Sunday, 26 October 2014

Resipi Kek Sedap : Rainbow Cake

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera


Saya sebenarnya minat dalam baking. Antara kek yang paling sedap dan hangat diperkatakan iaitu Rainbow Cake. Jika di luar sana, kek ini berharga dalam lingkungan RM100-150. Buat kek memang senang cuma agak leceh. Tapi bila dah menjadi tu, rasanya selepas ini kita akan buat sendiri lagi puas hati :)

resipi

Ini kek yang saya hasilkan walaupun deko ke laut, tapi rasanya sedap tau. Bukan saya cakap ni, kawan2 saya :)

Deko boleh improve lagi dari masa ke semasa hehe.


resipi


sumber: http://aziejaya.blogspot.com/


Rainbow Cake 
Bahan bahan:
250g mentega
220g tepung kek (ayak dg 1 sk baking powder)
200g gula kaster
4 biji telur gred A
5 sudu besar air susu (guna susu segar)
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna yang disukai

Cara cara:
Griskan acuan bulat 8". Lapiskan dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.

Pukul mentega dan gula kaster dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.

Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.

Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen vanila. Gaul hingga rata.

Bahagi adunan kepada 7 bahagian. Warnakan mengikut warna yang disukai. Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit.

resipi

Setelah kek masak, biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.

Nota:
Saiz loyang 8 inci (6 warna), guna hanya 1 ½ adunan. Kalau mahu 7 warna guna 2 adunan. Saya guna loyang 9 inci, 2 adunan dan 6 warna.

Krim Mentega
Sumber: Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria

150gm mentega
350gm krimwell
180gm sirap gula/susu krimer manis
3 sudu besar gula aising

Cara:
Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.

Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
Pukul lagi hingga sebati. Siap untuk digunakan. 

Nota: untuk 2 adunan kek, perlu 2 adunan krim mentega.


Wordless Sunday

motivasi

Tips Hilangkan Kesedihan : Bila saya rasa sedih, saya akan...

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera


Kali ini tajuk agak santai sedikit...

Setiap manusia mesti ada menghadapi kesedihan.  Kesedihan atas kematian, kekecewaan, kegagalan, penghinaan, kehilangan...dan macam2lagi...kucing mati pun saya sedih.


motivasi


#1 Bersendirian
Tak kiralah apa sebabnya...bila saya rasa sedih...selalunya ada suka menyendiri / menyepikan diri. Jauh dari kawan2. Bagi saya, kadang-kadang kita perlukan masa untuk diri sendiri untuk muhasabah diri kenapa ia berlaku...

Adakah silap diri sendiri, atau balasan terhadap perkara lepas2...atau sudah suratan takdir...orang cakap manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.

Setelah mampu untuk berfikiran secara waras, ye mungkin ada hikmah sebaliknya atas apa yang berlaku. Belajarlah untuk menerima kenyataan dan maju kehadapan.


solat sunat


#2 Solat Sunat
Bila sudah reda & tenang sedikit, sudah "digest" segalanya saya akan tunaikan Solat Taubat. Sebelum kita hendak memohon padaNYA, ada baiknya sucikanlah diri kita dengan Solat Sunat Taubat. Bagi saya setiap apa yang berlaku, semuanya telah ditentukan. Rintihlah dan luahkan perasaan kesedihan, menangislah tanpa segan silu. 

#3 Menangis
Dengan menangis itu sedikit sebanyak mengurangkan kesedihan dalam hati kita. Tetapi menangis lah berpada2...jangan sampai memudaratkan diri macam Kasim Selamat (P Ramlee dalam filem Ibu Mertuaku) pulak hehe.

#4 Sibukkan Diri
Okay jangan ambil masa terlalu lama untuk bertenang kerana jika yang ada anak & suami, mereka juga harus diberikan tumpuan. Sibukkan lah diri anda dengan melayan telatah mereka kerana ini sedikit sebanyak membuatkan tersenyum sendiri. 

#5 Maju Kehadapan
Ingatkan orang tersayang di sekeliling anda. Sesedih mana pun, hidup haruslah diteruskan. Kita selalu dengar hidup ini umpama roda, sesekali kita di atas, sesekali kita berada di bawah. Ini ada normal, jadi keluarlah dari perasaan sedih itu dan cari solusi lain dan terus bangkit.


Ada 1 Vitamin yang dikatakan mampu untuk membaiki mood kita iaitu B Complex Shaklee.

b complex


Berminat untuk mencuba B Complex Shaklee, saya bersedia untuk memberi konsultasi PERCUMA.


order now


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak

4 Tips untuk Kekal Motivasi Turunkan Berat Badan

Assalamualaikum w.b.t  & Salam Sejahtera




Kepada anda yang mempunyai misi untuk menurunkan berat badan, saya pasti kadangkala semangat itu semakin hilang dan pudar apabila usaha yang dibuat tidak menunjukkan sebarang hasil. Orang selalu cakap, kalau badan nak gemuk, biasanya akan mengambil masa bertahun. Begitu juga untuk kurus/turun berat badan, proses ini bukan boleh terjadi dalam 2-3 hari atau seminggu, amat mustahil bukan?

Turun Berat badan


Lihat sahaja gambar di atas. Rasanya jika setiap kali anda berasa lapar, cuba tatap gambar ini, pastinya mampu membantutkan selera anda. Hodohkan?

Untuk sentiasa kekal bermotivasi dan bersemangat, ada beberapa tips di sini yang anda kena selalu pratikkan.


Turun Berat badan
Sape tak kenal Mek Klate ni...makin comel kan?


Tips# 1 Kisah Benar
Banyakkan membaca kisah benar seseorang yang sebelum ini terlalu gemuk dan sekarang telah berjaya menurunkan berat badan. Jika anda ikuti perjalanannya, anda akan faham bahawa ia bukan satu perjalanan yang singkat & mudah. Ia bergantung kepada disiplin & pelan diet yang diamalkan. Anda boleh dapatkan kisah kejayaan tersebut dalam website Kevin Zahri (https://kevinzahri.com)


Tips# 2 Rancangan "Biggest Loser"
Rancangan realiti TV ini adalah salah rancangan yang bertujuan untuk mencari individu yang dapat menurunkan berat badan paling drastik dan pemenangnya akan menerima hadiah wang tunai. Dengan menonton rancangan ini, anda boleh lihat sendiri gelagat peserta dalam misi ini bukan sesuatu yang senang dan banyak memerlukan pengorbanan dan semangat yang kuat. Dan hasilnya wow...pastinya anda semakin bersemangat kerana ianya bukan rekaan semata.

Turun Berat badan


Tips# 3 Jumpa orang berpengalaman
Jika anda ada kawan-kawan yang dulunya gemok tetapi sekarang slim melim, cuba anda korek tips daripadanya. Saya pasti kisahnya tidak jauh lebih kurang dari orang lain yang berjaya menurunkan berat badan. Kuncinya pasti disiplin, semangat, ilmu juga pelan makanan. Orang yang kita kenal pastinya lebih memberi impak dan terkesan pada kita.

Tips# 4 Sentiasa upgrade ilmu
Rajinkan cari info mengenai cara turunkan berat badan. Saya pasti terlalu banyak tips di luar sana tapi pastikan anda tidak tersalah pilih kerana takut memudaratkan diri. Nak lagi senang siapa yang tidak kenal Kevin Zahri, pakar nutrisi juga personal trainer. Anda boleh ikuti website beliau kerana terlalu banyak tips yang dikongsikan. Fahami ilmu asas pemakanan kerana faktor untuk kurangkan berat badan akan bergantung kepada 80% (pemakanan) & 20% (senaman). Apabila anda ada ilmu, anda tidak akan terasa kehilangan dan cepat putus asa. Yang penting sabar & disiplin - just go with the flow.


motivasi


Sumber: https://kevinzahri.com


Berminat untuk mencuba Set Kurus Shaklee, saya bersedia untuk berkongsi manfaatnya :)


 order


Norliza Bolhi SID# 967582
Call/SMS/Whatsapp : 0196606965
Email : kakivitamin14@gmail.com
FB FanPage : The_Vitamin_House
COD sekitar Seri Kembangan/Putrajaya/Cyberjaya/KL juga kawasan berdekatan
Penghantaran secara pos ke Semenanjung, Sabah & Sarawak